Bab 8

212 16 0
                                    

DIA sedang sibuk menulis sesuatu pada buku notanya.

"Tuan, client dah sampai." Kata Pembantu Peribadinya.

"Suruh dia masuk." Arahnya.

Kedengaran bunyi ketukan beberapa kali sebelum pintu pejabatnya dibuka.

Kliennya seorang wanita. Syarikat kliennya itu baru beroperasi selama 6 tahun. Syarikatnya pula sudah 20 tahun berkembang pesat di bumi Malaysia. Dia yakin kliennya itu akan mengambil peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan syarikat besar.

Dia sebenarnya jarang berkolaborasi dengan syarikat-syarikat yang baru nak up. Bukan sombong, tapi dia lebih memilih untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang sudah lama beroperasi kerana mereka lebih berpengalaman dalam menguruskan projek-projek yang besar.

Tetapi kali ini dia berubah fikiran. Syarikat yang satu ini walaupun baru beroperasi selama 6 tahun, mereka sangat profesional. Projek-projek yang mereka lakukan, semuanya berjalan dengan baik. Dia telahpun mengkaji latar belakang syarikat kliennya itu sebelum menawarkan kolaborasi.

Walaupun bukan projek yang besar, kalau projek kecil pun mereka mampu handle dengan baik, apa salahnya cuba beri mereka peluang untuk bekerjasama dalam projek yang besar pula kan?

"Osman?" Kliennya memanggil namanya.

Osman agak terkejut kerana kliennya itu tidak menggunakan panggilan tuan ataupun encik. Mana pergi rasa hormat dan adab?

Osman mendongakkan kepalanya memandang kliennya.

Dan ternyata kliennya itu...

"Aida?" Kali ini dia pula yang tiada rasa hormat dan adab. Dia tidak memanggil kliennya dengan panggilan puan ataupun cik.

Aida, bekas isteri Osman. Dia telah menceraikannya 13 tahun yang lalu. Semalam, dia baru saja terserempak dengan Aida di restoran. Hari ini, orang yang sama berada di dalam pejabatnya sendiri, betul-betul di depan matanya sendiri.

Kebetulan apakah ini?

Aida memandang skrin telefon bimbitnya semula. Dia tidak salah alamat, memang inilah alamat yang diberikan oleh Tuan Edward. Tapi kenapa boleh masuk dalam pejabat Si Osman pula ni? Atau dia hanya salah masuk bilik? Mungkin Osman juga bekerja dengan Tuan Edward.

"Saya rasa saya salah masuk bilik, mana bilik Tuan Edward?" Tanya Aida. Kalau di luar pejabat, memang tak lah dia mahu bahasakan dirinya sebagai 'saya' dihadapan Osman. Tak kuasa dia.

"Awak tak salah bilik. Yes, saya Tuan Edward yang awak cari." Kata Osman.

Dup!

Dia Tuan Edward? Dia main-main ke apa ni?

"Nama asal melayu, ni dah tukar jadi nama orang putih pula. Kalau handsome macam Edward Cullen dalam Twilight tu tak apa lah juga." Aida menyindir Osman. Sakit hatinya. Meluat pun ada!

"Saya memanglah tidak sekacak Edward Cullen yang awak minat tu. Lagipun, terpulang kepada saya lah nak guna nama apa sekali pun kan?" Balas Osman.

"Cis! Dia masih ingat yang aku minat dengan Edward Cullen. Tapi, dia betul-betul tukar nama dia ke? Dah tak pakai nama Osman?" Aida tertanya-tanya dalam hati.

"Saya masih lagi pakai nama Osman, cuma dengan orang terdekat. Saya hanya akan pakai nama Edward dalam urusan pekerjaan." Jelas Osman.

Cis! Boleh pula si Osman baca fikiran orang.

Logiklah juga Aida tidak mengenali Osman kerana dia menggunakan nama Tuan Edward. Kalau dia tahu Tuan Edward adalah Osman, memang tidaklah dia bersetuju untuk berkolaborasi dengan Osman itu.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now