Bab 10

206 18 2
                                    

DIA merasa tersaing dengan Ridhwan. Kalau sebelum ini Ridhwan post gambar Hanim, kali ini giliran dia pula untuk post video 'sweet' dia dengan Hanim.

"Aku takkan kalah dengan kau Ridhwan. Nak sangat berlawan dengan aku kan? Kau belum kenal lagi siapa aku."Ujar Dr. Hanafi perlahan.

Butang send ditekan.

Dr. Hanafi tersenyum puas. Dia sudah dapat membayangkan reaksi Ridhwan yang sedang marah dan kecewa selepas menonton video tersebut.

Ketawanya meletus ketika membayangkan kejadian itu.

"Ridhwan...Ridhwan...itulah kau, lain kali jangan cari pasal dengan pensyarah." Sindir Dr. Hanafi dalam hatinya.

Di dalam kawasan universiti yang sama, kelihatan Ridhwan sedang meluangkan masa di tepi tasik.

Sedang asyik dia menikmati keindahan alam, seseorang memanggil namanya.

"Ridhwan!"

Ridhwan menoleh. Kelihatan Ashraf sedang berlari anak menuju ke arahnya.

"Ada apa?" Soal Ridhwan.

Ashraf tidak terus menjawab. Sebaliknya dia merenung wajah Ridhwan bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Telefon bimbitnya yang dia pegang tadi kini dihulurkan kepada Ridhwan. Ridhwan mengambil telefon bimbit tersebut.

Ridhwan terus menekan butang play untuk memainkan video yang ditunjukkan oleh Ashraf itu.

Dan ternyata...

Dr. Hanafi sedang berjalan sambil memaut pinggang Hanim?

Apa yang dia sedang lihat ni?

Dr. Hanafi sentuh Hanim?

Hanim? Wanita yang dia cintai?

Sungguh, lidahnya kelu. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang pada ketika itu.

Dia memainkan video itu berulang kali, berharap agar dia cuma salah lihat. Tapi tidak, wanita itu memang Hanim dan lelaki itu memang Dr. Hanafi.

Perasaannya sekarang bercampur aduk. Marah, kecewa, sedih, semuanya tidak teratur. Terasa bumi menjadi gelap gelita.


SEMASA dalam perjalanan menuju ke bilik kuliah, aku berasa pelik. Kenapa setiap orang yang melepasiku memandangku dengan pandangan yang aneh? Ada sesuatu dekat muka aku ke?

Aku penasaran. Aku pergi ke tandas terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik kuliah kerana masih ada masa 30 minit sebelum kelas bermula. Aku melihat wajahku pada pantulan cermin.

Tiada apa-apa. Biasa saja. Haih. Perasaan aku je kut.

Keluar saja dari tandas, aku disergah oleh Sofea. Aku sedikit terkejut apabila disergah olehnya secara tiba-tiba.

Aku merenung wajah Sofea. Wajah Sofea juga pelik. Hari ini Hari Muka Pelik Sedunia ke apa?

"Kau kenapa pandang aku macam tu?" Tanyaku.

Sofea diam seketika sebelum bersuara.

"Kau cakap kau tak suka Dr. Hanafi." Ujar Sofea.

Dalam banyak-banyak nama orang, nama Dr. Hanafi juga budak ni sebut. Jijik!

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now