Bab 51

174 10 1
                                    

SEBAIK sahaja menjumpai nombor telefon yang digunakan oleh individu yang disyaki menculik Hanim, Jasmin terus mengambil komputer ribanya di dalam keretanya. Sebagai seorang penggodam, Jasmin sentiasa membawa komputer ribanya bersama. Sekarang lihatlah, ia amat berguna dalam situasi yang genting seperti ini.

Dengan adanya nombor telefon tersebut, mudah bagi Jasmin untuk menjejaki di mana telefon bimbit itu berada.

Sofea memandang wajah Jasmin dan skrin komputer riba Jasmin itu bersilih ganti. Sedari tadi, mulutnya hanya ternganga melihat tindakan wanita itu. Tangan Jasmin yang pantas menaip itu benar-benar membuatnya kagum.

Bukan itu sahaja, riak wajah Jasmin yang hanya tenang ketika membaca bahasa coding system itu membuatkan otaknya blank. Persoalannya, bagaimana Jasmin boleh faham bahasa coding system itu? Terbuat dari apakah otak wanita itu sehingga mampu menghafal begitu banyak kod? Haih.

"Mulut tu tutup, nanti tersedak lalat baru tahu." Ashraf menegur Sofea.

Sofea mengerutkan dahinya. Tidak pernah pula dia mendengar orang tersedak lalat. Selalunya tersedak air, tak pun tersedak air liur saja.

"Siapa ajar awak tersedak lalat ni? Tak pernah dibuat orang." Balas Sofea.

"Betul apa tersedak lalat?" Tanya Ashraf keliru.

Kedengaran Ridhwan mengeluh disamping Ashraf.

"Mulut tu tutup, nanti masuk lalat. Tu baru betul." Ridhwan mencelah perbualan Ashraf dan Sofea.

Mendengar Ridhwan mencelah, Sofea terus memberikan tumpuan semula kepada Jasmin. Tidak mahu dia melayan lelaki itu. Masih sakit lagi hatinya mengenangkan perbuatan lelaki itu terhadap kakaknya.

"Dah dapat!" Jasmin menjerit teruja.

Semua mata kini memandang ke arah Jasmin.

"Kalau ikutkan lokasi yang I jumpa ni, penculik Hanim tu ada dekat rumah banglo ni. Kemungkinan Hanim pun ada dekat sini sekali." Jasmin memberikan pandangannya.

Osman berkerut dahi memandang gambar sebuah rumah banglo yang terpapar pada skrin komputer riba Jasmin itu. Kenapa macam dia pernah lihat saja rumah banglo itu?

"Ini bukan ke rumah banglo Andy Omar? Jutawan tu?" Teka Osman.

"Yup." Balas Jasmin.

"Kejap, apa kaitan Andy Omar dengan Hanim?" Aida tertanya-tanya.

Jasmin turut memikirkan perkara yang sama. Sebagai seorang yang tidak suka memendam rasa ingin tahunya lama-lama, sekali lagi Jasmin leka menaip sesuatu. Dia ingin mengorek lebih banyak lagi maklumat yang akan mengakhiri rasa ingin tahunya itu.

Selang beberapa saat, tangannya berhenti menaip. Terpapar satu lagi paparan baru pada skrin.

"Dah jumpa. Ini berita sahih. Beberapa bulan yang lepas, Andy Omar dah jual rumah banglo ni dekat someone. Identiti someone tu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. So, berpandukan bukti-bukti yang kita ada, pemilik rumah banglo ni sekarang mungkin si Isaac tu." Terang Jasmin.

Aida akhirnya faham dan bersetuju dengan penerangan Jasmin. Begitu juga dengan yang lain.

Tingkah laku Ridhwan yang tiba-tiba bangun daripada sofa dan mengatur langkahnya menuju ke pintu utama itu membuatkan orang lain terpinga-pinga memandangnya.

"Rid nak pergi mana?" Berkerut dahi Maria bertanya.

Ridhwan memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah si ibu.

"Selamatkan Hanim." Respon Ridhwan ringkas lalu mengatur langkahnya semula.

Namun, sekali lagi langkahnya terbejat apabila Ashraf pula yang berbicara dengannya.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now