Bab 3

257 17 0
                                    

SELESAI makan malam, aku pergi ke bilik tidurku. Ingin berehat. Hari kedua minggu orientasi memang memenatkan aku. Mana tidaknya, hari ini kami hanya menjalankan aktiviti diluar sahaja. Tour di sebelah pagi, aktiviti 'Travel of Challenge' pula di sebelah petang.

Dalam aktiviti Travel of Challenge, kami hendaklah bergerak dalam kumpulan menuju ke tempat-tempat yang ditetapkan di sekitar universiti. Setiap tempat dijaga oleh dua orang fasilitator. Kalau berjaya menyempurnakan misi atau cabaran yang ditetapkan oleh fasilitator, kami akan diberikan sticker. Setiap tempat disediakan satu sticker. Kumpulan yang mengumpul sticker paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

Kumpulan yang menang pada petang itu adalah kumpulan D. Ya! Kumpulan Sofea.

Seperti tahu aku sedang memikirkannya, Sofea menelefonku. Budak ini kan, tahu-tahu saja aku sedang fikirkan dia.

Aku pun menjawab panggilannya.

"Hanim! Kau okey tak?"

"Dah kenapa tanya aku okey ke tidak ni?"

"Aku baru dapat tahu weh yang kau pagi tadi hampir kena hempap dengan rak buku! Sampai hati kau tak bagitau aku!"

"Oh..yang tu..Aku okey je lah. Tapi kan, macam mana kau tahu?"

"Dari Ashraf. Kawan Ridhwan yang suruh kita pergi masa aku tumpahkan air kat baju Ridhwan tu. Dia chat aku tanya kau okey ke tak. Entah macam mana dia dapat nombor aku."

Aku diam sejenak. Apahal sibuk pula nak tahu fasal aku ni? Haih.

"Tapi kan, kau dah tengok chat group? Aku tengok bukan main caring lagi Si Ridhwan tu dengan kau."

Dup!

Chat group?

Aku terus mematikan panggilan.

Aku membuka aplikasi WhatsApp. Ingin melihat isi group chat.

Berkenaan dengan isu yang sedang hangat sekarang ini, sesiapa yang merakam kejadian di perpustakaan pada pagi tadi, mohon jangan sebarkan atau viralkan video tersebut. Sekiranya anda telah menyebarkan video tersebut, sila padamkan dengan segera. Jangan tanya kenapa, anda sendiri tahu sebabnya.

- Ridhwan

Ini yang aku malas! Siapa pula yang memandai record-record video ni? Pantang nampak kejadian macam itu auto jadi content creator! Haih.

Empat hari sudahpun berlalu.

Pada pagi itu, aku meluangkan masa sebentar di tepi tasik. Pejam celik, sudah hari yang terakhir minggu orientasi. Macam-macam hal yang terjadi sepanjang empat hari yang lalu. Selepas ini, tidak perlu lagi fikir tentang minggu orientasi tetapi selepas ini sudah pastinya akan sibuk fikir tentang kuliah. Perjuangan belum berakhir. Bertabahlah Hanim!

Lamunanku terganggu apabila seseorang tiba-tiba menegurku.

"Seorang je?"

Suara lelaki.

Aku tidak menoleh.

Aku terus bangun dari kerusi dan ingin beredar dari situ. Mujurlah lelaki tersebut tidak menghalang atau mengejarku.

Sejurus selepas aku pergi, datang pula seorang lelaki lain yang bercakap dengan lelaki yang menegurku tadi. Aku belum cukup jauh, jadi aku sempat mendengar apa yang mereka bicarakan.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now