( 2nd story )
Carl Daffa vs Haura Elina
Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili.
'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...
CARL memasukkan pakaiannya ke dalam beg sederhana besar itu. Hari ini dia perlu ke utara tanahair untuk melihat projek pembinaan tambahan di Chalet Buluh Inn yang terletak di Sungai Petani. Jam di tangan sudah menunjukkan ke pukul 4.00 petang. Sepatutnya dia bertolak ke sana pada waktu pagi, tetapi disebabkan masalah bekalan bahan mentah di projek Kuala Selangor, dia perlu ke sana pagi tadi. Pagi tadi dia dan Arif terpaksa bergegas ke sana untuk melihat sendiri permasalahan yang berlaku. Dia mahu selesaikan kesemua permasalahan sebelum dia berangkat ke Kedah.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar. Serentak wajah Datin Rozi muncul di muka pintu. Senyuman manis dihadiahkan buat ibunya.
"Carl dah siap mengemas?" Soal Datin Rozi lalu duduk di atas katil. Beg sederhana besar itu dipandangnya.
"Sikit lagi ma." Balas Carl sambil memasukkan minyak wangi, jel rambut dan toiletries.
"Sikit nya baju kamu bawak. Berapa lama Carl dekat sana nanti?"
"Mungkin seminggu atau lebih. Tengok macam mana. Kalau tak ada apa-apa masalah mungkin tiga empat hari Carl balik. Dan Carl ingat nak ke Perlis melawat keluarga Arif. Dah alang-alang ke sana."
Dia akan segera menyelesaikan kerja secepat mungkin kerana jika tiada apa-apa masalah dia mahu terus ke Perlis. Mahu melawat ibu dan ayah Arif di sana. Lagipun jarak antara Kedah dan Perlis sudah terlalu dekat. Elok dia luangkan masa ke sana kerana sudah lama dia tidak menjenguk keluarga yang sudah dianggap seperti saudara sendiri.
"InsyaAllah cepat selesai kerja Carl tu. Mama rasa projek dekat sana tak ada apa-apa masalah. Nanti kamu jangan lupa kirim salam dekat family Arif. Dah lama mama tak ke sana." Datin Rozi juga sudah lama tidak ke sana. Dahulu semasa projek Chalet Buluh Inn dijalankan dia sentiasa mengekori suaminya ke sana dan terus ke rumah Arif di kampung. Dia ingat mahu menyertai Carl ke sana tetapi memandangkan suaminya akan tinggal bersendirian, di batalkan sahaja niatnya. Nanti ada rezeki boleh lah mereka ke Perlis.
"InsyaAllah ma."
"Dekat sana jangan pulak kamu bawak anak dara orang sesuka hati. Kamu kena ingat Carl sana tak sama dengan sini and drive carefully." Pesan Datin Rozi. Jika Carl mahu keluar kawasan dia selalu berpesan. Risau dengan anak teruna nya yang tidak tahan jika digoda. Bukan dia tidak kenal Carl Daffa!
"Ish mama ni. Carl bukan budak-budak la mama. Dah tua pun tak payah la mama nak pesan benda yang bukan-bukan." Bebel Carl. Dia bukannya budak-budak. Dan dia juga tahu di kampung tidak sama dengan di bandar. Di sini mereka bebas bergaul sesuka hati. Tidak seperti di kampung batas pergaulan dikawal oleh keluarga.
"Tahu pun kamu dah tua. Bila lagi nak bawa balik menantu untuk mama? Ingat Carl I'll give you six months. Lepas tu kalau Carl tak dapat nak bawakan menantu untuk mama, mama akan cari calon untuk kamu. After that no excuses." Datin Rozi mengingati anaknya. Dia sudah lelah menanti buah yang belum gugur. Dia juga tahu Carl punya ramai kekasih. Mengapa tidak dipilih sahaja gadis-gadis itu?
"Mama please... give me one more year. I'll find your daughter in law A.S.A.P!"
"No. Mama dah penat tunggu kamu. Ingat pesan mama Carl."
