Bab 54

179 8 0
                                    

PINTU diketuk untuk beberapa kali.

"Masuk!" Laung seseorang dari dalam bilik tersebut.

Ridhwan terus membuka pintu tersebut. Kepalanya dan separuh badannya menjengah masuk. Kelihatan majikannya itu sedang ralit menulis sesuatu pada kertas. Tiba-tiba dia merasa bersalah pula kerana telah mengganggu majikannya yang sedang sibuk itu.

Wrong timing.

"Tak apalah, tuan. Jumpa tuan masa lunch nantilah." Kata Ridhwan.

"Tak apa. Masuk je. Busy sikit je ni." Balas Osman.

Ridhwan tidak jadi beredar mendengar respon Osman itu.

Dengan teragak-agak, Ridhwan berjalan ke arah majikannya yang juga merupakan ayah kepada tunangnya sendiri.

Walaupun majikannya itu adalah ayah kepada Hanim, dia tetap memanggil lelaki itu dengan panggilan 'tuan' ketika berada di dalam pejabat untuk mengekalkan formaliti. Walaupun pada awalnya terasa janggal, lama-kelamaan dia sudah terbiasa.

"Ha, Ridhwan? Ada apa nak jumpa saya?" Tanya Osman seraya meletakkan pen yang dia gunakan untuk menulis tadi ke dalam bekas pen dihadapannya. Dia memberikan tumpuan kepada Ridhwan pada ketika ini.

Ridhwan cuba menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan.

Dari raut wajah Ridhwan yang muram itu, Osman sudah dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran pemuda itu. Bahkan sejak kebelakangan ini, dia juga perasan Ridhwan tidak seceria dulu dan kurang bersemangat.

"Pasal Hanim?" Osman meneka.

Ridhwan yang baru hendak melontarkan bicaranya langsung terdiam buat seketika. Tidak sangka pula Osman dapat membaca isi fikirannya.

Sudahnya Ridhwan hanya menganggukkan kepalanya, mengiyakan kata-kata Osman itu.

Osman melepaskan keluhan yang berat. Bertambah tidak sedap hati Ridhwan mendengar keluhan Osman itu.

"Hanim banyak diam sejak kebelakangan ni. Tak ada mood. Bercakap bila perlu. Tapi itulah, kita orang tak nak paksa dia dan biarkan dia pulih sendiri." Terang Osman.

Ridhwan melepaskan keluhannya.

"Saya...tak tahu nak pujuk dia macam mana lagi, tuan. Dia tak layan saya. Chat pun tak reply. Bila jumpa, dia larikan diri sebab tak nak tengok muka saya. Angkat call jangan tanyalah, dia memang tak nak angkat." Ridhwan mengadu.

Mendengarkan itu, Osman senyum nipis.

"Dah nama pun perempuan kan? Kalau saya jadi Hanim pun, saya akan buat benda yang sama. Yalah, perempuan mana je yang tak terluka bila tunang sendiri utamakan perempuan lain berbanding diri dia?" Osman seakan-akan mengingatkan Ridhwan semula tentang kesilapannya.

Ridhwan tertunduk dan terdiam. Sudah tentu dia tidak lupa akan kesilapannya yang satu itu. Kesilapannya yang meretakkan hubungannya dengan Hanim.

Dan sekarang, hanya ada satu saja jalan terakhir untuk dia pujuk si buah hati.

"Tuan boleh tolong saya tak?" Tanya Ridhwan. Tipulah jika dia tidak terasa janggal apabila meminta tolong kepada majikannya sendiri. Namun, itu saja cara yang ada pada ketika ini.

Ingin meminta tolong kepada ibu Hanim? Wanita itu tidak mahu masuk campur urusan mereka. Ingin meminta tolong kepada Sofea? Usah ditanya. Sudah tentu wanita itu tidak mahu. Kalau Ashraf? Dia juga tidak berani untuk mendekati Hanim. Sudahnya, hanya ayah Hanim saja yang tinggal.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now