Bab 32

142 15 0
                                    

SUDAH seminggu Adri cuba mencari di mana keberadaan Mukhriz tetapi hasilnya tetap sama, dia gagal menemukan Mukhriz. Mukhriz terlalu bijak menyembunyikan identitinya. Bukan sahaja identiti dirinya bahkan identiti ahli keluarganya juga. Lebih-lebih lagi pada ketika ini Adri sangat yakin bahawa Mukhriz sudah tahu dirinya sedang dicari oleh B2K. Lagilah si Mukhriz itu berhati-hati!

"Mana kau bersembunyi Mukhriz?" Desis hatinya.

Adri pula sudah lama tidak pulang ke tanah airnya. Pertemuannya dengan Mukhriz pula terjadi di London, bukan di Malaysia. Sudah tentulah dia tidak tahu banyak tentang Mukhriz melainkan fasal Ridhwan itu saja.

Mukhriz bijak. Dia tidak pernah berkongsi sedikitpun tentang hal peribadinya kepada Adri. Lihatlah sekarang, Mukhriz seakan-akan tahu nasib malang yang bakal menimpanya sehinggakan Adri terkapai-kapai dalam mencari tahu tempat persembunyian Mukhriz.

Adri melepaskan keluhan yang berat. Ke mana lagi dia patut pergi untuk mencari Mukhriz? Dia sudah buntu. Mr. Isaac pula tidak henti-henti memaksanya supaya mempercepatkan pembunuhan Mukhriz, menambahkan lagi beban di fikirannya.

Adri memutuskan untuk menyambung pencarian Mukhriz semula pada malam nanti. Dia ingin berehat, badannya sudah mula terasa lenguh kerana asyik ke hulu ke hilir tanpa henti.

Dalam perjalanan menuju ke lot parkir, langkah kaki Adri terpaksa diperlahankan bagi memberi ruang kepada dua orang wanita yang lengkap berpakaian jururawat untuk berjalan mendahuluinya. Dua orang jururawat wanita itu baru sahaja keluar dari pintu utama restoran yang berdekatan dengan Adri.

Pada awalnya, butir perbualan dua orang wanita itu tidak menarik perhatiannya langsung sehinggalah dia mendengar sebaris nama yang sangat dia kenali. Adri mula memberikan perhatian kepada perbualan mereka sebaik sahaja nama itu disebut.

"Kau ingat tak pesakit yang bernama Ridhwan hari tu? Baru aje discharge tiga hari lepas. Aku suka lah tengok mak ayah dia..dah tua-tua pun masih sweet tahu? Aku tengok encik Mukhriz tu asyik nak berkepit saja dengan puan Maria. Haraplah suatu hari nanti, aku ada pasangan yang layan aku macam tu sampai ke tua."

Berombak dada Adri mendengar pernyataan tersebut. Entah kenapa dia berasa sangat yakin bahawa orang yang disebut-sebut oleh jururawat itu adalah orang yang sama yang dia cari. Jika benar, maka perasaan marahnya semakin memuncak kerana menurut jururawat itu, Ridhwan baru sahaja keluar dari hospital tiga hari yang lepas. Ini bermakna Ridhwan masih hidup!

Argh! Bertambah pula masalahnya!

Adri mengekori dua orang jururawat wanita itu sehingga ke lot parkir. Dia bersembunyi di sebalik tiang. Sebaik sahaja dua orang jururawat tersebut masuk ke dalam perut kereta, Adri mengambil peluang tersebut untuk masuk ke dalam kereta itu sebelum ianya dikunci dari dalam.

Dua orang jururawat tadi terkejut melihat Adri yang tiba-tiba masuk ke dalam kereta mereka. Mereka menjadi cemas apabila Adri tiba-tiba mengacukan pistol ke arah jururawat yang berada di kerusi pemandu.

"Bagi aku alamat Ridhwan." Adri mengugut.

Kedua-dua jururawat itu sudah menggigil ketakutan. Jururawat yang berada di sebelah tempat pemandu cuba menelefon seseorang bagi meminta pertolongan tetapi tidak berjaya kerana Adri bertindak lebih pantas merampas telefon bimbit dari tangan jururawat itu.

"S-saya t-tak t-tahu siapa orang yang encik maksudkan." Gugup jururawat yang diacukan pistol itu menjawab.

"Orang yang kau sebut tadi. Ridhwan? Maria? Mukhriz?" Adri menyebut satu persatu nama orang yang disebut oleh jururawat tadi.

"S-saya t-tak tahu encik. D-dekat h-hospital baru ada rekod alamat dia." Balas jururawat itu.

"Kau gerak pergi hospital sekarang dan bagi alamat Ridhwan dekat aku!" Gertak Adri.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now