Bab 40

155 15 0
                                    

"I trust you, sweetheart."

Pengakuan Ridhwan itu membuatkan aku mendongakkan kepala memandang wajahnya. Mata kami bertembung. Aku tidak salah dengarkah? Ridhwan panggil aku sweetheart?

Hanya mata kami yang berbicara pada ketika ini.

"Ini aku, Hanim. Ridhwan. Ridhwan yang sama yang tergila-gilakan kau dulu." Luah Ridhwan perlahan. Tunak saja matanya memandang buah hatinya itu.

Kalau tadi aku terkilan, kini aku rasa mahu menangis. Penantianku sudah berakhir. Ingatan Ridhwan sudah pulih! Ridhwan sudah ingat siapa aku pada dirinya. Alhamdulillah, aku bersyukur.

"Ridhwan! What are..."

"It is enough, Aileen! Tak penat ke jadi penipu? Sebelum ni kau boleh reka semua cerita sebab aku hilang ingatan. But now, I remembered everything. Aku tak pernah cintakan kau. Aku cintakan Hanim, perempuan yang kau tuduh tolak kau jatuh kolam." Ridhwan masih mampu mengawal suaranya walaupun sedang dalam keadaan marah. Terkaku aku mendengar pengakuannya itu.

"Ash, show them." Arah Ridhwan.

Ashraf mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya lalu menunjukkan sebuah video kepada Aileen. Telefon bimbit dipusingkan ke arah Aileen supaya skrinnya menghadap Aileen. Aku juga dapat melihat video itu kerana aku bertentangan arah dengan Ashraf.

Video itu menunjukkan Aileen menjerit meminta tolong dan membuang dirinya sendiri ke dalam kolam. Kemudian, aku juga terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkannya. Dari angle video itu, aku tahu ia dirakam tidak jauh dari kawasan kolam. Sungguh, aku tidak tahu Ashraf sedang merakam kejadian itu.

Riak wajah para tetamu berubah selepas menonton video tersebut. Riak wajah Aileen terutamanya. Sudah tentu dia tidak percaya bahawa aku akan bertindak sedemikian. Well, I told you before ini bukan drama sinetron. Mesti dia mengira bahawa aku tidak pandai berenang kan? Tetapi dia silap. Aku sangat suka berenang.

"Sofea, tolong bawa Hanim pergi kereta. You too, Ash. Follow us." Arah Ridhwan.

Aku hanya menurut. Masih lagi diam. Bukan tidak mahu bercakap langsung cuma aku tidak tahu mahu mengatakan apa. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan pantas. Aku tidak bersedia untuk mengalami situasi seperti ini namun dalam masa yang sama aku juga gembira. Aneh.

Aku mengeluarkan kunci kereta dari sling bagku. Mujur saja aku meninggalkan sling bagku kepada Sofea sebelum pergi ke kolam tadi. Kalau tidak, sudah tentu sling bagku itu akan basah sekali.

Butang unlock ditekan. Baru sedikit pintu kereta dibuka, Ridhwan datang menghalang dengan tangannya.

"Let me drive, sweetheart. Sofea, kau duduk belakang. Ashraf akan bawa kereta aku. Dia akan follow dari belakang." Sekali lagi Ridhwan menjadi tukang pengarah dan buat kali keduanya dia panggil aku sweetheart.

Lain macam kan dia? Kalau dulu dia gentleman, sekarang dia gentleman kuasa dua!

Ashraf yang berada di dalam kereta Lamborghini Aventador milik Ridhwan kaku seketika. Dia merasakan seolah-olah dia sedang bermimpi. Sebelum ini dia selalu saja tumpang kereta Ridhwan itu, cuma inilah kali pertama dia akan memandu kereta itu.

"Thanks to you Hanim, kalau bukan sebab kau tak ada maknanya Ridhwan nak bagi aku bawa kereta ni." Ashraf bermonolog sendiri.

Dia menghidupkan enjin kereta. Bunyi deruman enjin kereta itu memuaskan hatinya dan membangkitkan semangatnya.

"Whoa!" Jerit Ashraf.

"W-w-wait...pasang lagu dulu...baru feeling!" Tambah Ashraf lagi sambil tersengih.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now