Bab 42

144 11 7
                                    

WAJAH Sofea dipandang lama. Melalui riak wajahnya, aku tahu Sofea jujur ketika menyatakan bahawa lelaki bertopeng yang memberikan amaran kepada Dr. Hanafi itu adalah ayahnya sendiri. Atau lebih spesifik lagi, ayah mereka.

"Dia buat macam tu sebab kau yang suruh kan?" Soalku.

Walaupun aku tahu Sofea jujur, aku masih tidak percaya bahawa Osman melakukannya dengan rela hati. Ya lah, dia mana pernah peduli denganku. Aku sudah lali dengan sikap ayahku sendiri. Segala kebaikan yang dia lakukan kepadaku hanyalah plastik! Palsu semuanya.

"Abah tahu hal tu dari ibu. Abah siasat sendiri dan abah bertindak sendiri. Sofea tak terlibat pun." Osman akhirnya bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Dia perlu menjelaskan hal yang sebenar sebelum salah faham yang terjadi di antara anak-anaknya itu semakin teruk.

Dari ibu?

Sekejap.

Sejak bila ibu berjumpa dengan abah? Kenapa aku tidak tahu langsung tentang hal ini? Apa yang sudah terjadi sebenarnya?

Belum cukup dengan Sofea yang tiba-tiba menjadi adik kandungku, kini ibu pula yang berjumpa dengan abah tanpa pengetahuanku?

Kenapa? Kenapa mereka sanggup menipuku?
Kenapa hari ini? Kenapa hari ini juga perkara seperti ini harus terbongkar?

Aku tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi seperti ini. Sangat tidak bersedia.

Bebola mata sudah mula terasa panas, menunggu masa saja lagi untuk mengeluarkan air mata.

Tanpa berlengah, aku terus berjalan keluar dari kedai pakaian itu dan tidak menoleh ke belakang lagi. Mood nak membeli belah sudah hilang sepenuhnya. Jadi, aku akan pulang ke rumah? Sudah tentu tidak.

Hari ini ibu tidak ke pejabat. Sudah tentu dia berada di rumah pada ketika ini. Aku tidak mampu untuk bersua muka dengannya. Bukan dalam masa sekarang. Aku perlu bertenang terlebih dahulu. Aku tidak mahu dikuasai amarah.

Inilah diri seorang Hanim. Apabila perasaan marah sedang membelenggu dirinya, dia akan menjauh. Jauh daripada pandangan manusia. Kerana dia tahu, perasaan marahnya akan mencederakan orang lain apabila gagal dikawal.

Kejadian itu kembali bermain di fikiran Hanim.

Kejadian itu terjadi ketika hari terakhir Hanim berada di kolej tingkatan enam. Barang-barangnya yang sudah dikemas dan disusun rapi di dalam beberapa buah kotak dipunggah keluar dari dorm. Maka dengan itu, berakhirlah sudah pengajiannya di kolej tingkatan enam itu.

Pak Mail dan Aida sedang menunggu Hanim di dalam kereta.

Satu bagasi bersaiz besar dan satu lagi bagasi bersaiz kecil disusun di dalam bonet kereta. Kemudian, satu per satu kotak yang sederhana besar disusun di dalam bonet kereta itu. Sejurus selepas kotak yang terakhir selamat mendarat di dalam bonet kereta, Hanim mengerutkan dahinya.

Dia perasan ada sesuatu yang tertulis pada kotak itu. Setahu dia, dia tidak pernah menulis apa-apa atau melabel apa-apa pada kotaknya. Matanya dikecilkan untuk membaca tulisan yang agak kecil dan pudar itu kerana dituliskan menggunakan pensel.

'Aku pinjam buku diari kau eh?'

Hanim mengetap rahangnya. Laju dia membuka semula kotaknya dan mencari buku diarinya itu.

Tiada.

Buku diarinya tiada di dalam kotak itu.

Hanim masuk semula ke dalam kawasan asrama dengan wajah yang keruh. Dirinya sedang menahan rasa marah pada ketika itu. Dia tahu itu perbuatan Zara, rakan sekelasnya yang sentiasa mencari masalah dengannya.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now