Bab 5

249 17 0
                                    

MINGGU kuliah sudah pun bermula.
Ibu dan Mak Jah sudah berangkat semalam. Mampu ke aku tahan rindu dengan masakan Mak Jah ni? Tawakal je lah.

Kelas pagi ini tidak terlalu awal. Jadi aku masih mempunyai masa untuk menyediakan sarapan sendiri. Aku hanya mengambil sarapan ringan sahaja. Roti bakar dengan air susu panas. Tidak berselera sangat. Dah lah kena tinggal sorang-sorang! Sabar aje lah.

Selesai bersarapan, aku pun berangkat ke universiti. Sebelum berangkat, aku memastikan setiap pintu, tingkap dan pagar rumah dikunci. Risau kalau ada orang pecah masuk nanti. Setelah yakin semuanya sudah berkunci, aku pun mula memandu ke universiti.

Perjalanan ke universiti memakan masa 15 minit. Selesai memarkirkan kereta, aku membetulkan sedikit tudung dan bajuku supaya nampak kemas dan menutup aurat. Setelah berpuas hati, aku pun keluar dari kereta dan menekan butang lock pada kunciku.

"Hanim!"

Seseorang menjerit memanggil namaku. Aku kenal suara itu.

Suara Sofea.

Aku pun menoleh. Sofea melambai ke arahku. Aku pun melambai ke arahnya semula. Mimpi apa lah budak Sofea ni sampai menungguku di tempat letak kereta?

Sofea berdiri agak jauh dariku. Dia menungguku. Tiba-tiba pula kami sedondon hari ni. Kami berdua sama-sama memakai baju berwarna kelabu. Sudah tentulah itu menjadi salah satu sebab Sofea tersengih-sengih memandangku pagi ini.

Bagaikan deja vu, aku sekali lagi hampir dilanggar oleh kereta sport. Kereta siapa lagi kalau bukan kereta Ridhwan?

Tapi kali ini berbeza.

Kali ini aku buat silap. Aku tidak memandang kiri dan kanan semasa melintas jalan. Tambahan pula, aku terlalu fokus pada Sofea yang sedang menungguku. Jadi aku mempercepatkan langkahku agar Sofea tidak menunggu lama. Tapi lain pula yang terjadi.

Dan nasib baik juga kali ini Ridhwan memberhentikan keretanya. Tidak seperti minggu lepas, Ridhwan tidak memberhentikan keretanya langsung! Sebaliknya menekan hon tanpa henti.

Aku yang kaku ditengah jalan didatangi oleh Sofea. Ya, jujur memang aku terkejut dan kecewa pada diri sendiri. Macam mana boleh cuai kali ni? Selalunya aku tidak begitu.

Aku beristighfar.

Rasa berdosa bila aku seolah-olah menafikan sifat manusia itu alpa. Manusia sememangnya lemah. Selalu melakukan kesilapan. Tetapi manusia beruntung, mereka mempunyai Allah Yang Maha Esa yang tidak pernah melupakan hambanya walaupun hambanya selalu lupa pada-Nya.

"Hanim! Kau okey tak?" Tanya Sofea.

"Aku okey. Cuma terkejut sikit." Balasku.

"Sorry, Hanim. Kau okey? Nah, ambil air ni."

Ridhwan memberikan sebotol air mineral bersaiz kecil kepadaku.

Sofea mengambil air itu setelah melihat aku tidak merespon. Aku terus menarik tangan Sofea, beredar dari situ dan meninggalkan Ridhwan seorang diri.

Sampai di bilik kuliah, Sofea tidak habis-habis memaksaku untuk mengambil air yang diberikan oleh Ridhwan tadi. Di depan pintu bilik kuliah pula tu! Paksaan demi paksaan, akhirnya aku mengalah. Aku mengambil air mineral yang diberikan oleh Ridhwan tadi. Sofea pun pergi selepas itu.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now