Bab 6

239 15 0
                                    

PERJALANAN dari Kuala Lumpur ke Ipoh memakan masa 2 jam lebih. Mujurlah Pak Mail tahu selok-belok jalan di Ipoh. Kalau tidak, mahunya bersusah payah pakai waze.

Tiba saja di Ipoh semalam, Aida terus check-in hotel yang dia booking secara online. Satu bilik untuk dia dan Mak Jah, satu lagi bilik untuk Pak Mail.

Aida dan Mak Jah makan tengahari terlebih dahulu sebelum bergerak ke pejabat Tuan Edward, klien Aida. Pak Mail tidak ikut sekali kerana dia sudah makan tengahari di hotel tadi. Jadi, dia hanya menunggu kami di dalam kereta.

Selesai makan tengahari, tiba-tiba rasa hendak buang air kecil pula.

"Mak Jah, saya pergi tandas dulu ya. Mak Jah jangan pergi mana-mana tau. " Pesan Aida.

"Baik puan." Balas Mak Jah.

Tandas di restoran ini sangat bersih dan wangi. Boleh tahan juga Mak Jah ni pilih tempat makan. Makanan di sini pun sedap-sedap. Servis juga tip top!

Selepas membuang air kecil, Aida mencuci tangannya. Dia juga membetulkan sedikit tudungnya agar kelihatan lebih kemas.
Setelah berpuas hati, Aida pun keluar dari tandas.

Baru beberapa langkah berjalan, Aida berlaga bahu dengan seseorang. Sakitlah juga. Tidak baik pula nasibnya hari ini.

"Sorry, sorry." Orang itu meminta maaf.

"Tak apa." Balas Aida.

Malas hendak besarkan masalah, Aida biarkan saja kejadian itu dan meneruskan perjalanannya semula. Dia tidak mahu Mak Jah menunggunya lama.

"Aida?"

Langkahnya terhenti.

Orang yang berlaga bahu dengannya tadi memanggil nama Aida. Macam mana dia tahu nama Aida? Dengan rasa ingin tahu yang sedang membuak-buak, Aida menoleh ke arah orang itu. Tadi dia tidak pandang pun wajah orang itu kerana mahu cepat.

Setelah menoleh,

Aida kaku.

Wajah yang tidak akan dia lupakan. Wajah yang membuat hidupnya menderita. Wajah yang sangat dia benci.

"Tak sangka jumpa awak kat sini." Lelaki itu tersenyum memandang Aida.

Jijik!

Aida senyap, tidak memberikan sebarang respon.

"Awak dah lain sekarang. Err...awak sihat?" Lelaki itu bertanya lagi.

"Tak." Jawab Aida ringkas.

"Kenapa? Awak sakit apa? Demam? Pening kepala?" Tanya lelaki itu. Riak wajahnya risau.

"Sakit mata bila tengok muka kau." Jawab Aida dengan agak keras.

Aida sudah mula rimas. Dia ingin pergi tetapi dihalang oleh lelaki itu.

"Kau nak apa lagi Osman?! Tak cukup lagi ke sakit yang kau bagi dekat aku dengan Hanim selama ni?!" Sabar seorang Aida kian hilang.

"Aida, dah 13 tahun berlalu. Awak masih marahkan saya?" Tanya lelaki itu lembut.

"Memang aku marah! Aku sayangkan kau sepenuh jiwa dan raga aku Osman! Aku ada dengan kau masa kau susah! Tapi bila kau dah senang, kau duakan aku! Kau curang! Kau rosakkan rumah tangga kita! Kau kecewakan Hanim!" Bentak Aida.

Memori pahit itu kembali bermain di fikiran Aida.

13 tahun yang lalu...

"Ibu...mana abah? Dia dah janji nak sambut birthday Hanim sama-sama malam ni."
Hanim memuncungkan bibirnya.

"Ya, nanti abah balik ya sayang..."
Aida cuba memujuk puterinya itu.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now