Bab 27

163 19 0
                                    

PISTOL di atas mejanya direnung dengan tajam. Mata itu penuh dengan dendam dan amarah yang sedang membuak-buak. Selang beberapa saat, tangannya mencapai kasar pistol tersebut lalu menghalakan pistol itu ke arah pengawal peribadinya. Picu pistol dipetik. Alex terbaring kaku. Darah memancut keluar daripada kepala Alex.

Mike tergamam melihat nasib yang menimpa Alex. Dia sudah ketakutan pada saat itu. Badannya sudah menggigil. Helaan nafasnya sudah tidak sekata. Mr. Isaac sangat marah pada mereka berdua apabila mereka gagal menemukan Scorpio.

"Now, it's your turn, Mike." Ujar Mr. Isaac.

Perlahan-lahan Mr. Isaac mengacukan pistol tepat pada kepala Mike. Mike sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Pantas Mike bersujud pada kaki Mr. Isaac, meminta belas kasihan daripada Mr. Isaac.

"Forgive me, Mr. Isaac. I have my wife and my family at home...Please...I'm begging you, don't shoot me..." Rintih Mike sambil kedua-dua belah tangannya memegang kasut Mr. Isaac. Kepalanya ditunduk serendah yang mungkin.

"I can help you find them." Seseorang mencelah.

Serentak Mr. Isaac dan Mike menoleh ke arah individu yang bersuara itu. Mr. Isaac tersenyum sinis. Dia masih mempunyai harapan untuk menjejaki Scorpio dan Leo yang mengkhianatinya itu.

Minggu peperiksaan Hanim sudah pun bermula. Perasaannya? Sudah tentulah berdebar. Dia sudah mengulangkaji subjek yang akan dia duduki peperiksaan pada hari ini. Dia juga berdoa dan berharap agar dia dapat menjawab soalan peperiksaan itu nanti dengan baik.

Kebetulan Hanim dan Sofea menduduki peperiksaan pada waktu yang sama cuma subjek saja yang berbeza. Dia dan Sofea bergerak ke dewan peperiksaan bersama-sama. Boleh dikatakan mereka tiba di dewan tersebut sejam awal daripada masa menduduki peperiksaan. Para pelajar diarahkan supaya menunggu di luar dewan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.

Sejam sebelum menduduki peperiksaan, Hanim tidak lagi membuka dan membaca notanya kerana masa itu dia gunakan untuk bertenang sahaja. Segala alat tulis, slip peperiksaan, kad pelajar dan kad pengenalan telah dia sediakan dan hanya menunggu untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan saja lagi.

"Hanim, goodluck." Ucap Sofea sambil tersenyum.

"Kau pun sama, goodluck." Ucap Hanim seraya memberikan senyuman kepada Sofea.

Apabila sudah tiba masanya untuk menduduki peperiksaan, dia membaca bismillah sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam dewan peperiksaan. Doa memohon pertolongan daripada Allah SWT turut dibacakan dalam hati.

Hasbunallah wanikmal wakil
(Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.)

Dua jam kemudian, peperiksaan pertama pun berakhir. Sofea bersyukur kerana dia dapat menjawab kesemua soalan. Jawapan betul atau salah itu kira belakang ceritalah kan?

Sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan, Sofea mencari Hanim. Sahabatnya itu sudah keluar dari dewan beberapa minit yang lalu. Namun sosok Hanim tidak kelihatan. Sampai hati betul Hanim tinggalkan dia.

Sudahnya Sofea membuat keputusan untuk balik ke kolej kediaman, ingin merehatkan minda dan fizikalnya. Perjalanan dari dewan peperiksaan ke kolej kediaman agak jauh, jadi Sofea berjalan sambil melayan aplikasi TikTok. Sebaik sahaja aplikasi TikTok dibuka...

Sungguh ketampanan ini benar-benar menyiksaku
Makin lama makin banyak yang tergila-gila padaku
Tapi hatiku sudah terlanjur tertunduk di hadapanmu
Jangan sia-siakan ketampanan yang hakiki ini

Tereret tet tet teret tet tet te tererereret~

Ashraf?!

Amboi...sejak bila pula Ashraf ni pandai bertiktok?

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now