Bab 30

184 14 2
                                    

WAJAH Ridhwan dipandang lama. Berombak dadanya apabila dapat tahu yang satu-satunya anak lelakinya itu berperikelakuan jahat, lebih-lebih lagi kalau melibatkan maruah wanita. Maria sangat marah apabila seorang wanita tiba-tiba muncul dan mengaku dirinya telah dirosakkan oleh anak lelakinya.

Dalam hatinya ingin mempercayai anaknya kerana dia sangat kenal sikap anaknya seperti apa. Walaupun Ridhwan seorang yang degil, anaknya itu sangat sukar untuk jatuh cinta dengan mana-mana wanita apatah lagi mendekati wanita sehinggalah Ridhwan mengaku bahawa dia telah jatuh cinta pada seorang wanita yang bernama Hanim Radiah, bukannya Aileen.

Tapi selepas apa yang Aileen katakan, hatinya berbelah bahagi sama ada ingin mempercayai anaknya atau wanita yang bernama Aileen itu. Mahu bertanya kepada Ridhwan, sia-sia saja kerana Ridhwan tidak ingat apa-apa tentang wanita itu.

Melihat isterinya yang termenung lama, Mukhriz menegur isterinya.

"Sayang kenapa?" Soal Mukhriz.

"Fikir pasal perempuan semalam." Jawab Maria ringkas.

"Sayang percaya dia?" Soal Mukhriz lagi.

Maria diam. Dia merenung wajah Ridhwan yang sedang lena terbaring. Doktor kata, lusa Ridhwan sudah boleh discharge kalau keadaan dia semakin membaik. Maria teringat semula akan kata-kata yang dilontarkan kepada Aileen semalam.

'Aunty akan pastikan Ridhwan bertanggungjawab atas apa yang dia dah lakukan pada Aileen.'

Maria memandang lantai, betul ke keputusan yang dia buat? Macam mana kalau wanita itu hanya menipu? Macam mana kalau Ridhwan tidak melakukan semua itu? Apa sebenarnya yang wanita itu mahukan? Pelbagai persoalan timbul di fikiran Maria pada saat ini. Sekejap yakin, sekejap ragu dengan tindakan diri sendiri.

"Janganlah fikir sangat pasal tu. Macam yang awak cakap semalam, awak akan pastikan Ridhwan bertanggungjawab. Apa lagi yang awak bingungkan?" Tanya Mukhriz seraya mengusap lembut tangan isterinya. Matanya fokus memandang wajah Maria.

"Saya cuma takut tindakan saya salah. Macam mana kalau Ridhwan tak buat semua tu? Saya kenal anak saya macam mana, bang..." Luah Maria.

"Cubalah kalau awak fikir macam ni semalam, bukannya terus percaya bulat-bulat dengan perempuan tu. Siap peluk bagai. Penat saya tengok drama awak berdua tahu?" Mukhriz seakan-akan menyalahkan diri Maria tapi dalam masa yang sama terselit gurauan dalam kata-katanya membuatkan Maria tersenyum nipis.

"Bukan salah saya seorang tahu? Awak tu, kenapa diam je tak tolong saya pun?" Kali ini Maria pula yang cuba menyalahkan diri Mukhriz.

"Malas saya..nanti kalau saya bercakap dengan perempuan tu, awak pula yang cemburu. Nak pujuk awak tu bukannya senang tahu? Silap hari bulan saya ni yang kena tidur luar." Omel Mukhriz.

Fine! Maria sudah tidak mahu menjawab. Dia tahu kata-kata Mukhriz itu benar. Dia tidak menafikan sedikit pun.

Pintu bilik yang diketuk beberapa kali mematikan perbualan Maria dan Mukhriz. Masing-masing memandang ke arah pintu. Sebaik sahaja satu figura melangkah masuk, Maria terdiam seribu bahasa. Berkerut dahinya memandang figura tersebut pada ketika ini.

Aileen baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik Ridhwan. Bukan itu yang menjadi masalahnya tapi, pakaian Aileen. Maria sudah menjeling ke arah suaminya dan reaksi suaminya membuatkan hatinya lega. Mukhriz langsung tidak memandang Aileen yang berpakaian tidak cukup kain dan ketat itu.

"Macam ni ke nak jadi menantu aku?" Desis Maria dalam hati.

PANGGILAN daripada Sofea dijawab setelah kali ketiga dia menelefon. Timbul rasa kasihan pula apabila Sofea tidak berputus asa menelefonku. Sejak melawat Ridhwan tempoh hari, aku hanya berkomunikasi dengan Sofea melalui WhatsApp sahaja. Setiap panggilannya ditolak olehku kerana aku tidak ingin berbicara dengan sesiapa.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now