Bab 15

203 17 0
                                    

PAGI itu, aku memarkirkan kereta seperti biasa. Aku membetulkan tudung dan bajuku sebelum keluar dari kereta. Baru sahaja hendak keluar dari kereta, telefon bimbitku berdering tiba-tiba.

Nama Sofea tertera pada skrin.

Tanpa berlengah , aku terus menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum, Hanim. Jom pergi café nak? Kita dah lama tak sarapan dekat situ." Ajak Sofea.

"Waalaikumussalam. Hm...bolehlah." Aku setuju.

"Yeay! Aku tunggu kau eh? Aku dah cop tempat duduk kita." Kata Sofea.

"Okey, Sofea."

Panggilan dimatikan.

Aku tersenyum. Mendapat seorang sahabat seperti Sofea merupakan sebuah rezeki. Walaupun kadang-kadang dia menjengkelkan dan banyak bercakap, dia selalu mengambil berat tentangku.

Sejujurnya, sejak aku mengenali Sofea, hidupku tidak lagi sunyi seperti sebelumnya. Inilah kali pertama aku merasakan bahawa aku benar-benar mempunyai seorang teman. Kerana sebelum ini, ramai kawan-kawanku meninggalkanku hanya kerana sikapku yang tidak pandai bergaul dan kasar.

Ada juga yang berhenti berkawan denganku kononnya kerana aku ini acah-acah suci dan acah-acah alim. Disebabkan semua itulah aku malas hendak berkawan dengan sesiapa lagi. Aku juga tahu aku tidak dapat mengubah pandangan orang lain terhadapku.

Sehinggalah aku bertemu dengan Sofea. Hatiku kembali terbuka untuk berkawan. Sofea tidak seperti orang lain. Dia menerima segala kelebihan dan kekuranganku. Aku bersyukur. Aku berharap agar aku juga mampu menjadi kawan yang baik untuk Sofea.

Apabila tiba di kafeteria, buka saja pintu kafeteria, aku sudah melihat Sofea sedang tersenyum memandang skrin telefon bimbitnya. Tangannya lincah menekan-nekan skrin, seperti sedang menaip sesuatu. Budak Sofea ni dah kenapa? Senyum tak lekang dari bibirnya.

Aku duduk dikerusi berhadapan dengan Sofea. Namun, kehadiranku langsung tidak disedari oleh Sofea.

"Tengah angau bercinta ke tu?" Tanyaku.

Sofea terkejut memandangku.

"Bukan main lagi senyum tu sampai kawan sendiri sampai pun dia tak perasan." Sindirku.

Sofea kelihatan cuak.

"Eh, b-bercinta apa nya...tak ada apalah." Jawab Sofea gugup.

Aku tidak berkata apa-apa lagi sebaliknya aku merenung tajam tepat ke arah mata Sofea. Sofea sudah mula gelisah. Dia tahu aku curiga terhadapnya dan aku mahukan penjelasan!

"Belum bercinta lagilah. Baru nak kenal-kenal." Akhirnya Sofea memecahkan rahsianya.

Aku tersenyum.

"Let me guess, Ashraf Malique?" Soalku.

Sofea mengangguk lalu tersenyum malu.

"Tak tahulah macam mana boleh tersuka dia tu." Kata Sofea lagi.

"Sofea, rasa suka terhadap seseorang ni adalah fitrah, tapi ramai yang tersilap langkah, dengan bermodalkan rasa suka, mulalah nak langgar perintah Allah, berzina dan bercouple semua tu." Jelasku.

Sofea tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya terkebil-kebil memandangku seolah-olah ingin mendengar lebih lagi.

"Dan Allah tak larang kita bercinta, tapi ada caranya. Dalam Islam, kita ada ta'aruf. Ta'aruf ni dapat mengelakkan fitnah dan zina daripada berlaku. Kalau masa kenal pun dah kenal dengan cara yang elok, jaga maruah diri, tidak keluar berdua-duaan, InsyaAllah perkahwinan yang diredhai oleh Allah bakal menanti." Jelasku panjang lebar.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now