KEESOKKAN harinya, Arif tiba di pejabat dengan senyuman mekar di bibir. Hari ini dia betul-betul bersemangat mahu datang kerja. Dia mahu menceritakan kepada Carl mengenai wanita yang telah menambat hatinya.
Sungguh.... dia sudah jatuh cinta. Dirinya terasa bagai berada di awangan dibuai indah. Arif yang sedang bersantai di atas sofa pejabat Carl tersenyum sumbing tanpa perasan akan kehadiran Carl. Carl yang melangkah masuk ke dalam tidak disedari Arif yang mengelamun seorang diri. Briefcase di letakkan di atas meja dan dia menghampiri Arif. Sudah tidak ada kerja kah si Arif ni? Pagi-pagi sudah terpacak dekat pejabatnya.
"Arif..."
"Arif....."
"Woi Arif!!!!" Panggil Carl kuat. Riak terkejut Arif menerbitkan rasa lucu itulah berangan sampai tak ingat dunia.
"Woi Carl. Kau apehal sergah aku pagi-pagi ni. Terkejut aku. Kalau aku pengsan tadi macam mana. Aku belum kahwin lagi tau." Bebel Arif. Carl duduk di hadapan Arif. Orang panggil dia yang tak dengar sekarang bebel pulak.
"Apa hal pagi-pagi kau dah terpacak dekat bilik aku ni? Dah tak ada kerja?" Mentang-mentang mereka bersahabat baik boleh pulak Arif ni curi tulang.
"Aku rasa la Carl, dah tiba masanya aku kahwin...." ujar Arif lalu termenung panjang. Dia rasa dia sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Dia sudah bersedia menjadi suami pada Elina.
Carl yang mendengar sudah melopong. Sudah hilang kah Arif yang menyatakan padanya ingin membujang hingga ke tua? Kahwin itu adalah perkara yang membebankan seperti yang dikatakan oleh Arif?
"Kau demam ke Arif?"
"No aku rasa nak kahwin, nak ada anak yang comel-comel. Bila balik kerja isteri dan anak dah menanti di muka pintu..... indahnya...."
Sah!!!! Arif sudah hilang akal. Balik dari Jazz Construction terus sudah tidak betul sahabatnya ini. Kalaulah dia tahu pasti dia tidak akan menghantar Arif ke sana semalam.
"Kau dah kenapa ni Arif?"
"Aku dah jumpa bidadari Carl. Cantik sangat. Aku rasa kalah awek-awek yang aku usung tiap-tiap hari tu." Jika Arif sudah berkata begitu dia yakin wanita itu sangat cantik.
"Kat mana kau jumpa dia?" Perasan ingin tahu Carl membuak-buak. Jika Arif menyatakan wanita itu cantik, dia yakin dia pun sama kerana Arif jarang memuji wanita yang dia jumpa.
"Dia projek manager Jazz yang baru."
"Bukan Encik Ghazali ke sekarang ni?"
"Encik Ghazali tu dah resign. Puan Elina yang ganti sekarang ni."
"Puan Elina?? Dah kahwin ke?"
"Tak tahulah pulak aku. Pekerja dia panggil puan."
Sekarang panggilan puan bukan hanya untuk yang sudah berkahwin, terkadang panggilan puan itu digantikan untuk menggelar wanita yang lebih tinggi pangkatnya.
"Dia janda ke?"
"Ish manalah aku tahu. Apa kata nanti kau ikut aku ke sana. Boleh berkenalan dengan awek aku tu."
Awek Arif? Yes soon very soon.
Rugi juga dia tidak mengekori Arif semalam. Kalau dia tahu ada bidadari di sana sudah tentu dia membatalkan niat keluar dating semalam.
"Nanti aku bawa kau berkenalan dengan Puan Elina. Tapi jangan kau caras aku pulak Carl. Ingat kau dah kahwin." Ucap Arif lalu melangkah meninggalkan Carl. Dia sudah nampak wajah Carl berubah saat dia mengucap kata-kata itu.
