HAURA duduk di atas kerusi pejabatnya. Selepas Carl dan Arif pulang, cepat-cepat dia ke pejabat miliknya. Dada yang sedari tadi berdebar kencang cuba dikawal sebaik mungkin. Tadi pertama kali dia bertemu dengan Carl selepas empat tahun berlalu.
Dia masih belum bersedia untuk bertemu empat mata dengan suaminya walaupun Carl masih suaminya yang sah. Dan dia tahu setiap bulan juga Carl ada memasukkan sejumlah wang untuknya. Hanya sekali dia menggunakan wang tersebut semasa dia melahirkan Ayden. Dia pada waktu itu terpaksa dibedah bagi menyelamatkan Ayden yang berada di dalam kandungan. Mujur sahaja Ayden lahir tidak mempunyai sebarang masalah. Ayden merupakan separuh jiwanya. Jika Ayden tiada hidupnya sudah tidak bermakna.
Haura meneruskan kerja yang tertangguh. Dia malas mahu memikirkan tentang Carl. Dan dia yakin suatu hari pasti Carl akan melepaskan dia pergi.Haura turun ke basement tepat jam 5.30 petang. Dia mahu segera pulang untuk bertemu Ayden. Kata Fifi tadi, Ayden sudah beransur sihat. Tidak ada lagi cirit birit dan muntah. Haura masuk ke dalam kereta dan mula menghidupkan enjin. Tiba-tiba pintu di sebelah penumpang dibuka dan Carl duduk dengan selamba tanpa menghiraukan riak terkejut Haura.
Sudah hampir satu jam di berada di bawah basement ini menunggu kehadiran Haura. Arif pula sudah dihantar semula ke Dynamite Holdings. Selepas itu dia kembali semula ke Jazz Construction ingin bertemu dengan Haura. Ada perkara yang perlu dia selesaikan bersama isterinya itu. Dikhabarkan pada Arif ada sesuatu yang perlu dia selesaikan.
"Encik Carl, apa you buat dekat sini?" Soalnya Haura. Dia memerhati sekeliling risau jika ada mata yang memandang. Semua orang tahu dia merupakan ibu tunggal dan dia tidak mahu semua pekerja di Jazz Construction tahu CEO Dynamite Holdings berada di dalam kereta bersama nya pada saat ini. Carl hanya mengenakan kemeja putih yang dipakainya tadi. Kotnya sudah hilang entah di mana.
"What do you want Mr Carl? I have to go now. I have something else." Ujar Haura. Dia mahu pulang. Ayden sedang menantikan dirinya.
"Who's that guy!" Soal Carl.
"Apa maksud you?" Soal Haura kembali. Lelaki mana yang Carl maksudkan?
"Siapa lelaki yang bercakap dengan you tadi? Kekasih hati you?"
"You tak ada hak nak tahu Carl. Please leave."
Carl berang. Lengan Haura dicengkam.
"I'm your husband, Haura Elina!!" Bentak Carl. Dia marah dengan Haura.
"Yes, in a piece of paper!!" Marah Haura. Apa Carl ingat dia seorang saja yang tahu marah.
Selama empat tahun menghilang kini Carl muncul mengingatkan dia yang dia masih isteri lelaki itu yang sah. Dia tahu dia masih isteri Carl. Tetapi lupakah Carl yang suaminya sendiri menghalau dia keluar dari hidup lelaki itu?
Dan perkataan suami isteri di atas kertas tidak sesuai bagi dirinya. Habis seketul Ayden di rumah itu apa? Dia tidak mahu Carl tahu tentang kewujudan Ayden. Dia yakin Carl akan menuntut haknya sebagai seorang ayah. Bagaimana jika Carl merampas Ayden darinya? Dia akan cuba merahsiakan ini semua. Dia tidak mahu kehilangan Ayden.
"Really???"
Bibir Haura dicium lama. Dia geram dengan setiap baris kata yang dikeluarkan Haura. Ada sahaja yang mahu dibantah isterinya. Haura cuba menolak tubuh Carl tetapi gagal. Tenaga lelaki itu tidak setanding dengannya. Bibir Haura dilepaskan. Spontan tangannya naik ke dada Haura yang sedikit terdedah. Disentuh dada putih milik isterinya. Reaksi terkejut Haura tidak diendahkan.
