Bab 5

4.6K 86 1
                                        

DATIN Julia duduk di gazebo rumah mewah dua tingkat milik dia dan suaminya, Datuk Hamid. Dia pulang awal hari ini kerana dirinya rasa tidak sihat. Sejak akhir-akhir ini penyakit depression yang dia alaminya kerap menyerang. Lebih-lebih lagi jika dia sedang bersedih atau tengah memikirkan sesuatu.

Sejak pulang siang tadi dia sibuk menanam pokok bunga ros yang baru dibeli semalam jika dia rasa tidak sihat hanya itu yang akan dilakukan olehnya. Berkebun buat dia rasa segar. Ruang gazebo itu juga sudah dipenuhi dengan bermacam jenis bunga yang ditanam sendiri. Sejak tiga tahun lalu, dia sudah bersara dari dunia perubatan. Dia yang dahulunya bekerja sebagai seorang doktor pakar wanita itu kini sudah bergelar pensyarah di salah sebuah kolej perubatan yang terletak di Kuala Lumpur. Sebagai seorang doktor pakar, sudah lama dia bekerja tidak mengira masa. Dahulu dia perlu ke klinik untuk memeriksa pesakit hampir tidak mengira waktu itu belum lagi memantau pesakit yang berada di wad. Jika ada pesakit yang memerlukan dia akan ke hospital tidak mengira masa jika ada pesakit yang mahu bersalin atau jika terdapat komplikasi berkaitan dengan permasalahan wanita. Rasanya dia banyak menghabiskan masa di hospital berbanding berada di rumah.

Kini, dia hanya perlu bekerja pada siang hari. Jika ada kuliah dia akan pergi ke kolej untuk memberi tunjur ajar kepada pelajar perubatan di sana. Pada malam hari dia dapat menghabiskan masa bersama suami dan anaknya itu. Tidak pun dia akan ke surau berdekatan untuk solat berjemaah. Dia manfaatkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pernah juga dia mengajak suami dan anaknya namun ditolak mentah-mentah. Setiap hari dia berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada suami dan anaknya itu. Jika dia ke surau dia akan ditemani oleh Mak Nah dan Pak Akob. Mereka akan berjalan beriringan ke surau yang tidak jauh dari rumah. Di sana dia dapat berkenalan dengan jiran-jiran tetangga dan bertegur sapa.

Telefon bimbit di dalam kocek seluar dikeluarkan. Jam sudah menunjukkan ke pukul 10.30 malam. Suami dan anaknya masih belum pulang ke rumah. Dia mengeluh perlahan. Sampai bila mereka bertiga perlu hidup begini? Membawa haluan masing-masing? Datuk Hamid merupakan seorang doktor pakar tulang. Setiap hari ada sahaja pesakit yang memerlukannya. Ada ketika suaminya itu akan tidur di hospital akibat keletihan. Sudah banyak kali dia nasihatkan Datuk Hamid supaya 'berpencen' dari dunia perubatan dan meluang kan masa bersamanya namun Datuk Hamid tetap dengan pendiriannya. Suaminya masih mahu berbakti kepada masyarakat.

Anak daranya pula hilang entah ke mana. Selalunya pada waktu begini Hayfa Eliza akan berada di luar. Selagi belum subuh batang hidung Hayfa pun dia tidak nampak. Rumah ini sudah  diibaratkan seperti hotel bagi Hayfa. Hayfa hanya akan pulang ke rumah untuk mandi dan tidur sahaja. Pada usia 23 tahun, Hayfa masih tiada arah tuju hidup. Sudah banyak kali anaknya itu mengulang peperiksaan di kolej. Dahulu, Hayfa dihantar ke Australia untuk menyambung pelajaran di sana namun kecundang di tengah jalan. Apabila tiba di sini dia menyambung pula pengajian di dalam bidang pengurusan bisnes tetapi sehingga kini Hayfa masih gagal dalam peperiksaan.

