Bab 18

186 18 0
                                    

AKU mendengar dengan jelas suara kanak-kanak yang memanggil abah dengan panggilan 'papa'.

Aku melihat perubahan pada wajah ibu. Wajahnya keliru, kecewa dan sedih.

Abah kejam!

Aku selalu diabaikan oleh abah. Ada suatu ketika, atas kecuaianku sendiri aku dilanggar oleh motosikal ketika sedang bermain di luar rumah dan aku dimasukkan ke hospital. Aku mahukan abah. Aku mahu dijaga oleh abah. Tetapi sepanjang aku berada di hospital, wajah abah tidak muncul dan yang muncul hanyalah wajah ibu.

Abah selalu memberikan janji palsu. Dia selalu berjanji untuk menyambut ulang tahun kelahiranku bersama-sama. Tapi akhirnya, dia mungkir janji.

Dan ada juga pada suatu ketika, aku melukiskan wajahnya pada sehelai kertas. Ketika aku menunjukkan lukisan itu kepadanya, dia malah merenyukkan lukisan tersebut.

"Tak payah membazir kertas, Hanim..kerjaya melukis ni tak akan bawa kamu pergi mana-mana. Buang masa." Dialog abah pada ketika itu masih terngiang-ngiang di telingaku.

Aku sangat suka melukis. Tapi abah tidak pernah memberikan sokongan kepadaku. Sebaliknya dia menghancurkan impianku.

Aku penat. Sangat penat.

Aku terlalu penat untuk meraih perhatian dan kasih sayang abah.

"Mungkin ini yang abah mahu. Puas hati abah sekarang kan? Abah dah ubah Hanim jadi seorang yang mati rasa. Tahniah abah." Aku berkata dalam hati.

'tok, tok, tok'

Lamunanku terhenti setelah cermin keretaku diketuk dari luar. Keretaku sudah siap aku parkirkan di tempat letak kereta di universiti.

Senyuman manis ditayangkan oleh Sofea yang mengetuk cermin keretaku tadi. Aku pun membalas senyumannya.

Dan sebaik sahaja aku keluar dari kereta...

Happy birthday to you..

Happy birthday to you..

Happy birthday to Hanim..

Happy birthday to you..

Sofea memegang dulang sebiji kek hari jadi yang sudah siap dipasangkan dengan lilin.

Aku kaku.

Aku merenung lama kek hari jadi tersebut.

Memori 13 tahun yang lalu mula bermain di fikiranku lagi.

Jantungku berdebar dengan hebat.

"Hanim, are you okay?" Tanya Ridhwan.

Aku tersentak.

Ternyata Ridhwan dan Ashraf juga berada di situ.

Aku hanya mengangguk.

"Now, make your wish and blow the candle." Arah Ridhwan.

Aku melibaskan lilin tersebut menggunakan tanganku. Setelah terpadam, aku mencabut lilin tersebut daripada kek.

"Kenapa tak tiup?" Tanya Ridhwan keliru dengan tindakanku sebentar tadi.

"Aku tak ikut gaya Yahudi. Dalam Islam, takde istilah tiup lilin masa sambut hari jadi." Jawabku selamba.

Ternyata ilmu agamanya masih cetek. Ridhwan bahkan tidak tahu bahawa tiup lilin semasa menyambut hari jadi merupakan gaya Yahudi. Yahudi sememangnya telah mempengaruhi banyak minda umat Islam! Dan dia salah seorang daripadanya.

Dia tidak berasa malu dengan kata-kata Hanim pagi tadi. Sebaliknya, dia ingin memperdalamkan lagi ilmu agamanya selepas ini.

Sekarang, dia sedar. Hadirnya Hanim dalam hidupnya bukan sahaja menimbulkan rasa cinta dalam dirinya malah juga menimbulkan kesedaran dalam dirinya bahawa dia masih lemah dalam ilmu agama. Selama ini, Hanim juga telah banyak mengubah perspektif Ridhwan tentang sesuatu perkara.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now