Bab 25

168 18 0
                                    

PENJELASAN daripada pensyarah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aileen masih lagi sakit hati memikirkan apa yang terjadi pada malam uptown fiesta event.

Aileen menyangka bahawa Ridhwan sudah jatuh cinta padanya apabila Ridhwan menerima setangkai bunga ros yang dia berikan kepada Ridhwan. Tapi ternyata dia silap!

Sebelum Ridhwan naik ke atas pentas untuk membuat persembahan, Ridhwan membuang bunga ros tersebut ke lantai dengan disaksikan olehnya sendiri!

Bukan itu sahaja, persembahan yang Ridhwan buat hanyalah semata-mata untuk Hanim! Manalah tak sakit hati dia? Argh!

Dia berang dengan Ridhwan. Lelaki lain beratur ingin mengoratnya, tapi Ridhwan? Lelaki itu langsung tidak berminat untuk berkenalan dengannya!

Kalau dibandingkan antara dia dengan Hanim, dua kali ganda dia lebih cantik dan lebih menggoda daripada Hanim! Adakah Ridhwan buta dalam menilai hal tersebut?

Argh! Dia tak kira! Dia kena buat sesuatu. Walau dengan apa cara sekali pun, dia akan pastikan Ridhwan jadi miliknya!

"You tunggulah nasib you, Hanim." Ujar Aileen dalam hati.

Hanim dan Sofea bercadang untuk pergi ke perpustakaan bersama-sama. Sofea akan datang lewat sedikit kerana masih ada kelas. Jadi, dia akan pergi ke perpustakaan terlebih dahulu tanpa Sofea.

Dalam perjalanan ke perpustakaan, jalan Hanim dihalang oleh Aileen dan dua orang kawannya.

"You rasa diri you bagus sangat kan?!" Tiada angin, tiada ribut, Aileen tiba-tiba memarahi Hanim.

"Maksud kau?" Tanya Hanim tenang. Dia tidak faham dengan apa yang Aileen katakan itu.

Naik turun dada Aileen mendengar respon Hanim yang terlalu selamba itu.

"I hairanlah dengan Ridhwan tu..apalah yang dia suka sangat dekat you? You tu dah kena tebuk dengan tupai!" Tengking Aileen.

Mendengarkan itu, Hanim merenung Aileen tajam. Tergamak betul Aileen menuduhnya sebegitu rupa.

"Lebih baik kau pergi sebelum kau menyesal." Hanim memberikan amaran kepada Aileen.

"Guys! You dengar tak dia cakap apa?! Dia ugut I lah guys...wuuu...tacodnya kita..." Aileen mengejek Hanim.

Hanim hanya diam melihat Aileen dan kawan-kawannya mentertawakan dirinya.

"Dah serupa orang sakit mental!" Marah Hanim dalam hati.

Tidak lama kemudian, Aileen menapak lebih dekat ke arah Hanim. Lama dia merenung wajah Hanim. Entah apa yang sedang bermain difikirannya pada ketika itu.

"You cantik...tapi sayang...I kena hapuskan kecantikan you ni supaya Ridhwan pandang I.." Kata Aileen dengan nada yang penuh misteri.

Tidak lama kemudian, Aileen memetik jarinya.

Mendengar petikan jari tersebut, salah seorang daripada kawan Aileen menghulurkan sesuatu kepada Aileen.

Hanim mengecilkan matanya cuba untuk mengamati apakah benda tersebut.

Itu...

Itu botol yang mengandungi asid!

Aileen memang gila!

"Well, I tak nak bazirkan tenaga I sangat untuk seksa you..cukuplah sekali I simbah asid ni dekat muka you, kesan dia nanti you akan bawa sampai you mati. Bijak kan I?" Aileen memuji dirinya sendiri.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now