Bab 20

191 17 0
                                    

DIA melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah Mukhriz. Dia ingin menanyakan beberapa soalan kepada suaminya itu.

"Kenapa abang ajak Maria stay dekat London?" Maria bertanya sambil membaringkan kepalanya pada bahu Mukhriz.

"Sebab abang nak kita jauh dari family abang." Jawab Mukhriz sambil tangannya mengusap lembut kepala isterinya itu.

"Family abang memang tak sukakan Maria kan bang?" Tanya Maria dengan nada suara yang kesal.

Mukhriz tidak terus menjawab pertanyaan si isteri sebaliknya Mukhriz mengusap perut Maria yang sudah memboyot itu. Usia kandungan Maria sudah mencecah lapan bulan.

"Family abang bermasalah, Maria...Maria lupa ke mereka cuba untuk gugurkan kandungan Maria dulu? Abang sayangkan Maria dan anak kita." Bersungguh-sungguh Mukhriz meluah.

Benar kata Mukhriz itu. Maria tidak menafikan sedikitpun kerana sebelum dia berkahwin dengan Mukhriz, Mukhriz dijodohkan dengan wanita lain oleh ibunya. Tetapi Mukhriz menolak kerana dia tidak cintakan wanita itu. Dia hanya cintakan Maria.

Kemudian, Maria dan Mukhriz mengambil keputusan untuk kahwin lari. Selepas mereka selamat berkahwin, mereka pulang ke rumah orang tua mereka semula walaupun mereka tahu risiko yang bakal mereka tanggung nanti.

Namun jiwa mereka juga memberontak. Mereka saling mencintai, mereka tidak sanggup untuk merasa kehilangan. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa membelakangi keluarga mereka. Boleh dikatakan mereka berkahwin tanpa restu ibu bapa mereka.

Ketika Mukhriz membawa Maria untuk berjumpa dengan keluarganya, Maria dengan Mukhriz dituduh berkahwin kerana ditangkap khalwat. Ada juga menuduh Maria yang perangkap Mukhriz. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menuduh Maria 'guna-gunakan' Mukhriz.

Disebabkan rasa cintanya terhadap Mukhriz, Maria kebalkan saja dirinya terhadap cacian keluarga Mukhriz itu. Dia tidak ambil peduli asalkan Mukhriz ada bersamanya.

Namun semuanya tidak berhenti di situ. Ketika Maria disahkan mengandung, mereka malah menuduh Maria telah mengandung sebelum berkahwin dan anak yang Maria kandungkan itu bukan anak Mukhriz.

Sungguh dahsyat tuduhan yang dilemparkan oleh keluarga Mukhriz terhadapnya. Apabila Mukhriz sudah tidak mampu lagi bersabar isterinya dihina dan dicaci, Mukhriz mengambil keputusan untuk tinggal di London. Mukhriz menggunakan semua duit simpanannya untuk menampung segala jenis kos.

"Dah..jangan fikirkan sangat..kesian baby dalam perut tu." Mukhriz memujuk isterinya.

Maria tersenyum lalu memeluk erat suaminya itu. Siapa saja yang tidak bahagia jika dipujuk dengan penuh kasih sayang seperti itu?

"Abang..." Panggil Maria manja.

"Ya sayang?" Mukhriz juga menjawab dengan manja.

"Maria dah ada nama untuk anak kita." Kata Maria.

"Really? So apa nama baby boy kita ni?" Tanya Mukhriz dengan teruja.

"Ridhwan Hendra."

Mukhriz tersenyum lebar lalu mengusap perut si isteri. Mukhriz sukakan nama itu.

"Eh, baby ni tendang lah..sukalah tu dengan nama yang mama dia bagi." Usik Mukhriz.

Tertawa Maria dibuatnya. Begitu juga dengan Mukhriz. Jelas sekali suami isteri itu sedang menikmati kebahagiaan mereka pada ketika itu.


PAGI itu, Mukhriz datang ke tempat kerjanya seperti biasa. Selalunya, memang dia yang akan bukakan restoran terlebih dahulu kerana majikannya lambat datang.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now