Sebulan yang lepas Hayfa ada memaklumkan kepada dia dan suaminya yang dia sudah berhenti dari kolej. Beristigfar panjang dia mendengar kata-kata Hayfa. Sudah banyak kali dia menasihatkan Hayfa supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya namun jawapan yang diberi Hayfa, untuk apa dia belajar tinggi-tinggi jika nanti kesemua harta mama dan papanya akan jatuh juga ke tangannya jua. Mendengar itu, Datin Julia mengurut dada. Dia sudah penat menasihati anaknya itu. Segala aktiviti harian Hayfa pun dia sudah hafal. Dan dia juga tahu anaknya itu selalu menghabiskan masa di kelab malam. Dia sudah lelah menasihati dan cuba membimbing Hayfa dan ada juga dia suarakan pendapat kepada Datuk Hamid mengenai Hayfa. Kata suaminya biarkan sahaja Hayfa menikmati masa mudanya. Bila sudah cukup masa Hayfa akan berkahwin dan mengikut suaminya. Suami dan anaknya itu sama sahaja. Asyik mengejar dunia dan harta.

Entah mengapa malam ini hatinya teringatkan kejadian yang satu itu. Dua puluh lima tahun berlalu bermakna sudah 25 tahun usia anaknya itu. Tiba-tiba air matanya mengalir sayu. Ingatannya kembali kepada anak yang diserahkan kepada keluarga angkat dua puluh lima tahun yang lalu. Dimanakah anak itu pada waktu ini? Selepas dia dan suaminya menghabiskan pengajian, dia ada mengajak suaminya untuk mengambil semula anak mereka di kampung itu namun dia kecewa. Datuk Hamid menolak permintaan nya dan meminta dia bersabar untuk tempoh setahun. Bila cukup setahun dia memujuk lagi Datuk Hamid ke kampung tersebut lantas ditentang suaminya. Dia pada waktu itu tengah mengandungkan Hayfa. Kata Datuk Hamid untuk apa mengambil semula anak itu di kampung, mereka sudah mempunyai Hayfa dan seorang anak sudah cukup untuk bagi suaminya. Tidak perlu pening kepala.

Allah.... saat itu hatinya hancur luluh. Di manakah janji suaminya dahulu? Dia juga sudah berjanji mahu kembali menuntut haknya sebagai ibu tetapi janji hanya tinggal janji. Tegarnya Datuk Hamid membiarkan darah dagingnya itu hidup bersama keluarga angkat sedangkan Hayfa dia tatang bagai minyak yang penuh. Segala permintaan Hayfa dia penuhi. Dia sangat kecewa ketika itu. Tanpa pengetahuan suaminya, dia ada berkunjung ke rumah tersebut. Namun dek kerana sudah lama dan dia hanya pernah datang sekali sahaja dia tidak tahu rumah keluarga angkat itu. Ingin ditanya kepada penduduk kampung, tetapi dia tidak tahu nama penuh pasangan suami isteri itu. Akhirnya dia pulang hampa. Dia juga ada mengupah penyiasat persendirian baru-baru ini tanpa pengetahuan Datuk Hamid. Hati tuanya begitu kuat mahu berjumpa anak nya itu sebelum terlambat. Perasaan rindu dan rasa bersalah sentiasa ada di dalam hati dia mahu bertemu Haura dan ingin sekali dia meminta ampun dan maaf kepada anaknya yang sudah lama ditinggalkan bersama keluarga angkat.

Sebaris nama yang sentiasa berada di dalam hatinya....

Haura Elina.... bermaksud wanita yang berkulit putih serta kelembutan.

Datin Julia yakin anaknya itu memiliki kedua maksud nama itu. Semasa bayi kulit Haura putih gebu dan kini dia pasti Haura seorang yang lemah lembut seperti dirinya. Bagaimanakah rupa anaknya itu? Adakah membesar sebagai seorang gadis kacukan arab seperti dirinya? Ataupun seperti suaminya dan Hayfa berkulit hitam manis dan bermata hazel? Sesungguhnya dia berdoa agar dia dapat bertemu dengan permata hatinya itu. Dia mahu berjumpa Haura sebelum dia menutup mata. Dan dia berdoa agar penyiasat persendiran yang diupahnya itu mendapat berita mengenai Haura. Itu adalah doanya saban malam....

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.







Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang