Bab 26

169 19 0
                                    

TANPA sedar, semester pertamaku sudah hampir ke penghujung. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Aku berharap agar keputusan peperiksaanku nanti tidaklah mengecewakan.

Aku juga berharap agar markah kuiz, assignment, presentation dan sebagainya dapat membantu meningkatkan gred aku pada peperiksaan akhir semester ini. Kalau tak dapat 4 plat, dapat 3 pointer ke atas pun sudah memadai.

Sejak minggu lepas, aku dan Sofea sering berjumpa untuk belajar bersama-sama. Walaupun kami tidak mengambil course yang sama, tiada masalah bagi kami untuk duduk semeja dan fokus dengan subjek masing-masing.

Apabila minggu peperiksaan sudah tiba, perpustakaan yang sebelumnya sunyi pada hari biasa kini penuh dengan pelajar yang datang untuk mengulangkaji. Mujurlah perpustakaan universiti ini besar, tidak susah untuk aku dan Sofea mencari tempat duduk.

Aku dan Sofea juga sering terserempak dengan Ridhwan dan Ashraf ketika berada di perpustakaan. Ridhwan pula selalu mencuba nasibnya untuk berborak denganku. Respon aku? Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Bukan sombong, tapi malu.

Kalau boleh, sedaya upaya aku cuba untuk menyembunyikan perasaanku terhadap Ridhwan. Dan setiap kali Ridhwan cuba berinteraksi denganku, ada saja Aileen datang mengacau.

"Kau dengan Sofea nak pergi café sekali tak? Aku belanja." Pelawa Ridhwan.

Belum sempat aku berkata apa-apa, Aileen yang muncul entah dari mana terlebih dahulu berbicara.

"Belanja I sekali boleh?" Tanya Aileen dengan suara gediknya.

"Bukan ke kau selalu beli barang mahal-mahal? Takkanlah tak mampu bayar makan minum sendiri kut?" Sindir Ridhwan.

Supp!

Pedas sindiran yang diberikan oleh Ridhwan kepada Aileen. Aku hanya menahan ketawaku. Sofea dengan Ashraf pula sudah pecah ketawanya. Sudahnya Aileen pergi meninggalkan kami dengan wajah yang tidak berpuas hati.

Mengenangkan peristiwa tersebut, aku jadi ketawa sendiri.

Malam itu, Ridhwan menelefon ibunya. Dia ingin memberitahu si ibu bahawa dia akan menduduki peperiksaan akhir semester yang juga merupakan peperiksaan terakhirnya sebelum menamatkan pengajian.

"Nanti exam tu jawab betul-betul tahu?" Pesan ibu Ridhwan.

"InsyaAllah ma...Rid akan cuba jawab dengan sebaik mungkin. Mama doakan Rid ya?" Pinta Ridhwan pula.

"Ibu mana yang tak doakan anak dia, Rid? Jangan risau, doa mama sentiasa ada dengan Rid." Ujar si ibu.

"Baik, mama." Ucap Ridhwan.

"Hmm..mama ni sebenarnya baru teringat." Ujar ibu Ridhwan setelah beberapa saat mendiamkan diri di dalam talian.

"Ingat apa, ma?" Tanya Ridhwan.

"Siapa Hanim? Sebab dulu Rid pernah sebut nama dia dalam call, siap bersayang-sayang lagi.." Kata si ibu.

Alamak! Ridhwan juga baru teringat akan hal itu. Hal itu terjadi semasa dia dan Ashraf menghadiri dinner di rumah Mr. Keith dahulu.

"Er..dia....perempuan yang Rid suka ma.." Ridhwan membuat pengakuan. Dia tersenyum sendiri di dalam talian. Wajah wanita yang dia cintai itu mula berlegar-legar di fikirannya.

Mendengarkan itu, si ibu pun ketawa gembira di dalam talian. Dia sangat teruja mendengar pengakuan anak terunanya itu.

"Akhirnya...jatuh cinta juga anak mama ni ya? Nanti bawa dia jumpa mama boleh? Mama nak tengok siapa perempuan yang berjaya buat anak mama ni jatuh cinta." Pinta ibu Ridhwan.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now