Carl terdiam. Terkesan dengan kata-kata dari Arif. Ya... dia sudah berkahwin. Dia ingat semua itu. Tidak perlu Arif atau keluarga mengingati status dirinya kini. Dia mungkin akan mencari Haura dan menoktahkan pertalian ini. Dengan itu dia dapat bersama dengan yang tersayang dan memulakan hidup baru. Dan dia juga mahu Haura memulakan hidup baru bersama pasangannya. Cukup la empat tahun ini dia menjeruk rasa. Memulihkan hati yang telah dilukai ini.
////////////
Haura masuk ke dalam rumah yang baru dibelinya itu. Segala nya sudah siap sepenuhnya. Dia mahu berpindah ke sini dengan kadar segera. Dia mahu memulakan hidup yang baru di sini. Semasa dia memandu untuk datang ke sini, matanya terpesona melihat keindahan rumah tiga tingkat yang berada di ruang hadapan pintu masuk D'Senna Residence. Rumah yang pada kiraan nya mencecah hampir jutaan ringgit. Di sini kebanyakkan rumah yang agak mewah berada di pintu masuk utama. Kediaman nya hanya berada jauh sedikit ke belakang. Semalam sempat juga dia berpusing dalam kawasan taman ni. Tidaklah terlalu besar.
Terdapat tasik yang sederhana luas di kawasan taman dan dan surau yang berada di hujung taman. Jika ada kelapangan boleh la dia berjogging ke sini bersama dengan Ayden. Teringat akan Ayden dia mengeluh. Anaknya itu kini selesa berada di rumah nenek Wafa. Seronok dapat bermain dan bersiar bersama Tan Sri Nordin dan Puan Sri Wafa. Yang aunty Fifi pulak tidak habis-habis cemburukan mama dan papanya yang selalu berpeluang meluangkan masa bersama Ayden. Haura rasa jika dia tiada pun tidak mempuyai kesan kepada Ayden. Ayden gembira hidup bersama mereka.
Tiba-tiba Haura teringatkan kejadian pagi tadi di mana dia terserempak dengan seorang wanita. Dia tidak mengenali wanita separuh abad itu. Dia terlanggar wanita itu semasa dia masuk membeli barang basah dan sedikit makanan ringan untuk dijadikan bekalan jika dia lapar.
"Ops... maaf puan. Saya tak sengaja." Ucap Haura. Dia tunduk mengutip buah oren yang jatuh ke lantai.
"Owh tak pe. Saya pun tak tengok betul-betul tadi." Haura memerhati tingkah wanita di hadapannya. Saat terpandangkan wajah Haura dia terkaku.
"Puan.... puan okay tak ni?"
"Apa nama kamu?"
"Er...." Haura terdiam tidak tahu samaada mahu meneruskan percakapan atau tidak. Dia tidak mahu sesuka hati bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
"Maaf kalau aunty bertanya. You look so familiar to me. Wajah you macam seseorang yang aunty kenal." Ucap wanita itu lagi. Matanya berkaca.
"Owh... saya Haura Elina. Orang panggil Elina je aunty." Dahulu dia suka orang yang dikenalinya memanggil dengan nama Haura tetapi kini dia mahu mencipta identiti baharu dengan kehidupan yang baru. Dia mahu semua memanggilnya dengan panggilan Elina. Dia lebih selesa menggunakan nama itu.
"Haura Elina Binti Hamid........" ucap wanita itu lalu dia terjatuh ke lantai.
Haura yang pada waktu itu terkejut terus menjerit kuat. Bimbang akan keadaan wanita itu dan pelik bagaimana wanita itu tahu akan nama penuhnya itu. Selepas menghantar wanita itu ke klinik, dia terus pulang selepas memberikan wanita itu nombor telefon miliknya.
Siapakah wanita itu? Adakah wanita itu mengenalinya? Dan mengenali ibu dan bapa kandungnya? Sejak dia berada di Kanada dia mahu mencari ibu bapa kandungnya yang telah terpisah sejak kecil. Dia berharap dengan mengenali wanita ini dia dapat berjumpa dengan ibu bapa kandungnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romantizm( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...