Bab 9

200 15 0
                                    

MALAM itu sebelum aku tidur, Sofea menelefonku. Ajak berborak katanya. Pada asalnya kami berborak kosong sahaja, sehinggalah Sofea menanyakan soalan kepadaku.

"Kau ada tengok ig story Ridhwan?" Tanya Sofea.

Haih. Ridhwan lagi. Budak Sofea ni kalau sehari tidak buka cerita tentang Ridhwan memang tidak sah. Sudahlah petang tadi aku terserempak dengan Ridhwan. Aku pecahkan pula skrin telefon dia.

Eh kejap, tentang skrin telefon...

Iee geramnya...Ridhwan memang! Sudah lah snap gambar aku senyap-senyap. Lepas tu dijadikan lockscreen wallpaper pula! Kenapalah tak rosak terus je telefon dia tadi? Haih.

"Sofea, ni last eh aku bagitau kau, AKU TAK ADA INSTAGRAM. So, tak ada maknanya aku tahu dia post apa." Jawabku.

"Lahhh...peliklah kau ni. Zaman sekarang semua orang main ig tau." Tegas Sofea.

"Kalau pelik pun apa salahnya?" Soalku.

"Yelah yelah...ni sebenarnya, si Ridhwan tu ada post gambar." Ujar Sofea.

"So? Apa salahnya dia post gambar?" Tanyaku.

"Tak...macam ni...dia post gambar kau."

Dup!

Gambar aku?

"Mana gambar tu?" Tanyaku.

"Aku dah send dah, cuma kau je belum tengok." Jawab Sofea.

"Ya ke?" Aku meminta kepastian.

"Ya."

Aku mematikan panggilan.

Baru aku teringat, selepas aku balik dari makan tengahari tadi, aku tidak memeriksa telefon bimbitku sama sekali dan baru memegangnya semasa Sofea menelefonku.

Aku memuat turun gambar yang dihantar oleh Sofea. Selesai memuat turun, Aku merenung lama gambar tersebut. Cuba untuk mengecam.

Dan ternyata...

Ini gambar aku masa aku tengah reply chat ibu!

Kejap, dari arah depan? Maksudnya Ridhwan dah tahu aku ada dihadapan dia? Dan dia siap ambil gambar aku?

Cis! Memang nak kena Ridhwan ni! Sudah lah snap gambar orang sesuka hati! Lepas tu post gambar orang tanpa izin! Acah-acah berjalan sambil main telefon konon!

Tanpa membuang masa aku mencari nombor Ridhwan. Aku masih ingat nombor Ridhwan walaupun aku tidak menyimpan nombornya.

HR: Assalamualaikum.
       Delete balik gambar aku.

'Double tick'.

Maknanya Ridhwan membuka data internetnya. Aku berharap agar Ridhwan membaca mesejku secepat mungkin. Aku ingin selesaikan hal ini dengan cepat.

Beberapa minit kemudian, notifikasi telefonku berbunyi. Notifikasi WhatsApp daripada Ridhwan. Aku pun membaca dan membalasnya.

RH: Waalaikumussalam Hanim.
        Gambar apa?

HR: Gambar aku yang kau post kat ig story.

RH: Oh..gambar tu.
        Ye lah...nanti aku delete.

Tahu pun takut. Aku tidak lagi membalas mesej Ridhwan selepas itu.


PAGI itu, kelas aku bermula pada pukul 8 pagi. Akan tetapi, nasib tidak menyebelahiku. Aku tertidur semula selepas menunaikan solat subuh membuatkan aku terlewat untuk ke kelas.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now