Bab 12

195 17 0
                                    

CUTI Sabtu dan Ahad tidak terasa seperti cuti langsung bagiku. Kelas pagi ini adalah kelas Dr. Hanafi. Aku mengeluh. Rasa mahu escape saja dari kelasnya tapi aku tahu itu bukan diriku.

Akhirnya aku gagahkan juga diriku untuk berjalan menuju ke bilik kuliah. Aku sudah tidak mempedulikan pandangan aneh orang ramai terhadap diriku. Biarlah mereka mahu berkata apa sekali pun. Asalkan aku tahu dan yakin bahawa aku tidak bersalah.

Bilik kuliah yang aku ingin pergi berdekatan dengan pejabat pensyarah. Semasa berjalan melepasi pejabat pensyarah, perasaanku tiba-tiba berasa tidak enak.

Dan tiba-tiba...

Aku mendengar bunyi pintu dibuka. Tapi aku tidak pasti sama ada pintu tersebut dibuka dari dalam atau dari luar.

Kedengaran pula bunyi tapak kasut dari arah belakangku. Lambat laun bunyinya semakin dekat. Aku melangkah dengan lebih laju. Perasaanku semakin tidak enak.

Dan tiba-tiba tanganku direntap kasar dari belakang membuatkan badanku berpusing dan menghadap wajah si pelaku.

Dr. Hanafi?

Aku marah. Sangat marah. Lantas aku menarik tanganku yang dipegang olehnya tadi lalu aku menampar pipinya sekuat hati.

Pakkk!

Terteleng kepala Dr. Hanafi. Puas hati aku!

Aku berpaling daripadanya, ingin menyambung semula perjalananku menuju ke bilik kuliah. Namun sekali lagi tanganku direntap kasar oleh Dr. Hanafi.

"Lepaskan tangan akulah!" Jerit aku seraya mencuba untuk melepaskan tanganku daripada genggamannya.

"Kenapa kau decline call aku? Kenapa kau ignore mesej aku? Kau block aku ke?" Tanya Dr. Hanafi bertalu-talu.

Tanganku masih belum dilepaskan oleh Dr. Hanafi. Dia menggenggam tanganku dengan sangat kuat. Sakitnya terasa sehingga ke tulang!

"Ya! Memang aku block kau! Kau siapa nak halang aku?!" Kali ini nada suaraku berubah menjadi kasar. Aku sudah tidak menghiraukan pangkat doktor yang dia miliki.

"Aku tak nak berkasar dengan kau tau, Hanim. Tapi kau suka sangat buat aku hilang sabar!" Bentak Dr. Hanafi.

Sabarku kian tipis. Aku melepaskan tanganku daripada genggaman Dr. Hanafi dengan segala kudrat yang aku ada. Tanpa membuang masa, aku terus menumbuk muka Dr. Hanafi.

Dr. Hanafi menahan hidungnya. Sepertinya aku telah mencederakan hidungnya. Siapa suruh gatal sangat pegang-pegang aku? Itu lah padahnya!

Tidak berakhir disitu, aku mula berbicara.

"Siapa yang patut hilang sabar sekarang ni?! Siapa yang kena perangkap aku ke kau?! Siapa yang kena fitnah aku ke kau?!" Tanyaku bertalu-talu.

Dr. Hanafi ketawa.

"Aku buat semua tu sebab... I love you, sayang." Ucap Dr. Hanafi perlahan. Jijik aku mendengarnya.

Aku tersenyum sinis.

"You cross your limit, Hanafi. Aku akan buat laporan polis." Kataku.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now