Bab 49

120 11 1
                                    

HAMPIR sahaja dia hilang kewarasan diri apabila menerima berita daripada Ashraf bahawa tunangnya hilang entah ke mana.

Pedal minyak dipijak dengan lebih kuat, dia sudah tidak peduli dengan keselamatan dirinya lagi asalkan dia cepat sampai ke rumah Hanim.

Dalam fikirannya sekarang ini hanyalah Hanim, Hanim dan Hanim.

Satu demi satu kereta dipotongnya. Ada juga pemandu yang menekan hon kerana hampir saja keretanya terbabas apabila Ridhwan memotongnya dalam keadaan yang bahaya. Dia bengang dengan Ridhwan.

Ridhwan pula langsung tidak peduli. Biarlah orang mahu memaki hamun dia sekali pun, dia tidak kisah.

Setibanya di rumah Hanim, dia terburu-buru keluar daripada kereta dan berlari masuk ke dalam rumah Hanim.

Langkahnya yang laju itu mendadak berhenti di ruang tamu. Agak berkerut dahinya setelah menyedari ramai orang yang sedang berkumpul di ruang tamu rumah Hanim. Lebih mengelirukan lagi apabila semua orang memandangnya dengan wajah yang tegang.

"Ini ke lelaki yang abaikan tunang dia sendiri demi perempuan sundal tu?" Sofea bersuara dan menyindir Ridhwan sinis.

Mendengarkan itu, Ridhwan hanya diam dan melarikan pandangannya. Agak terkejut juga dirinya apabila Sofea tahu akan hal itu. Ini bermakna, orang lain juga sudah tahu apa yang berlaku tengahari tadi antara dirinya dengan Hanim.

"Kenapa diam? Tak sangka yang kita orang dah tahu perangai buruk kau?" Sindir Sofea lagi.

Sekali lagi Ridhwan mendiamkan diri. Dia memilih untuk tidak mengulas isu tersebut kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah keruh itu.

Melihat tiada reaksi daripada Ridhwan, Mak Jah pula yang bersuara.

"Mak Jah dengar semuanya, Ridhwan. Mak Jah dengar kamu tengking Hanim dan Mak Jah dengar kamu nak pergi tolong Aileen." Ujar Mak Jah.

Ridhwan masih lagi diam. Riak wajahnya dipaksa untuk kekal tenang walaupun dalam hatinya sedang kecewa dengan sikapnya sendiri. Kecewa kerana dia telah meninggikan suaranya kepada Hanim. Sejujurnya, dia tidak sengaja. Hanya saja dia yang gagal mengawal emosinya pada ketika itu.

"Kenapa kau buat macam tu, Rid? Penting sangat ke Aileen tu? Kau sendiri cakap kan yang kau tak pernah suka dia? Tapi kenapa sekarang? Kau sedar tak kau tu tunang orang?" Giliran Ashraf pula bersuara. Dia juga meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sahabatnya itu.

"Aku tolong dia tak bermaksud aku suka dia." Mahu tidak mahu, Ridhwan terpaksa membuka mulut juga apabila dirinya dianggap menyukai Aileen. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan jatuh cinta pada wanita itu. Jauh sekali.

"Habis tu?" Tanya Ashraf lagi.

"Mestilah dia curang! Lelaki mana yang tak lemah bila tengok perempuan terdedah macam tu kan? Betul tak Ridhwan?" Sofea melemparkan tuduhan kepada Ridhwan.

Ridhwan menahan rasa marahnya dalam diam. Baginya, tuduhan Sofea itu sudah melampau. Tidak pernah terlintas di fikirannya dan tidak pernah berniat pun untuk dia berlaku curang. Dia cintakan Hanim sepenuh hati. Tiada ruang lagi untuk dia mencintai wanita lain.

"See? Diam lagi. Diam tu tandanya betullah kan?" Sofea masih lagi tidak berpuas hati dengan Ridhwan. Nampaknya, dia tidak akan berhenti selagi tidak mendapatkan penjelasan daripada Ridhwan.

"Cukup, Sofea." Ridhwan menekan suaranya.

"Kita boleh bincang hal ni nanti. Sekarang ni, Hanim lagi penting. Kita kena cari dia." Sambung Ridhwan lagi.

Semua orang seakan-akan baru tersedar yang mereka mempunyai matlamat yang lebih utama sekarang ini. Ya, Ridhwan betul. Matlamat utama mereka adalah untuk mencari Hanim.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now