Bab 28

162 17 0
                                    

KOTAK barang kemas yang berwarna merah itu dibuka. Bibirku mengukirkan senyuman sebaik sahaja melihat cincin silver di dalamnya. Sama seperti rantai leher sebelum ini, cincin ini juga diukirkan gabungan huruf R dan H. Aku menarik keluar cincin itu daripada kotak lalu menyarungkannya pada jari manisku. Muat! Macam mana Ridhwan tahu saiz jariku? Haih.

Aku yang sedang ralit mencuba cincin yang diberikan oleh Ridhwan terkejut apabila cermin keretaku tiba-tiba diketuk dari luar oleh seseorang. Aku menoleh, ternyata Sofea. Budak Sofea ni suka main sergah kan? Aku pun menurunkan cermin kereta.

"Kita pergi jalan-jalan nak? Kita self reward." Ajak Sofea.

"Kita nak pergi mana?" Tanyaku.

"Mana-mana je kau pergi, aku ikut. Hehehe.." Sengih Sofea.

"Okey, masuk cepat." Arahku.

Cincin yang aku pakai tadi aku simpan semula ke dalam bekasnya. Nanti kalau Sofea tanya tentang cincin itu, aku nak jawab macam mana? Tak pasal-pasal timbul masalah lain pula nanti. Sofea bukannya boleh simpan rahsia sangat.

Telefon bimbit Maria berdering, panggilan daripada nombor yang sama. Sejak dua hari yang lepas, nombor itu sering kali menelefonnya. Dia mengira bahawa yang menelefon itu hanyalah scammer jadi dia biarkan sahaja.

Tapi hari ini sudah masuk hari yang ketiga nombor yang tidak dikenali itu cuba menelefonnya. Apakah ada sesuatu yang penting hendak dibicarakan oleh individu tersebut? Maria mula berasa tidak sedap hati.

Akhirnya, Maria pun membuat keputusan untuk menjawab panggilan tersebut. Apabila panggilan disambungkan, suara yang sangat dia kenali menyapa gegendang telinga.

"Sayang, kenapa tak angkat call abang? Banyak kali dah abang call..sayang dengan Ridhwan okey tak? Tak ada benda buruk berlaku?" Tanya Mukhriz bertalu-talu.

"Lah..itu nombor abang rupanya..Maria ingatkan scammer mana tadi. Abang tu pun satu, kenapa tiba-tiba tukar nombor?" Tanya Maria. Soalan Mukhriz tadi dia biarkan saja tanpa jawapan. Bukan tidak mahu menjawab soalan Mukhriz, tetapi dia tidak dapat menangkap soalan Mukhriz itu. Sudahlah Mukhriz tanya laju sangat. Haih.

"Itu tak penting, sayang..yang penting sekarang ni, B2K dah tahu segalanya! Nyawa kita semua dalam bahaya!" Terang Mukhriz separuh menjerit.

"Ya Allah...ha-habis tu..ma-macam mana ni bang? Maria takut.." Maria gugup. Lututnya sudah mulai lemah. Dia tahu saat ini akan tiba. Tapi dia belum bersedia!

"Sekarang ni, abang dah sampai Malaysia. Abang nak sayang call Ridhwan suruh dia balik rumah kita cepat. Bagitahu dia juga supaya hati-hati." Pesan Mukhriz. Suaranya kedengaran serius.

"Baik abang." Maria menurut.

Pakaiannya disusun di dalam bagasi dengan perasaan yang gembira. Ridhwan sangat gembira apabila Hanim memilih untuk memberikan kepercayaan kepadanya. Ridhwan sangat bersyukur, akhirnya Hanim membukakan pintu hatinya untuk Ridhwan.

"Percayalah Hanim, aku akan bahagiakan kau." Ucap Ridhwan dalam hatinya.

Mulai petang ini, Ridhwan akan bercuti lama di rumah ibunya. Ibunya pula sudah tentunya gembira apabila Ridhwan memaklumkan hal tersebut. Si ibu bahkan dengan terujanya membeli barang-barang dapur dengan banyak untuk dijadikan stok. Ridhwan pula sudah dapat membayangkan masakan-masakan ibunya yang lazat terhidang diatas meja makan.

Selesai mengemas semua barang, Ridhwan pun memasukkan bagasi dan barang-barang yang lain di dalam bonet keretanya. Kali ini, dia memakai kereta Honda Civic kerana bonetnya yang lebih besar daripada kereta Lamborghini Aventador. Agak susah juga hatinya untuk meninggalkan kereta sport kesayangannya itu. Namun, dia terpaksa.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now