Bab 1

1K 31 2
                                    

BUNYI alarm yang membingitkan telinga membuatku terjaga dari tidurku. Aku mengangkat kelopak mata yang terasa berat. Masih samar pandanganku. Setelah beberapa saat barulah pandanganku jelas. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Aku bangun dari katilku lantas mencapai tuala mandi.

Setelah selesai mandi dan siapkan diri, aku melihat penampilanku pada pantulan cermin. Aku melihat dengan teliti sekiranya auratku sudah tertutup rapi atau tidak. Setelah berpuas hati, aku mengambil totebagku dan keluar dari bilik tidur.

Hari ini aku tidak solat Subuh kerana ABC. Kalau tidak faham istilah ABC, datang bulan bagi perempuan. ABC adalah singkatan kepada 'Allah Bagi Cuti'.

Hari ini adalah hari pertama aku bergelar seorang pelajar universiti. Harap-haraplah sepanjang minggu orientasi ini tidak ada aktiviti yang lasak sangat. Kalau tidak, aniaya aku nanti!

"Selamat pagi Mak Jah!" Aku menyapa Mak Jah yang sedang membancuh air susu untuk aku dan ibu.

"Eh Hanim...selamat pagi juga." Mak Jah membalas dengan nada cerianya. Aku tersenyum manis pada Mak Jah.

Aku dengan ibu memang suka sangat air tangan Mak Jah. Mak Jah sudah bekerja sebagai orang gaji kami sejak aku berumur 8 tahun. Umur aku sekarang 20 tahun bermakna sudah hampir 13 tahun Mak Jah bekerja dengan kami. Mak Jah sangat baik. Kami sudah menganggap dia seperti ahli keluarga kami sendiri.

Setelah bersarapan, aku bersalaman dengan ibu dan Mak Jah.

"Hanim okey ke drive sorang-sorang ni? Risaulah ibu. Bagi lah Pak Mail hantarkan."

Cadangan ibu aku tolak mentah-mentah.

"Hanim okey je lah bu...lagipun Hanim dah ada lesen. Tak akan kena saman punyalah."
Aku menjawab dengan selamba.

Tapi tidak pasal-pasal pula lengan aku menjadi mangsa tamparan maut ibu.

"Aduh! Sakitlah bu..."

Ya, aku tak tipu, memang sakit. Kuat betul tamparan ibu.

"Tahu pun sakit! Ibu ni lagi sakit tau kalau tengok anak ibu kemalangan! Harta benda kita boleh cari, kalau nyawa? Kita ni hidup sekali je Hanim. Lain lah kalau Hanim ni ada sembilan nyawa!"

Ah sudah, ibu buka sesi ceramah pula pagi-pagi ni.

"Ya ibu...Hanim tahu...Hanim akan drive elok-elok ya...Hanim dah lambat ni bu, nak kena gerak dah ni." Kataku.

Ibu hanya mengangguk. Riak wajah ibu risau.
Aku memeluk ibu dan Mak Jah sebelum berangkat pergi.




FUH! Nasib baiklah jalan tidak sesak sangat. Keretaku sudah selamat aku parkirkan di tempat letak kereta pelajar.

Aku menyalakan telefon bimbitku lalu membuka galeri. Aku menekan gambar peta universitiku yang telah siap aku screenshot semalam. Kalau tidak ada peta ini mahunya sesat tidak jumpa jalan.

Setelah selesai meneliti peta tersebut, aku pun membetulkan sedikit tudung dan bajuku agar kelihatan kemas. Dan yang paling penting! Aurat kena jaga.

Setelah berpuas hati, aku pun keluar dari kereta dan menekan butang lock pada kunciku. Aku memulakan langkahku dengan bacaan bismillah. Berharap agar semuanya baik-baik sahaja.

Dan baru beberapa langkah aku berjalan, kedengaran bunyi hon menyapa gegendang telinga.

Aku melihat ke arah bunyi tersebut. Bunyi hon tersebut datang daripada sebuah kereta sport berwarna hitam pekat.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now