Carl mengeluh. Ada sahaja idea mamanya mahu dia tamatkan zaman bujang. Kini dia diberi masa enam bulan untuk bertindak. Di mana dia mahu mencari seorang isteri dalam masa terdekat? Mama nya ingat cari isteri macam cari ikan dekat pasar kot!
"Ok mama I'll promise you. Carl gerak dulu ye mama. I love you." Carl meminta diri. Pipi Datin Rozi dikucup lembut dan tubuh tua itu dipeluk erat. Lalu dia melangkah turun ke bawah menuju ke arah kereta Audi miliknya. Sesaat kemudian kereta itu berlalu meninggalkan perkarangan Teratak Harmoni.
Manakala di Chalet Buluh Inn, para pekerja sibuk mengemas apa yang patut. Mereka masih menantikan kedatangan anak Datuk Mahmud yang sepatutnya tiba di sini pada waktu tengahari namun masih belum munculkan diri.
"Encik Amin, bila anak Datuk Mahmud nak sampai ni? Dah penat kita tunggu dia. Dari pagi sampai ke petang." Soal Nizam. Dia yang dari pagi tadi sudah bersiap cantik kini sudah hilang semangat. Sudah lelah menunggu.
"Kamu ni manalah saya tahu. Datuk pun tak ada bagi apa-apa info. Entah datang ke tak saya pun tak pasti."
"Betul tu Encik Amin. Dah tak larat nak berdiri tunggu dekat sini lama-lama." Atikah mencelah. Dia pun sudah penat. Melihat sahaja kereta yang mahal masuk spontan dia berdiri membetulkan baju kebaya yang dipakainya.
"Sabar la sekejap. Kita tunggu sampai pukul 7.00 malam. Kalau tak datang juga kamu balik lah ke rumah. Yang penting bilik dia dah siap." Arah Encik Amin. Dia pun mahu juga berehat. Sedari pagi dia turut sama menunggu. Bimbang jika tidak memyambut kedatangan lelaki itu, timbul masalah pula. Sebelum ini hanya Datuk Mahmud dan Datin Rozi yang selalu datang memeriksa keadaan chalet. Penduduk kampung juga mengenali pasangan itu. Ini kerana sikap dan perwatakan mereka menjadi asbab kenapa mereka dikenali oleh penduduk di kampung ini. Selalunya jika Datuk Mahmud ke sini dia juga akan selalu melawat Rumah Kasih. Kerap juga dia memberi sumbangan untuk diadakan majlis kesyukuran di rumah anak-anak yatim itu dan dijemput seluruh penduduk kampung untuk turut serta.
Hari ini, Datuk Mahmud menghantar anak lelakinya untuk ke sini melihat keadaan chalet. Dia yang sudah lama bekerja pun belum pernah melihat anak lelaki bos besar itu. Kalau Datuk Mahmud datang dapatlah mereka semua meluangkan masa berborak dan memancing bersama. Dia rindu saat mereka dahulu. Datuk Mahmud ibarat seperti keluarga. Tiada bezanya antara mereka dan majikan mereka itu. Gelaran datuk tidak membuatkan Datuk Mahmud lupa. Semua orang dilayan sama rata.
"Kalau macam tu Encik Amin, pukul 7.00 malam saya terus balik tau. Rasa esok baru dia sampai tu." Ujar Atikah. Dia mahu segera pulang. Menukar kepada pakaian yang lebih selesa. Dari pagi dia mengenakan baju kebaya ini. Baju kebaya yang dikhaskan untuk penyambut tetamu yang berada di kaunter hadapan.
"Yelah kamu balik je. Biar Zah dengan Nina yang uruskan nanti. Lagipun Haura pun ada sekali." Ucap Encik Amin. Dia yakin semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran mereka bertiga. Haura juga turut ada bersama. Jika nak dibandingkan dengan Zah dan Nina, Haura lagi cekap bekerja dan fasih berbahasa inggeris. Dia pun boleh menarik nafas lega.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.