Bab 13

188 17 0
                                    

SELEPAS makan malam, aku terus masuk ke dalam bilik tidurku, ingin menyiapkan assignment. Sedang tekun membelek-belek buku, perhatianku teralih pada bunyi notifikasi telefon bimbitku.

Niatku untuk mengambil telefon bimbit itu bukanlah untuk melihat isi notifikasi tersebut tetapi untuk silentkan telefon bimbitku supaya tidak mengganggu aku semasa membuat assignment.

Namun ternyata aku tertarik dengan isi notifikasi tersebut.

RH: Tangan tu jangan lupa letak ubat.

Dup!

Ridhwan nampak tangan aku lebam? Haih. Mata lelaki memang laju je kan?

Aku membiarkan saja mesej daripada Ridhwan. Tiada sebab untuk aku membalas mesejnya. Aku menekan butang silent lalu meletakkan telefon bimbitku lebih jauh dariku supaya perhatianku tidak beralih lagi.

Selepas itu, aku kembali menyiapkan assignment.

Di tempat yang berbeza, cahaya warna-warni sedang menghiasi pandangannya. Di sekelilingnya penuh dengan manusia-manusia yang menari mengikut rentak lagu. Semuanya hanyut dalam dunia sendiri.

Kelab malam, tempatnya melepaskan segala tekanannya dan juga tempatnya meraikan kemenangannya.

"Kenapa hidung tu bro?" Tanya kawannya.

"Tak ada apa, sikit je ni." Jawab Dr. Hanafi.

Sudah tentulah dia tidak mahu berterus terang bahawa hidungnya cedera setelah ditumbuk oleh seorang wanita. Dia tidak mahu dianggap lemah oleh kawan-kawannya.

Dr. Hanafi menghabiskan masa dengan kawan-kawannya. Karaoke dan clubbing.

"Kau ni bro, nama je pensyarah tapi perangai macam Firaun." Sindir kawannya yang seorang lagi.

Meletus ketawa Dr. Hanafi mendengarnya.

"Macam mana kau ni boleh lepas jadi pensyarah walaupun macam-macam kes dah kau buat?" Tanya kawannya yang lain.

Dr. Hanafi tersenyum sinis mendengar soalan tersebut.

"Zaman sekarang ni bro, ada duit, mulut orang pun kita boleh tutup bro. Settle masalah." Jawab Dr. Hanafi yakin.

"The power of money." Ujar salah seorang dari kawannya.

Serentak Dr. Hanafi dan kawan-kawannya ketawa sambil bersulangkan air.

"Cheers!"

Dr. Hanafi terlalu leka meluangkan masa bersama kawan-kawannya sehingga tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh.

Di sebalik topeng yang dipakainya, orang itu merenung Dr. Hanafi dengan tajam. Kedua-dua belah tangannya dikepalkan membentuk buku lima. Menunggu masa saja lagi untuk dia menghabisi Dr. Hanafi itu.


"TIDAK boleh ke kelas pagi ini cancel? Malas betul nak menghadap Dr. Hanafi." Rungutku dalam hati.

Pagi itu, aku bersarapan dengan ibu, Mak Jah dan Pak Mail. Macam biasa, masakan Mak Jah memang sedap. Berkuranglah juga badmood aku pagi ini.

"Tangan kamu masih sakit?" Soal Mak Jah tiba-tiba.

"Sakit sikit je Mak Jah, tak ada apalah sangat." Jawabku.

"Pasal pensyarah tu pula, kamu dah ambil tindakan?" Tanya ibu pula.

"Err..Hanim dah buat laporan polis semalam." Balasku.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now