BAB 8

3.8K 112 2
                                    

Di dalam bilik mesyuarat..

"Saya akan memperkenalkan CEO bagi Syarikat Public Holdings ialah Ahmad Daniel" Semua pekerja di syarikat Dato Kassim terkejut apabila melihat anak Dato Kassim. Mungkin terlalu handsome kot, Puteri Syasya juga terkejut tetapi bukan terpegun sebab kekajakkan yang dimiliki olehnya tetapi dia bertemu dengan budak lelaki yang menyukainya semasa di sekolah menengah dahulu

'Alamak! Kenapa lah aku kerja dekat sini, kalau aku tahu Ahmad Daniel anak Dato Kassim memang aku tak kerja kat sini' Puteri Syasya merungut didalam hati.

Ahmad Daniel terpandang seseorang yang amat dikenalinya. "Papa, itu siapa?" Ahmad Daniel bertanya kepada Dato Kassim.

"Itu lah Puteri Syasya yang papa ada cerita dekat kamu semalam." Kata Dato Kassim kepada anaknya, nampak macam
dah berkenan je, boleh lah masuk meminang. Hehe.

Apabila habis sahaja mesyuarat tadi, Puteri Syasya terus membuat kerjanya sebagai arkitek di syarikat itu.

Puteri Syasya mengetuk pintu pejabat Ahmad Daniel.

"Masuk." kedengaran suara Ahmad Daniel dari Dalam pejabat tanda kebenaran untuk membuka pintu.

"Encik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya Puteri Syasya kepada bosnya.

"Buat kan saya kopi." Ahmad Daniel memberi arahan kepada Puteri Syasya.

'Kau ingat aku ni pelayan ke ape?' Puteri Syasya merungut di dalam hati.

"Baik lah encik Daniel, ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?" Tanya Puteri Syasya. Mana lah tahu ada apa-apa yang Ahmad Daniel lupa nak cakap.

"Hah! Baru saya teringat, nanti kita pergi lunch sama-sama. " Ahmad Daniel merenung lama muka Puteri Syasya sampai Puteri Syasya naik rimas dengan perlakuan Ahmad Daniel.

"Tak boleh lah encik Daniel, saya dah janji dengan kawan saya nak keluar makan sama-sama dengan dia." Puteri Syasya cuba menolak pelawaan Ahmad Daniel dengan baik.

"Dengan siapa? Farah ke?" Tanya Ahmad Daniel, suaranya masih dikawal.

"Bukan." Balas Puteri Syasya ringkas.

"Habistu siapa?"

"Fakrul." Ahmad Daniel terus tersentak bila mendengar nama tersebut. Ahmad Daniel teringat kata- kata yang dilemparkan oleh Fakrul masa sekolah menengah dulu.

Flashback

Waktu persekolahan sudah pun tamat. Semua sudah pulang kecuali Fakrul dan Ahmad Daniel, mereka duduk di perhentian bas bersebelahan dengan sekolah.

"Apa kau nak jumpa aku ni?" Tanya Ahmad Daniel kepada Fakrul.

"Aku nak cakap dengan kau satu perkara." Kata Fakrul dengan menunding jari ke arah Ahmad Daniel. Nampak dalam sekolah memang macam pengawas yang berdisiplin, tapi bila dekat luar sekolah, pergh! Macam gangster kampung pisang. Haha.

"Apa dia?" Tanya Ahmad Daniel dengan selamba.

"Puteri tu, aku punya. Kau tak boleh nak ganggu dia. Lagi pun dia rimas dengan kau." Kata-kata Fakrul membuat Ahmad Daniel naik angin.

"Kau siapa? Pakwe dia? Atau pun bapa dia? Kalau kau bukan antara 2 kategori tu, kau tak ada hak nak halang aku suka dia atau tak!" Amhmad Daniel terus membalas. Fakrul mula menggenggam kolar baju sekolah milik Ahmad Daniel.

"Kau pahal? Nak tumbuk aku? Tumbuk lah! Kau tu pengawas, tapi perangai macam gangster!" Tengking Ahmad Daniel.

"Tak apa, kali ni aku lepaskan kau, lain kali aku nampak kau cuba nak kacau Puteri lagi. Aku tak teragak-agak nak tumbuk muka kau!" Fakrul melepaskan kolar baju Ahmad Daniel. Dia terus berlalu dari situ. Ahmad Daniel membetulkan kolar bajunya.

'Puteri tu, milik aku! Bukan milik kau!' Kata hati Ahmad Daniel.

End of flasback

Cinta awak selamanya√Where stories live. Discover now