"Apa you buat ni Carl!!!" Marah Haura. Dia tidak suka Carl menyentuh dirinya sesuka hati walaupun dia isteri lelaki ini.
"Kau nak goda siapa sebenarnya? Arif??"
"None of your business. Please leave Carl."
"Aku takkan pergi selagi kau tidak menjelaskan siapa lelaki yang telefon kau tadi."
"I tak ada sesiapa Carl. Please leave I tak mahu pekerja I nampak I dengan you."
"Kenapa? Sebab kekasih you ada dekat dalam."
"No, I tak ada sesiapa pun. Tolong Carl.... please leave."
"Ini last warning aku, kalau aku nampak kau dengan mana-mana lelaki, kau akan kenal siapa aku sebenarnya. Dan aku tak izinkan kau pakai baju yang terdedah macam ni. Kau suka tunjuk dada ni dekat semua jantan kat luar sana?"
"One day you'll divorce me Carl Daffa!"
Carl ketawa kecil. Yakin benar Haura yang dia akan dilepaskan begitu sahaja. Haura memang bermimpi di siang hari.
"Really? Try me. And you will know sama ada aku akan lepaskan kau atau tidak!"
Carl keluar dari kereta itu. Selepas Carl menutup pintu, Haura menjerit kuat. Dia betul-betul sakit hati dengan Carl. Dia akan buat sesuatu supaya Carl melepaskannya. Dengan itu Ayden akan kekal menjadi haknya seorang.
Carl melangkah masuk ke dalam kereta miliknya. Selepas bertemu Haura dia memandu pulang ke rumah. Dia puas kerana sudah memberi amaran kepada Haura. Dia mahu isterinya tahu yang dia masih lagi suami Haura yang sah. Dan dia sendiri akan menyiasat siapakah gerangan lelaki yang yang menjadi kekasih isterinya itu. Dia tidak mengizinkan Haura bahagia setelah apa yang telah dilakukan Haura empat tahun yang lalu. Dia mahu Haura kekal menjadi miliknya sehingga dia puas. Haura perlu diajar kerana telah memusnahkan hidupnya dulu.
Kini, dia perlu memikirkan bagaimana mahu menjelaskan pada Arif tentang hubungan nya dengan Haura. Dia tidak mahu terus berbohong pada Arif. Akan dia usahakan untuk menjelaskan perkara sebenar bila tiba masanya.
Haura memandu pulang ke rumah mewah Tan Sri Nordin. Dia mahu berjumpa dengan Ayden. Selepas bertemu Carl sebentar tadi dia bimbang akan kehilangan anaknya itu. Selesai memarkir kereta, Ayden muncul sebelum sempat dia keluar dari kereta. Ayden yang basah kuyup buat dia risau.
"Mommy..."
"Kenapa Ayden basah ni? Ayden main apa?" Soal Haura belum sempat Ayden menjawab pertanyaan Haura muncul Fifi dari belakang rumah.
"Kami mandi kolam. Jomlah sekali." Ajak Fifi.
"Tak nak lah aku macam budak-budak."
"Habis semua yang mandi kolam ni kau ingat budak-budak saja ke?" Marah Fifi.
Kolam yang Fifi beli baru sahaja tiba tengahari tadi. Dia yang bercuti pada hari ini gara-gara risaukan keadaan Ayden pagi tadi merasa bosan dan terus di ajak Ayden mandi kolam. Tambahan pula sekarang cuaca agak panas, baik dia turut sertai Ayden.
"Jom mommy ikut Ayden." Ayden menarik tangan Haura ke belakang. Lebih mengejutkan Tan Sri Nordin dan Puan Sri Wafa juga turut mandi bersama. Like mother and father and daughter!
Haura ingat Puan Sri Wafa dan Tan Sri Nordin akan memarahi Fifi, rupanya mereka juga turut sertai Ayden dan Fifi. Melihat mereka gembira dia turut bahagia. Tanpa mereka siapalah dia dan Ayden. Hanya mereka sekeluarga yang menerima diri dia seadanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romance( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...