Bab 45

146 10 0
                                    

SIAPA sangka rasa benci yang aku rasakan terhadap abah dulu sekelip mata berubah kepada rasa cinta dan rindu kepadanya.

Dulu, aku sangat membencinya dan selalu mengelak daripadanya. Tapi lihatlah sekarang, aku sendiri yang bertingkah seperti anak kecil di hadapannya. Teresak-esak menangis di dalam pelukannya.

Aku tidak pasti berapa lama kami berpelukan sehingga akhirnya abah meleraikan pelukan kami. Air mataku yang mengalir di pipi diseka dengan lembut oleh abah. Inilah pertama kali aku merasakan abah menatapku dengan penuh kasih sayang.

Perasaanku sekarang ini? Sudah tentu aku gembira. Bahkan sangat gembira. Hatiku juga terasa tenang.

"Tapi...hari ni bukan birthday Hanim." Ujarku. Aku ingin tahu apakah sebab abah melakukan semua ini secara tiba-tiba.

"Abah tahu, tapi abah nak tebus kesalahan abah dulu." Balas abah.

Aku tersenyum lebar lalu mengangguk faham.

"Bila boleh makan ni? Laparlah..." Rungut Sofea tiba-tiba sambil memuncungkan bibirnya. Spontan kami yang berada di dalam bilik itu tertawa melihat gelagat Sofea.

"Ya lah, ya lah. Jom semua, kita pergi makan." Ajak abah.

"Jom!" Jerit Sofea lalu turun daripada katilnya. Namun baru beberapa saat kakinya mencecah lantai, Sofea memandang ke arahku. Dia tersenyum. Senyuman yang penuh makna.

"Pimpin boleh?" Tanya Sofea. Suaranya di olah seperti suara anak kecil. Ah sudah!

Mengeluh aku dibuatnya. Sejak aku tahu dia adalah adik kandungku sendiri, semakin manja pula dia kan? Bukan manja biasa-biasa tetapi manja tahap kritikal tahu? Haih.

Sudahnya aku layankan saja kerenah birthday girl yang manja itu. Nanti kalau tidak dilayan, nun sampai ke kutub utara bibirnya dimuncungkan.

Aku memimpin tangan Sofea dari dalam bilik sehinggalah ke tangga. Aku masih dapat merasakan suhu badannya yang panas tetapi tidaklah sepanas tengahari tadi. Syukurlah, demamnya sudah mulai kebah.

Sebaik sahaja kaki memijak anak tangga yang terakhir, aku dikejutkan dengan kehadiran Ridhwan yang sedang berdiri di ruang tamu. Dia tersenyum lebar memandangku.

Aku dan Sofea memandang sesama sendiri selama beberapa saat sebelum memandang ke arah Ridhwan semula.

"Well, kakak dengan Ridhwan boraklah dulu. Sofea nak makan. Bye!" Senafas saja Sofea mengatakan itu lalu pergi meninggalkan aku dan Ridhwan begitu saja. Dia berlari menuju ke dapur.

"Jangan berlari, Sofea. Badan tu lemah lagi." Pesanku.

Mendengarkan itu, spontan Sofea memberhentikan lariannya dan berjalan dengan normal. Sempat juga dia tersengih memandangku. Geram pula aku dengannya. Kalau tersadung masa berlari nanti macam mana? Sudah mendapat sakit lain pula.

"Ehem! Ehem!" Ridhwan berdehem.

Spontan aku memandang ke arahnya. Ridhwan tersenyum lagi.

Ah sudah! Berapa kali dia nak senyum ni? Ridhwan ini memang sengaja mahu jantung aku pecah agaknya.

"So...macam mana?" Tanya Ridhwan tiba-tiba.

Berkerut dahiku mendengar soalan itu.

"Macam mana apa?" Soalan berbalas soalan.

"Kau dengan Sofea? Ayah kau?" Ridhwan memperincikan lagi soalannya.

Aku terdiam seketika.

"Terima kasih, Ridhwan." Ujarku tidak lama selepas itu.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now