Bab 24

161 19 0
                                    

BUNYI loceng rumah yang ditekan beberapa kali membuatkan Ridhwan terjaga dari tidur. Dia melihat ke arah jam dinding, menunjukkan pukul 4 petang. Berapa lama sudah dia terlelap?

Tanpa berlengah, dia pun bangun dari sofa dan mengatur langkah ke arah pintu rumah. Setelah pintu rumah dibuka, Ashraf yang berjaket hitam dan berseluar jeans berdiri sambil meletakkan kedua-dua belah tangannya pada bingkai pintu. Lagak Ashraf seperti mahu menggodanya.

"Mantap siot abs kau.." Ashraf berseloroh sambil matanya memandang bahagian perut Ridhwan.

Ridhwan menjeling ke arah Ashraf. Jelingan maut.

"Aku bagitahu Sofea yang kau gay." Ugut Ridhwan.

"Okey, okey..aku tarik balik." Ashraf mengalah.

Ridhwan tersenyum puas. Tak susah pun nak lawan Ashraf ni, sebut je nama buah hati dia confirm kalah punyalah!

Dia biarkan sahaja Ashraf masuk ke dalam rumahnya. Tahu-tahulah sahabatnya itu nak layan diri macam mana. Lagipun ini bukan kali pertama Ashraf datang bertandang ke rumahnya.

Dalam keadaan yang masih mamai, Ridhwan mengatur langkah ke arah bilik tidurnya.

Dia membuka almarinya lalu mengambil sepasang baju t-shirt plain yang berwarna kelabu dan menyarungkannya. Selepas itu, dia pergi ke bilik mandi untuk mencuci muka dan membetulkan rambutnya yang serabai itu.

Apabila dirinya sudah berasa segar, dia pergi ke ruang tamu semula, ingin berjumpa dengan Ashraf.

"Ashraf?" Laung Ridhwan.

Laungan Ridhwan tidak bersahut. Ashraf juga tidak kelihatan di ruang tamu. Ah sudah! Baru tinggal sekejap dah pergi merayau ke tempat lain si Ashraf ni!

Baru sahaja dia hendak mencari Ashraf, Ashraf sudah muncul di belakangnya. Wajah Ashraf serius. Tiada langsung senyuman yang dia ukirkan.

"Kau dari mana?" Tanya Ridhwan.

"Aku pergi dapur tadi lepas tu jawab call Sofea." Jawab Ashraf dengan wajahnya yang masih ketat.

Setahu Ridhwan, Ashraf ini ceria orangnya. Lebih-lebih lagi kalau baru lepas bercakap dengan Sofea, memang bertambah cerialah dia. Tapi, kenapa kali ini Ashraf muram? Mereka bergaduh ke?

"Dah tu? Asal muka kau ketat je ni?" Soal Ridhwan.

Ashraf diam. Lama.

"Haih Ashraf? Dia ingat aku ni tunggul kayu ke nak tunggu jawapan dia sampai ke tahun depan?" Rungut Ridhwan dalam hati.

"Kau.." Ridhwan tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

"Ayah Sofea nak jodohkan Sofea dengan orang lain." Pintas Ashraf.

Ridhwan terkedu. Dia merenung Ashraf lama, tidak tahu untuk merespon bagaimana.

Ashraf hanya mengelamun panjang selepas memberitahu hal itu tadi. Tidak lama selepas itu, matanya sudah mula berkaca. Ridhwan belum pernah melihat Ashraf sesedih ini. Dia mula menapak ke arah Ashraf lalu menepuk bahu Ashraf beberapa kali.

"Sabar, Ash..Allah ada..Aku pun ada.." Pujuk Ridhwan.

Ashraf diam.

"Sofea macam mana? Dia setuju tak?" Tanya Ridhwan, sengaja ingin tahu.

"Dia cakap dia tak boleh nak tolak permintaan ayah dia..Itu yang buat aku kecewa, Rid.." Luah Ashraf.

Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Dia tahu Ashraf sangat cintakan Sofea. Sejak berjumpa dengan Sofea, Ashraf tidak lagi bersikap friendly dengan mana-mana wanita. Ridhwan tahu, jauh dalam sudut hati Ashraf, dia ingin jadikan Sofea sebagai isterinya suatu hari nanti.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now