Bab 33

149 14 0
                                    

ISTERI Mukhriz yang sedang ralit menyediakan sarapan di dapur dipandang lama. Tergugat imannya melihat Maria yang masih berbadan langsing itu. Maklumlah anak pun baru seorang, rugi betul si Mukhriz tak pakai bini dia puas-puas. Kalau dia, sudah berderet anaknya pada ketika ini.

Dalam diam, Adri memasang niat untuk memiliki Maria sebaik sahaja dia membunuh Mukhriz dan Ridhwan. Dia tidak kisah akan jarak umurnya dengan Maria yang sangat ketara. Sejahat itukah dia? Ya! Sangat jahat!

Tanpa Adri sedari, kelakuannya merenung Maria diperhatikan oleh Mukhriz sendiri.

"Sayang..." Panggil Mukhriz meleret.

Adri kembali ke dunia nyata apabila Mukhriz muncul secara tiba-tiba lalu memeluk isterinya itu dari belakang. Adri meluat melihat pasangan itu.

"Kau peluklah bini kau puas-puas Mukhriz, buat bekal rindu di alam sana nanti." Desis Adri dalam hatinya.

Tidak lama kemudian, Ridhwan pula yang muncul sambil menepuk bahunya daripada belakang. Anak beranak ini memang suka muncul tiba-tiba ke? Adri geram tetapi ditahan mengenangkan dia perlu berlakon baik di hadapan keluarga yang bakal terpisah itu.

Ridhwan hanya menyapa ibunya. Ridhwan seakan-akan tidak berminat untuk bercakap dengan Mukhriz, menguatkan lagi prasangka Adri bahawa hubungan anak beranak itu sedang tidak baik. Kalau begini, mudah saja kerjanya nanti.

"Sarapan dah siap. Rid, Adri, tolong mak cik letak semua ni atas meja makan." Pinta Maria.

"Mak cik? Kalau bukan sebab aku tengah jalankan misi sekarang ni, lama dah aku panggil kau 'sayang' Maria." Kata Adri dalam hatinya.

Walau bagaimanapun, dia menurut saja permintaan Maria itu. Dia dengan Ridhwan seakan-akan sudah berkawan lama. Ada chemistry katakan. Ridhwan pula melayannya dengan baik sekali. Kalau lah Ridhwan tahu bahawa dia yang melanggar Ridhwan sehingga mengalami kemalangan sebelum ini, adakah Ridhwan akan memberikan layanan yang sama kepadanya?

Ah biarlah! Kenapa Ridhwan tidak mati saja dalam kemalangan itu? Sudahnya dia perlu bunuh Ridhwan sekali lagi. Penambah masalah betul lah!

Semasa menikmati sarapan, Adri kagum dengan air tangan Maria. Sudahlah cantik, badan langsing, pandai masak pula tu! Rugi kalau terlepas! Semakin tidak sabar-sabar pula dia ingin membunuh Mukhriz dan Ridhwan supaya dia boleh bersama dengan Maria.

"Mama, Rid lepas ni nak pergi rumah Ashraf." Kata Ridhwan tiba-tiba. Tangan Maria yang memegang sudu itu berhenti statik.

"Rid sure ke ni? Kaki Rid tu baru je pulih." Balas Maria. Wajahnya risau.

"Sure. Rid dah bosan duduk rumah. Rid nak hirup udara yang segar." Balas Ridhwan pula.

Adri hanya menjadi pendengar. Tidak ingin menyampuk sedikit pun. Maklumlah tengah berlakon jadi baik kan?

"Baiklah kalau macam tu." Maria mengalah dengan permintaan Ridhwan.

Hati Adri sudah menjerit gembira. Ketiadaan Ridhwan di rumah akan membuka ruang kepadanya untuk membunuh Mukhriz.

"Hide your identity Rid. B2K..."

"I know how to take care of myself." Laju Ridhwan memintas percakapan Mukhriz.

Adri tertanya-tanya apa yang merosakkan hubungan dua beranak ini sebenarnya? Setahu dia, Ridhwan sendiri yang mengundurkan diri dari B2K. Mukhriz pula boleh dikatakan seorang bapa yang bertanggungjawab kerana sanggup mengupah orang lain untuk menyamar menjadi anaknya supaya kehilangan Ridhwan tidak dikesan oleh B2K. Lalu apa yang membuatkan Ridhwan tidak berpuas hati dengan ayahnya?




HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now