Bab 19

194 17 0
                                    

SOFEA tersenyum membaca mesej daripada Ashraf.

Kata Ashraf, nanti akan diadakan uptown fiesta event di universiti mereka. Pelajar-pelajar universiti dan peniaga-peniaga dari luar sangatlah dialu-alukan untuk datang berniaga. Harga tapak niaga pula sangatlah mampu milik.

Nanti akan ada juga pertandingan nyanyian dan tarian dimana penyertaan adalah percuma bagi pelajar universiti dan berbayar bagi orang luar.

Ashraf adalah salah seorang yang terlibat dalam pengurusan uptown fiesta event tersebut yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Dia kena beritahu seseorang untuk temankan dia!

Siapa lagi kalau bukan Hanim? Hehe.

Ashraf dan Ridhwan ditugaskan untuk menyenaraikan nama-nama peserta yang ingin menyertai pertandingan nyanyian dan tarian.

Setakat ini, sudah 10 orang yang mendaftar bagi pertandingan nyanyian dan empat kumpulan yang mendaftar bagi pertandingan tarian. Pendaftaran dilakukan melalui google form yang disediakan oleh Ashraf dan Ridhwan.

"Rid, tengok ni, Aileen pun join pertandingan nyanyian." Kata Ashraf.

"So?" Tanya Ridhwan tanpa menoleh ke arah Ashraf.

"Manalah tahu kau nak join juga..jadi pasangan duet dia ke?" Usik Ashraf.

"Tak nak. Dia bukan Hanim." Balas Ridhwan selamba.

Haih. Sikit-sikit Hanim.

"Kau ni asyik fikirkan Hanim je kan? Dah angau sangat ke dengan dia tu?" Tanya Ashraf.

"Yes...sangat...ada masalah ke?" Soal Ridhwan.

"Okey fine! Kau angaulah dengan buah hati kau tu." Ashraf mengalah.

"Kau dengan Sofea apa kurangnya." Usik Ridhwan pula.

Giliran Ashraf pula tersengih. Wajah Sofea Hanani mula bermain di fikirannya pada ketika itu. Tersenyum sendiri Ashraf dibuatnya.

Selesai urusan mereka berkenaan dengan uptown fiesta event untuk hari tersebut, Ashraf dan Ridhwan berjalan menuju ke kafeteria. Mereka ingin mengisi perut terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik kuliah. Nanti tak boleh fokus belajar kalau perut lapar.

Ashraf pula sememangnya jenis yang cepat lapar. Kalau tak makan tepat waktu, boleh meroyan beb!

Sedang asyik mereka berjalan, tiba-tiba...

Bup!

Mereka terkejut mendengar bunyi sesuatu benda yang jatuh ke lantai. Ashraf dan Ridhwan sama-sama menoleh ke arah bunyi tersebut.

"Mata you mana?! Jatuh dah beg I! Ni mahal tau I beli!" Marah seorang wanita.

Rupa-rupanya bunyi benda yang jatuh tadi datang daripada beg sandang Aileen yang jatuh ke lantai.

Aileen sedang memarahi...

Hanim?

Sofea juga berada disitu.

SEDANG asyik berbual dengan Sofea, aku tidak sengaja merempuh bahu seseorang sehingga beg sandangnya jatuh mencium lantai.

"Mata you mana?! Jatuh dah beg I! Ni mahal tau I beli!" Marah wanita itu.

"Maaf, aku tak sengaja." Ucapku.

Wanita itu mengambil semula beg sandangnya yang jatuh tadi lalu memeriksanya.

"Maaf you tu tak boleh buat apa-apalah...siapa nak ganti beg I yang rosak ni?!" Marah wanita itu lagi.

Rosak? Aku tengok elok saja beg dia. Melebih-lebih pula minah ni! Aku koyakkan betul-betul beg tu baru tahu.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now