Bab 37

149 13 0
                                    

BUNYI tapak kasut yang semakin menghampirinya membuatkan matanya yang baru sahaja terpejam terbuka semula. Pintu bilik ditolak perlahan dari luar. Figura yang menolak pintu itu tersenyum manis memandang Hanim. Pintu ditutup semula. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Hanim yang sedang duduk di atas lantai. Tangan dan kakinya diikat.

Mr. Isaac duduk mencangkung di hadapan Hanim. Dia merenung Hanim lama. Hanim tidak selesa dipandang lama sebegitu rupa. Dalam hatinya sedang mengutuk lelaki itu.

"I am Isaac Wellington. You?" Mr. Isaac memperkenalkan dirinya kepada Hanim.

"Let me go." Bukannya hendak berkenalan dengan Mr. Isaac malah Hanim meminta supaya dirinya dilepaskan.

Terpejam mata Mr. Isaac sebaik sahaja mendengar suara yang tegas milik Hanim. Dia sememangnya mengimpikan seorang wanita yang bukan saja cantik tetapi tegas.

"What is your name, darling?" Tanya Mr. Isaac.

Hanim hanya diam. Dia berasa menyampah dengan Mr. Isaac. Kalau dulu dia diganggu oleh Dr. Hanafi yang miang, sekarang dia diganggu oleh Mr. Isaac yang tidak sedar diri. Wajahnya tidaklah terlalu tua, badan pun masih tegap, cuma rambutnya saja yang sudah mula beruban.

"Elly, I call you Elly. Problem solved." Balas Mr. Isaac.

"Why are you doing this?" Tidak tertahan lagi diri Hanim untuk menanyakan sebab dia diculik oleh Mr. Isaac.

"Do what? Kidnapped you?" Soal Mr. Isaac.

"Yes." Balas Hanim.

Mr. Isaac melepaskan keluhannya sebelum menyambung percakapannya.

"Your friend, Leo and his father has betrayed me. They ran away. That is why I need to kidnap his friend so that they will come to me." Jelas Mr. Isaac.

Dahi Hanim berkerut. Bukannya tidak faham dengan kata-kata Mr. Isaac tetapi dia tidak kenal siapa Leo. Sejak bila pula dia mempunyai kawan yang bernama Leo?

"Who is Leo?" Tanya Hanim.

Mr. Isaac tertawa seketika apabila menyedari kesilapannya. Dia menggunakan nama samaran Ridhwan sebab itulah Hanim tidak tahu.

"Leo is Ridhwan." Balas Mr. Isaac.

Berdegup laju jantung Hanim sebaik sahaja nama Ridhwan disebut oleh Mr. Isaac.

"Mr. Isaac, they are here." Anak buah Mr. Isaac yang meluru masuk ke dalam bilik Hanim ditahan mengabarkan berita itu kepada Mr. Isaac.

Mr. Isaac tersenyum sinis.

"I will come back for you. Stay here." Kata Mr. Isaac seraya mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang tubuhnya. Dia sempat mengerling ke arah Hanim sebelum keluar dari bilik itu.



DUA buah kereta diparkir agak jauh dari perkarangan banglo yang usang itu. Perlahan-lahan Ridhwan dan Mukhriz berjalan menuju ke perkarangan banglo tersebut.

Ridhwan dan Mukhriz mengintai di sebalik batang pokok yang agak besar di seberang banglo itu. Kelihatan beberapa orang anak buah Mr. Isaac sedang berkawal di setiap pepenjuru banglo. Dalam kiraan Ridhwan, jumlah mereka adalah enam orang tidak termasuk yang berada di dalam banglo.

Pistol yang sudah dipasangkan sejenis alat penghadang bunyi tembakan dikeluarkan daripada jaket Mukhriz. Ridhwan turut melakukan hal yang sama. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"3..2..1..go!" Arah Mukhriz.

Pantas Ridhwan meluru masuk dan bersembunyi di belakang kereta yang sudah terparkir di dalam kawasan banglo itu. Begitu juga dengan Mukhriz, dia bersembunyi di belakang kereta yang satu lagi. Sekali lagi mereka berpandangan sesama sendiri. Mereka menganggukkan kepala serentak lalu menarik picu pistol.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now