Bab 17

190 17 0
                                    

PEJAM celik, sudah genap dua bulan aku menuntut ilmu di universiti ini. Aku juga bersyukur Dr. Hanafi tidak lagi menggangguku. Tetapi bukan Ridhwan. Sehingga sekarang, Ridhwan tidak pernah berhenti menunjukkan rasa cintanya terhadapku. Macam-macam yang dia lakukan untuk mendapatkan perhatianku.

"Ha! Termenung apa tu?" Sergah Sofea. Bahuku sedikit terangkat.

"Tengah fikir assignment." Jawabku ringkas.

"Tengah fikir assignment ke tengah fikir kekasih hati?" Usik Sofea.

"Aku bukan macam kau, setiap masa nak fikir tentang Ashraf." Sindirku.

Sofea mencebik.

"Ya lah, ya lah...sikit-sikit bagi ayat deep. Merajuklah." Bebel Sofea.

"Kalau merajuk, pujuk diri sendiri. Aku tak reti pujuk orang." Balasku tanpa berselindung.

Aku bangun dari kerusi di tepi tasik.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Sofea.

"Aku ada kelas. Jumpa nanti." Balasku.

Ridhwan bukan jenis yang cepat bosan apabila berada di dalam kelas. Tapi kalau dalam kelas Dr. Hanafi, yes, dia sangat bosan.

"So, that's it for today. Jangan lupa siapkan assignment yang saya bagi." Pesan Dr. Hanafi.

Akhirnya, kelas bersama Dr. Hanafi berakhir.

Melihat Dr. Hanafi yang sedang mengemas mejanya, Ridhwan menggunakan kesempatan itu untuk berbual dengannya. Ada soalan yang dia ingin tanya kepada Dr. Hanafi.

Ridhwan mengatur langkah ke arah Dr. Hanafi lalu berdiri tepat di hadapan pensyarah itu.

"Kau dah menyerah kalah ke?" Soal Ridhwan dengan nada yang sinis.

Dr. Hanafi menayangkan senyuman yang sinis.

"Menyerah kalah? Maksud kau?" Dr. Hanafi berpura-pura tidak tahu apa yang Ridhwan maksudkan.

"Aku tengok kau dah tak kacau Hanim. So, aku anggap kau dah kalah dan aku menang." Utus Ridhwan.

"Aku memang dah kalah. Tapi bad news dia...aku dikalahkan oleh orang lain, bukan dengan kau. Jadi, tak payahlah nak bangga sangat." Sindir Dr. Hanafi.

Sebelum ini, Dr. Hanafi sudah menyiasat siapakah lelaki bertopeng yang menyerangnya itu. Namun satu bukti pun dia tidak jumpa tentang lelaki misteri itu.

Pada awalnya, dia mengira bahawa lelaki bertopeng itu Ridhwan tetapi sangkaannya salah kerana suara mereka sangat jauh berbeza. Kemudian, dia juga mengira bahawa Ridhwan yang mengupah lelaki tersebut. Namun setelah disiasat, lelaki itu tiada kena mengena langsung dengan Ridhwan.

Sudahnya dia putuskan saja bahawa lelaki bertopeng itu adalah individu lain yang dia tidak kenal.

Kemudian, Dr. Hanafi pergi meninggalkan Ridhwan begitu saja.

Tipulah kalau Ridhwan tidak rasa tercabar sedikitpun apabila individu yang mengalahkan Dr. Hanafi itu adalah orang lain, bukan dirinya.

Sehingga sekarang, dia masih belum tahu siapakah lelaki bertopeng yang memukul Dr. Hanafi itu. Siapapun dia, dia berharap agar suatu hari nanti dia akan berdepan dengannya. Satu lawan satu. Dia ingin tahu siapakah yang lebih kuat sama ada dia atau lelaki bertopeng itu?

Aroma masakan yang menyelerakan menusuk masuk ke dalam hidungnya sebaik sahaja pintu rumah dibuka.

"Sedapnya bau... Agak-agaknya apalah yang Mak Jah masak?" Aida tertanya-tanya dalam hati.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now