Bab 41

161 12 0
                                    

BILIK tetamu dituju. Mataku meliar mencari sosok Sofea yang tidak kelihatan. Sudah pulangkah dia? Kalau sudah pulang, kenapa tidak memberitahuku terlebih dahulu?

Aku mengatur langkah menuju ke ruang tamu. Hanya ada ibu dan Mak Jah yang sedang menonton rancangan televisyen Tanyalah Ustaz.

Aku melabuhkan punggung di sebelah ibu.

"Sofea mana bu?" Tanyaku.

"Sofea dah balik, ada orang ambil dia tadi." Jelas ibu.

Ada orang ambil dia? Siapa?

Selepas menunaikan solat Subuh pagi tadi aku terlelap semula. Mungkin sebab itulah aku tidak tahu dan tidak sedar bahawa Sofea telah pulang. Tetapi aku tetap berkecil hati apabila Sofea pergi begitu saja. Aku bahkan sudah merancang untuk mengajaknya sarapan bersama.

"Ibu nak tanya sikit boleh?" Ibu berkata tiba-tiba.

"Tanyalah." Balasku. Badan aku pusingkan menghadap ke arah ibu. Wajahnya aku pandang, memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang bakal dia tanya.

Ibu mengerutkan dahinya seketika. Seolah-olah soalan yang bakal dia tanya itu sedang mengelirukan dirinya.

"Sofea tu memang pendiam ke?" Tanya ibu.

Aku menayangkan wajah yang tenang. Sebenarnya, aku juga sependapat dengan ibu. Entah kenapa Sofea bertingkah aneh sejak semalam. Dia menjadi lebih pendiam daripada sebelumnya. Sedang 'bendera merah' mungkin?

"Dia tak pendiam pun bu...biasalah 'masalah perempuan' ni kan? Ibu faham-faham je lah..." Aku memberikan jawapan yang paling selamat pada ketika ini. Itu saja yang kedengaran logik. Mujurlah ibu percaya.

Telefon bimbit dinyalakan. Ikon aplikasi WhatsApp ditekan. Nama Sofea dicari. Tiada satupun mesej daripada Sofea. Aneh. Mesej pun tiadakah? Dia boleh saja kan beritahu aku melalui WhatsApp bahawa dia telah pulang? Haih.

Tengahari itu, aku pergi ke pusat beli belah untuk membeli barang keperluanku. Maklumlah cuti semester bakal melabuhkan tirai pada minggu hadapan. Alat-alat tulisku, buku nota dan kertas A4 meminta dan merayu untuk direstock semula.

Tanpa membuang masa, aku terus pergi ke kedai alat tulis. Jadi rambang mataku melihat pelbagai jenis alat tulis dan buku nota yang tersusun rapi di atas rak itu. Sekali imbas, memang terasa hendak beli semua. Entah kenapa terasa sangat satisfying apabila dapat menyimpan koleksi alat tulis dan buku nota. Namun, aku juga tidak mahu membazir. Membazir itu kan amalan syaitan?

Selesai memilih barang yang aku mahukan, aku pun beratur di hadapan kaunter pembayaran. Ada beberapa orang yang sedang berbaris di hadapanku. Aku hanya menunggu dengan sabar.

Namun, sesuatu mengganggu fikiranku pada ketika ini. Entah kenapa hidungku memerangkap satu bau wangian yang pernah aku hidu. Aku kenal bau wangian itu. Tapi di mana ya aku hidu?

Selang beberapa saat, automatik aku teringat akan sesuatu.

Bau bunga ros yang Ridhwan bagi!

Dan yang latest, bau suit Ridhwan!

No way!

Please, please, janganlah yang sedang berbaris di hadapanku ini adalah mamat tu. Mata dipaksa untuk meneliti sosok tubuh itu dari belakang, ingin memastikan sama ada orang itu benar-benar Ridhwan atau bukan.

Tapi...

Kenapa macam sama? Oh no! Please jangan. Bukan sekarang.

"Dah puas tenung aku?"

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now