Bab 36

139 12 0
                                    

NOTA yang ditinggalkan oleh Adri dibaca oleh Mukhriz.

Terima kasih bos sebab bagi saya tinggal dekat rumah bos untuk beberapa hari ni. Tapi, saya tak nak susahkan bos sekeluarga lagi. Saya dah ambil keputusan untuk cari rumah sewa dan hari ni saya akan tinggal di rumah sewa tu. Tolong halalkan makan minum saya bos. Bos jangan risau, B2K takkan dapat jumpa saya punya! Sebab saya kan anak buah bos? Hehehe...

- Adri

"Maria jumpa nota ni atas meja ruang tamu tu bang..kenapalah budak tu ambil keputusan macam tu? Risaulah Maria..takut apa-apa jadi kat dia nanti.." Luah Maria.

Mukhriz tersenyum sinis mendengar luahan Maria.

"Maria pergi kemas barang-barang kita sekarang. Call Ridhwan suruh dia balik." Arah Mukhriz. Suaranya tegang.

"Tapi kenapa bang? Maria tak faham." Kata Maria. Dahinya berkerut memandang suaminya.

"B2K hantar Adri. Selama ni kita dah tertipu dengan Adri. Musuh dalam rumah kita sendiri Maria." Balas Mukhriz.

Maria menutup mulutnya dengan tangannya, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh suaminya itu.

"Kalau betul B2K hantar dia, kenapa dia tak bunuh kita terus bang?" Soal Maria, seolah-olah masih mempertahankan Adri. Dia sudah menganggap Adri seperti anaknya sendiri.

"Sebab Maria." Jawab Mukhriz selamba tanpa menoleh ke arah isterinya.

"Apa?! Sebab Maria? Abang cakap apa ni?" Soal Maria lagi.

"Dia suka Maria." Balas Mukhriz.

"Tak...tak mungkin..." Maria menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Wake up Maria! Ingat tak malam yang Maria nak ambil mug air abang? Dia dah letak racun dalam tu! Dia sengaja jatuhkan mug air tu sebab dia tak nak Maria minum air tu! Maksudnya apa? Maria bukan sasaran dia! Maria bukan sasaran dia sebab dia sayangkan Maria!" Naik turun dada Mukhriz menerangkan hal itu kepada isterinya.

"Dan abang pernah nampak dia tenung Maria masa Maria tengah masak. Dari situ abang dah tahu dia suka Maria. Abang dah kenal Adri tu lama Maria..Abang tahu sangat perangai dia. Taktik-taktik dia semua abang tahu sebab abang sendiri yang ajar dia. Please Maria...jangan mudah percaya pada orang luar lagi.." Rayu Mukhriz.

"Maafkan Maria abang...Maria tak tahu..." Luah Maria.

Pantas Mukhriz menarik tubuh Maria ke dalam dakapannya. Belakang isteri diusap, cuba menenangkan emosi si isteri.

Tanpa mereka sedari, Ridhwan telah mendengar segala butir perbualan Mukhriz dan Maria di sebalik dinding.

"Kalau papa dah tahu B2K tu hantar Adri, kenapa tak buat apa-apa tindakan?"

Maria dan Mukhriz serentak memandang ke arah Ridhwan yang tiba-tiba bersuara.

"Siapa cakap papa tak buat apa-apa tindakan?" Soal Mukhriz sinis. Tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya, mengambil telefon bimbitnya. Mukhriz menyalakan telefon bimbit tersebut. Skrin telefon bimbit itu ditekan beberapa kali sebelum telefon bimbit itu dihulurkan kepada Ridhwan.

Ridhwan mencapai telefon bimbit ayahnya setelah dihulurkan. Terpapar satu titik merah yang sedang bergerak pada skrin itu.

"Papa dah letak tracker dekat telefon Adri. Dari situ kita nampak yang Adri tak ada kat kawasan sini. Jadi lebih baik kita gunakan masa yang ada ni untuk keluar dari rumah ni cepat. Papa yakin B2K akan serbu rumah ni nanti." Jelas Mukhriz.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now