Bab 46

145 11 2
                                    

SETAHUN sudahpun berlalu. Hari ini adalah hari yang penting bagi Ridhwan di mana hari ini adalah hari pertunangannya dengan buah hatinya, Hanim Radiah.

Sudah tentu buah hatinya itu terkejut apabila dia tiba-tiba membuat keputusan itu. Tiada angin, tiada ribut, terus ajak bertunang. Walaupun ramai orang yang berkata 'bertunang pun belum tentu kahwin' dan 'orang yang berkahwin pun boleh bercerai apatah lagi yang bertunang', dia tidak peduli.

Baginya, itu adalah salah satu usahanya untuk membuktikan kepada Hanim bahawa dia benar-benar serius untuk menghalalkan buah hatinya itu.

Kalau ikutkan hati, dia mahu saja terus menikah daripada bertunang. Tetapi dia juga memikirkan masa depan Hanim. Biarlah Hanim menamatkan pengajiannya terlebih dahulu barulah mereka berkahwin. Dia tidak mahu nanti Hanim terbeban dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan seorang isteri.

Sementara menunggu berkahwin, dia juga sedang mengumpul duit untuk menghalalkan si buah hati. Dia telah berjaya menamatkan internship dan mendapat pekerjaan di syarakat ayah Hanim sendiri. Manakala Ashraf, sahabatnya pula mendapat pekerjaan di syarikat ibu Hanim.

Dia tahu dan sedar bahawa dia perlu mendapatkan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan. Ketika masih belajar dulu, dia sering melakukan kerja part-time seperti barista, cashier dan sudah tentunya trading forex seperti yang pernah dia maklumkan kepada Ashraf dulu. Hasil daripada kerja-kerja itulah yang membuatkan dia berjaya membeli kereta sport kegemarannya.

Trading forex sememangnya membawa keuntungan yang besar jika dilakukan dengan bijak dan bersungguh-sungguh. Namun, sekarang dia sudah berhenti melakukan kerja itu dan mula fokus dengan kerja barunya. Dia ingin lebih optimis dalam membina masa depannya bersama Hanim nanti.

"Kakak! Boleh Sofea masuk?" Sofea meminta keizinan Hanim sebelum masuk ke dalam bilik Hanim.

"Masuklah!" Laung Hanim dari dalam bilik.

"Kakak, inilah MUA yang Sofea cakap tu. MUA ni memang ramai orang guna servis dia. Hasil confirm meletup! Nama dia Zara. Zara, ni kakak saya, Hanim." Sofea memperkenalkan Make Up Artist yang dia sarankan kepada kakaknya itu dengan bersungguh-sungguh.

Sebagai seorang adik, dia mahu kakaknya kelihatan cantik dan berseri-seri ketika majlis pertunangan kakaknya nanti. Dengan itu, dia berusaha untuk mencari MUA yang terkenal dan hebat untuk satu-satunya kakaknya itu.

Hanim yang baru sahaja selesai menggosok bajunya mematikan seterika lalu menoleh ke arah si adik dan Make Up Artist yang dibawa masuk oleh adiknya tadi.

Mata Zara dan mata Hanim bertembung.

Buk!

Spontan beg barangan make up yang dibawa oleh Zara itu jatuh ke lantai.

Pantas Sofea membantu Zara mengambil begnya semula.

"Awak okey?" Tanya Sofea kepada Zara.

Zara hanya membalas dengan satu anggukan. Dia jadi ragu-ragu memandang Hanim. Dia jadi tidak berani untuk bertentang mata dengan Hanim. Dia bahkan tidak menyangka bahawa pelanggannya kali ini adalah orang yang pernah dan selalu dia buli dahulu.

"Boleh kita mulakan, Zara? Nanti lambat pula bersiap." Ujar Hanim.

Laju Zara mengangguk lalu melangkah ke arah meja solek Hanim. Dia menyusun barang-barangnya di atas meja tersebut. Hanim pula melabuhkan punggung di atas kerusi di depan meja soleknya beberapa minit kemudian.

Sofea pula pergi meninggalkan mereka berdua di dalam bilik kerana ada hal lain yang dia perlu diuruskan di dapur.

"Zara, buat make up natural je boleh?" Pinta Hanim.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now