Mereka menjamu selera di restoran didalam pusat membeli-belah tersebut. Mereka duduk dimeja yang agak kebelakang.Farah bersuara. "Kau nampak tak? Daniel tadi? Terkejut beruk dia tengok kau. Mana taknya, 100% berubah dekat diri kau. Cuma satu je yang tak berubah."
"Apa?" Puteri Syasya membuat muka peliknya.
"Sifat pemalu kau bila jumpa lelaki." Farah memberi jawapan.
"Nak buat macam mana? Aku dah memang macam ni? Betul tak? Tak semestinya semua berubah. Kita hanya insan biasa, jadi semua manusia ada kelemahan." Puteri Syasya sudah mula memberi ceramah free of chargenya.
"Yela ustazah Puteri." Farah mengalah. Menyesal pulak aku membebel tadi, aku pulak yang kena balik. Hehehe.
"Hi, nak join boleh?" Puteri Syasya tekejut dengan teguran dari suara yang amat dikenalinya. Sudah, Daniel ke? Mati aku?
"Eh Daniel, Kamal. Buat apa dekat sini?" Tanya Farah berpura-pura.
"Kitaorang datang sini nak makan lah, tak akan nak anyam tikar pulak? Cik Farah yang amat bijaksana?" Ahmad Daniel menjawab soalan yang diajukan oleh Farah dengan nada sindiran bergurau.
Farah tersengih. 'Eh eh minah ni, dari tadi tersengih macam kerang busuk. Aku yang duk kat sini dah macam patung cendana dah.' Puteri Syasya mengomel didalam hatinya.
"Boleh tak kitaorang duduk kat sini. Aku dah lapar ni." Kamal bersuara.
"Duduk lah." Farah memperlawakan mereka berdua. Ahmad Daniel duduk berhadapan dengan Puteri Syasya, manakala Kamal duduk dihadapan Farah.
'Eh eh mamat ni, apasal duduk depan aku. Ni lah aku tak suka ni!' Puteri Syasya memandang ke arah Farah dengan pandangan tajam. Farah hanya tersengeh dan tangannya membuat gaya peace.
"Mentang- mentang lah Farah dah tangkap cintan dengan Kamal, bff kau a.k.a adik angkat kau sendiri kau lupa kan. Tak apa, tak apa. Bila aku dah ada boyfriend. Aku palau kau". Puteri Syasya mengomel di dalam hati.
"Eh Puteri, boleh pulak berangan time nak pesan makanan. Kau nak makan apa ni? Cepat la". Farah menyedarkan Puteri Syasya dari lamunannya.
Puteri Syasya tersedar dari lamunanya. "Aku nak teh o ais dengan nasi goreng, cili lebih."
Farah berkata kepada pelayan itu. "Kalau boleh cili padi tu letak satu baldi, bagi jadi hot sikit kawan saya ni".
Farah menyindir Puteri Syasya dihadapan Kamal,Ahmad Daniel dan pelayan yang mengambil pesanan untuk mereka. Puteri bercekak pinggan sambil membuat muka ingin marah. Mereka berempat ketawa termasuk pelayan yang dalam lingkungan 25/26. Dah lah lelaki, handsome lagi. Cair dibuatnya. Hehe.
Sorry lambat update. Maaf lah kalau bab ni ada kesalahan ejaan. And selamat hari raya ;)

YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...