Bab 11

207 16 0
                                    

AKU berada di dapur sedang bersarapan.
Aku tidak begitu berselera. Fikiranku melayang memikirkan perkara buruk yang baru sahaja terjadi di antara aku dengan Dr. Hanafi. Aku masih dapat merasakan tangannya memaut pinggangku. Sungguh menjijikkan!

Apa salah aku? Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa aku? Aku bahkan tidak pernah mengganggu hidupnya. Dia mahu apa dari aku sampai sanggup perangkap aku?

Aku cuba untuk memujuk diriku. Aku cuba untuk berfikiran positif pada ketika ini. Tipulah kalau aku hanya baik-baik saja selepas kejadian itu. Apa yang dilakukan oleh Dr. Hanafi itu sudah termasuk dalam sexual harrassment.

Lebih menyakitkan hati apabila aku tidak mampu melawan Dr. Hanafi pada ketika itu hanya disebabkan oleh statusnya sebagai seorang pensyarah.

Belum cukup dengan itu, dia sunting dan sebarkan pula video yang berunsurkan fitnah itu. Tindakannya memang melampau!

'Allah hanya akan beri ujian yang hebat kepada hambanya yang hebat. Dan Allah tidak akan menguji hambanya di luar batas kemampuan hambanya.'

Itulah ayat yang selalu menjadi pembakar semangatku apabila sedang menjalani ujian yang berat.

Ya! Kau mampu Hanim! Just...

Act cool dan hadapi semuanya dengan santai. Ia sememangnya tidak mudah, namun setiap dugaan ada hikmahnya. Dan setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.

"Stay strong Hanim! Kau boleh!" Jeritku dalam hati.

Seperti yang diarahkan oleh Aida, Jasmin datang ke rumah Aida pada tengahari itu. Mereka ingin berbincang tentang Hanim.

"I dah tahu siapa dia." Jasmin bersuara.

"Siapa dia?" Tanya Aida sambil memberikan sepenuh perhatiannya kepada Jasmin.

"Dia Dr. Hanafi bin Azlan. Seorang pensyarah dekat universiti Hanim. Dia juga memilih Hanim untuk jadi class representative dia. And...everything started from there." Terang Jasmin.

"Now I see kenapa Hanim tak lawan. Rupa-rupanya dia pensyarah dekat situ." Kata Aida. Jasmin mengangguk tanda setuju.

"Walaupun Hanim tak boleh lawan, tak semestinya kita tak boleh lawan kan?" Tanya Aida sambil melirik ke arah Jasmin.

"Of course we can, I pun dah lama tak beraksi, Aida. So...what should I do?" Tanya Jasmin dengan teruja.

"Easy, give him warning." Arah Aida.

"As your wish." Balas Jasmin.



SETELAH menekan loceng rumah beberapa kali, pintu dikuak dari dalam. Terpampang wajah si ibu yang dia rindui. Si ibu tersenyum gembira melihat kedatangan anak lelakinya itu.

"Ya Allah, anak mama!" Ibunya memeluknya dengan erat. Begitu juga dengan Ridhwan, dia memeluk erat ibunya.

"Kenapa datang tak bagitahu? Terkejut tau mama tadi." Sambung ibunya lagi.

"Saja nak buat surprise dekat mama. Rid tahu mama mesti rindu Rid kan? Sampai setiap malam masuk dalam mimpi Rid." Kata Ridhwan dengan teruja.

"Ya? Kamu mimpi apa pasal mama?" Tanya ibunya dengan penuh teruja. Spontan Ridhwan tersenyum sinis mendengar soalan ibunya itu. Idea untuk menyakat ibunya sedang bermain di fikirannya pada ketika ini.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now