Bab 23

160 19 2
                                    

HARI yang ditunggu telah pun tiba. Malam ini, uptown fiesta event akan berlangsung. Ramai peniaga-peniaga dari dalam dan luar universiti telah pun mendirikan kanopi mereka di tapak niaga masing-masing. Beraneka menu dijual oleh para peniaga. Semuanya nampak menggiurkan sekali.

Pentas pula sudah siap dihias. Ridhwan berpuas hati dengan hiasan pentas hasil kerja kerasnya dan kawan-kawannya bersama. Dia dan kawan-kawannya yang ini selalu ditugaskan bersama setiap kali ada event berlangsung. Pendek kata, mereka sudah serasi bersama.

Sepanjang persiapan, mereka tidak berhadapan dengan sebarang masalah yang akan melambatkan proses persiapan. Kalau ada pun, ia hanyalah masalah masa dimana mereka perlu mencari masa yang sesuai untuk bermesyuarat dan melaksanakan tugas. Hal ini kerana, ada di antara mereka yang berbeza waktu kelas.

Sekarang ini, peserta-peserta yang menyertai pertandingan nyanyian dan tarian sedang sibuk menjalani rehearsal terakhir mereka sebelum bertanding pada malam ini.

Sedang asyik melakukan pemantauan, tiba-tiba bahu Ridhwan ditepuk oleh Ashraf.

"Kau tengok Aileen practice ke, Rid?" Tanya Ashraf tiba-tiba.

Laju Ridhwan menjeling ke arah Ashraf. Ashraf yang tadinya tersenyum nakal kini mati senyumannya selepas mendapat jelingan maut daripada Ridhwan itu.

"Dah habis merepek?" Tanya Ridhwan.

"Err..dah..dah.." Balas Ashraf lambat-lambat.

Sahabatnya itu kadang-kadang memang menguji kesabarannya. Ashraf tahu dia tidak suka pada Aileen tapi masih juga dia sebut nama Aileen dihadapannya. Tahulah bergurau, tapi banyak lagi perkara lain yang boleh dibawa bergurau kan?

"Jangan sampai aku wujudkan orang ketiga dalam hubungan kau dengan Sofea." Ridhwan mengugut Ashraf. Dia tahu Sofea adalah kelemahan Ashraf.

"Okey, fine. Aku tak buat dah." Ujar Ashraf.

See? Confirm menjadi punya!

"By the way, Sofea datang dengan Hanim kan malam ni?" Tanya Ridhwan.

"Maybe..selalunya memang Hanim yang akan temankan Sofea. Kenapa?" Tanya Ashraf pula.

"Aku ada surprise un..." Belum sempat Ridhwan menghabiskan kata-katanya, Ashraf sudah mencelah.

"Surprise, Rid?! Serious?! Akhirnya...kau hargai juga aku ni sebagai kawan kau..huhuhu.." Ashraf sudah memulakan dramanya. Dia berpura-pura mengelap air mata palsunya dengan jari telunjuknya itu. Dah serupa pondan!

"Surprise tu untuk Hanim, bukan untuk kau! Perasan." Marah Ridhwan.

Mendengar penjelasan Ridhwan itu, Ashraf menayangkan muka sepuluh sennya kepada Ridhwan.

Mengada betul.

Ini kalau report dengan Sofea, malu tujuh keturunanlah nampaknya si Ashraf tu.

Misi memujuk Hanim untuk menemaninya ke uptown fiesta event malam ini berjalan untuk kali yang keempat.

"Hanim...temanlah aku please..." Rayu Sofea.

Kedengaran Hanim mengeluh panjang di dalam talian.

"Sofea..kau tahu kan aku tak suka tempat-tempat yang bising?" Tanya Hanim. Sudah banyak kali dia memberitahu Sofea akan hal itu. Kenapa tidak faham-faham lagi?

"Ya, tahu..tapi yang bising tu dalam dewan..kalau kau tak nak teman aku tengok persembahan, at least kau temanlah aku beli makanan.." Cadang Sofea pula.

HANIM RADIAH [C]Where stories live. Discover now