Bab 34

142 11 0
                                    

SEBAIK sahaja Ridhwan keluar dari rumah pada malam itu, Adri terus mengambil kesempatan tersebut untuk menjayakan misinya yang terbengkalai pada petang tadi. Mana tidaknya, suami isteri itu mengheret dia sekali untuk menghadiri jamuan di rumah jirannya. Geram.

Maria pula tidak habis-habis memperkenalkan Adri kepada anak-anak gadis temannya. Seorang pun dia tidak berkenan. Baginya, Maria tetap menarik perhatiannya.

Apabila mendengar Ridhwan akan keluar lagi bersama temannya pada malam itu, peluangnya terhidang lagi. Dia berharap agar tiada lagi gangguan dalam menyelesaikan misinya pada kali ini. Tolonglah! Tidak sanggup lagi dia melayan kerenah jiran-jiran Maria yang entah apa-apa itu. Semuanya jenis yang banyak bercakap!

Adri menjenguk Maria di dapur. Kelihatan Maria sedang membancuh air. Sudah pasti air itu untuk Mukhriz! Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Mak cik buat apa?" Tanya Adri dengan sopan.

"Tengah buat air untuk Mukhriz." Jawab Maria. Tangannya masih ligat membancuh air itu.

"Macam sedap aje makcik. Nak jugak boleh?" Pinta Adri dengan nada suara yang membodek.

Maria tertawa. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Fikirnya, Adri juga dua kali lima dengan Ridhwan, kuat mengusik!

"Mestilah boleh..ni untuk kamu dengan Mukhriz, bawa ni pergi ruang tamu ya?" Arah Maria.

Adri tersenyum seraya mengambil dulang yang berisi dua mug air yang dihulurkan oleh Maria.

"Mak cik tak minum sekali ke?" Tanya Adri.

"Minum..tengah buat air lah ni..air yang tadi kamu dah ambik.." Usik Maria seraya tertawa kecil.

Berbunga hati Adri apabila Maria mengusiknya. Sabar Adri, sabar. Belum tiba masanya lagi.

Back to the mission, Adri berhenti di sebuah ruang yang agak tersembunyi di antara ruang dapur dan ruang tamu. Dia mengeluarkan sebotol cecair 'misteri' yang bersaiz agak kecil daripada poket seluarnya.

Dengan berhati-hati Adri menuangkan cecair tersebut ke dalam salah sebuah mug. Selesai menyimpan semula botol cecair itu di dalam poketnya, Adri membancuh air tersebut sehingga sebati supaya tidak meninggalkan apa-apa kesan yang mencurigakan.

"Bersedialah Mukhriz, nyawa kau di hujung tanduk dah sekarang ni. Seteguk je kau minum, malaikat maut akan datang jemput kau. Harap kau sempat mengucap lah nanti ya?" Desis Adri di dalam hatinya. Senyuman sinis diukirkan.

"Bos tengok cerita apa tu? Macam best aje?" Sapa Adri seraya menghidangkan air kepada Mukhriz. Sudah tentu air yang telah diracuni tadi dihidangkan kepada Mukhriz.

"Maria mana?" Mukhriz tidak menjawab pertanyaan Adri sebaliknya menyoal Adri kembali.

"Ada kat dapur tu bos. Tengah buat air. Kejap lagi mak cik join kita minum sekali." Terang Adri.

Mukhriz mengangguk faham.

Adri cuba untuk bertenang. Sedari tadi Mukhriz masih belum meneguk air di dalam mug itu sedangkan air di dalam mug miliknya sudah tinggal separuh. Maria pula dari tadi berkepit dengan suaminya itu. Kepalanya disandarkan pada bahu Mukhriz. Macam tidak boleh berenggang langsung!

Kalau tadi dia geram kerana Mukhriz masih belum minum air beracun itu, kini rasa geramnya bertambah apabila melihat kemesraan Mukhriz dan Maria. Sakit hatinya.

"Dah habis lah air Maria.." Omel Maria.

Adri menoleh ke arah Maria tetapi mata Maria tertancap pada mug air milik Mukhriz. Adri tahu apa yang sedang difikirkan oleh wanita itu. Not now, Maria!

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now