"Boleh saya duduk?" Ahmad Daniel menarik kerusi di sebelah Puteri Syasya.
'Kalau aku cakap tak boleh kau duduk juga.' Puteri Syasya mengomel di dalam hati.
Ahmad Daniel terus duduk tanpa menunggu jawapan daripada Puteri Syasya.
"Kau Daniel kan?" Fakrul bertanya walaupun dia sudah mengagak siapa di hadapannya kini.
"Mestilah, kau pasti Fakrul kan?"
"Yup."
"Daniel, kau buat apa dekat sini?" Fakrul bertanya. Dia agak tidak berpuas hati dengan lelaki ini.
"Buat apa lagi, nak makanlah, tak akan aku nak cat restoran ni kut." Ahmad Daniel memberi jawapan yang sinis. Ahmad Daniel turut tidak menyukai lelaki ini kerana suatu kejadian yang menyakitkan hati.
'Janganlah gaduh dekat sini. Buat malu aku je nanti.' Puteri Syasya sudah takut benda yang tidak diingini akan terjadi apabila melihat ketegangan mereka berdua.
*Flashback*
Waktu pulang dari persekolahan.
Ahmad Daniel dan Fakrul berjumpa di luar sekolah, mereka bertemu di taman yang agak jauh dati sekolah. Hanya mereka berdua sahaja ada di sana."Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Tanya Ahmad Daniel kepada Fakrul yang sedang berdiri tegak di hadapannya.
"Asal kau malukan Puteri hah?!" Fakrul menguatkan suaranya. Mukanya kelihatan bengis sekali.
"Bila masa aku malukan Puteri? Dan kau nak sibuk dengan hal aku apahal?" Daniel pula meninggikan suaranya. Dia terasa seperti dicabar."Aku kawan dia, jadi aku berhak nak masuk campur. Dan ini berkait dengan maruah dia! Kau tahu tak dengan cara kau luahkan perasaan kau tu, semua budak sekolah fikir dia saja nak mempergunakan kau! Kau pernah fikir tak semua tu?!" Fakrul kini mencekak kolar baju sekolah Ahmad Daniel.
Ahmad Daniel menolak tangan Fakrul kasar sehingga lelaki itu terjatuh. "Sekurang-kurangnya aku bukan pengecut macam kau. Macam aku tak tahu yang kau sukakan Puteri kan?" Ahmad Daniel mencangkung di hadapan Fakrul yang cuba untuk bangun daripada pembaringannya dari atas rumput.
"Memang! Memang aku suka dia! Dan kau jangan fikir kalau aku dah tahu isi hati kau, aku akan biarkan je. Aku tetap akan berusaha untuk dapatkan dia!" Fakrul terus beredar dari situ. Dia tidak menoleh sedikit pun untuk melihat Ahmad Daniel yeng tersenyum sinis ke arahnya.
*End of the flashback*
Kalau nak bergaduh, jangan bergaduh dekat sini. Dekat sini orang nak makan, bukan nak tengok pertandingan gusti." Puteri Syasya bersuara apabila sekian lama mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya mereka bermasam muka apabila bertemu.
Ahmad Daniel tersenyum sumbing apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Puteri Syasya. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh wanita pujaan hatinya.
"Saya rasa mood saya nak makan dah tak ada, saya balik pejabat dululah. Enjoy your lunch Puteri Syasya." Fakrul memberi senyuman yang cukup ikhlas kepada Puteri Syasya sebelum berlalu pergi. Dia malas duduk di situ lama-lama, takut tahap kesabaran dia terbatas, ada juga yang dapat tengok pertandingan gusti free dekat situ.
"Fakrul!" Puteri Syasya separuh menjerit memanggil sahabatnya.
"Dahlah panggil mamat tu, saya lapar ni, jom makan." Ahmad Daniel memanggil pelayan untuk mengambil pesanannya.
YOU ARE READING
Cinta awak selamanya√
RomanceHanya dengan satu salah faham, Puan Mariah menyangka Puteri Syasya dan Ahmad Daniel sedang mabuk bercinta. Ahmad Daniel! Puteri Syasya amat membenci jejaka itu kerana lelaki itu telah memalukannya di hadapan semua pelajar di dalam kelas mereka. wal...