Bab 37

6.8K 111 0
                                        

SUDAH dua bulan kejadian itu berlaku. Carl duduk di kerusi pejabatnya. Setiap hari dia dihantui dengan kejadian tersebut. Dia masih marahkan Haura. Dia baru sahaja habis meeting bersama wakil Jazz Construction. Sangkanya Haura yang akan mengetuai meeting tersebut namun hampa. Semua fail yang ada dilemparkan kebawah. Hatinya panas! Sejak kejadian itu dia menjadi seorang yang cepat marah.

"Carl.... are you okay?" Sapa Arif yang muncul di muka pintu setelah mendengar bunyi bising dari pejabat sahabatnya. Masing-masing yang berada di luar sudah ketakutan. Ini kali ketiga Carl mengamuk untuk hari ini.

Arif melangkah masuk. Fail di lantai dikutip satu persatu. Dia yakin Sherry tidak berani mahu masuk ke dalam. Awal-awal lagi Sherry sudah menyuruh dia yang masuk ke dalam pejabat milik Carl.

"Sejak akhir-akhir ni aku tengok kau selalu marah-marah Carl. Kalau kau ada masalah kau boleh luahkan dekat aku." Ucap Arif. Jika hari-hari  Carl macam ni boleh lari semua staff.

Ya... dahulu dia marahkan Carl kerana Haura. Namun jika diikutkan kewarasannya, Carl tidak bersalah. Salah dia yang jatuh cinta kepada isteri lelaki itu.

"Aku benci perempuan tu!! Sebab dia aku jadi macam ni!!" Bentak Carl. Dia bencikan isterinya. Kali terakhir dia berada di samping Haura, wanita itu telah berjaya menyakitkan hatinya.

"Mengucap Carl. She's your wife! Kalau kau tak sukakan dia kau kena lepaskan dia. Untuk apa kau mengikat dia sedangkan hati kau sakit!" Ucap Arif dia bukan mahu menjadi batu api tetapi itulah yang perlu Carl lakukan.

"Lepaskan dia untuk dia bahagia dengan jantan lain. Itu maksud kau???" Jerkah Carl. Membiarkan Haura bahagia dengan lelaki lain? Dia tidak akan membenarkan itu terjadi.

Jika itu yang berada di fikiran Carl saat ini, Arif tidak boleh berkata apa-apa lagi. Tetapi andai kata Carl cintakan Haura mengapa tidak dia cuba menangi hati isterinya itu.

Carl mencapai kot dan briefcasenya. Dia mahu segera keluar dari sini. Jiwanya sesak!

"Cancel all my meeting for today."
Ucap Carl pada Sherry yang sedang melakukan kerja. Sherry hanya mengangguk perlahan. Takut untuk memandang wajah bosnya itu. Bila angin puting beliung Carl muncul dia memang betul-betul takut.

Arif hanya menghantar Carl pergi melalui ekor matanya. Dia berdoa agar Allah melembutkan hati sahabatnya dan turut menyatukan hati keduanya.

Haura melangkah memasuki Teratak Harmoni bersama dengan Ayden. Hari ini dia tidak bekerja kerana dia kurang sihat. Sakit kepala yang mencengkam beberapa hari ini buat dia rasa tidak selesa.

"Assalamalaikum aunty." Sapa Haura di muka pintu. Dia datang ke rumah mewah ini kerana secara kebetulan Datin Rozi berada di rumah. Dan dia juga sudah tidak tahan melayan kerenah Ayden yang akhir-akhir ini suka buat darahnya naik. Ada sahaja yang tidak kena dengan anaknya itu. Hendak ke rumah mewah Fifi dia tidak sanggup pula kerana selalu menyusahkan Fifi sekeluarga.

"Walaikumusalam Haura jemput masuk. Ayden cucu nenek. Masuk-masuk." Pelawa Datin Rozi lalu dia memeluk tubuh Haura dan Ayden. Sejak Haura menolongnya tempoh hari hubungan mereka menjadi akrab. Dia selalu ke rumah Haura yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Sesekali ada juga mereka berjogging bersama.

Memandangkan Haura tidak bekerja hari ini, dia menjemput wanita itu serta anaknya untuk sama-sama makan tengahari sementelah dia ada terdengar Haura ada menyatakan mahu makan masak lemak nenas bersama ikan kering. Jadi dia ada memasakkan makanan kegemaran Haura.

"Ayden???" Sapa Caira dari atas. Caira yang kebetulan tidak bekerja pada hari ini teruja melihat anak kecil itu berada di rumahnya. Dia juga selalu menyertai mama nya ke rumah Haura dan berjogging. Mereka kerap meluangkan masa bersama.

"Aunty..." jerit Ayden yang juga teruja melihat Caira. Caira selalu sahaja melayan setiap permintaanya. Tidak seperti mommy itu.
Tubuh Ayden dipeluk Caira. Dia rindukan Ayden.

"Jom kita naik atas aunty ada video games baru."

Ayden mengangguk kepala mendengar perkataan game Ayden benar-benar teruja! Datin Rozi mengelengkan kepala melihat keletah Caira. Macam budak-budak namun dia bahagia melihat keakraban keduanya. Bila lah dia berpeluang untuk merasai kebahagiaan memiliki cucu. Hendak menunggu Carl memang dia tidak percaya. Ada isteri pun dibiarkan begitu sahaja. Caira, hmmm anak daranya itu pun dua kali lima. Bila ditanya mengenai teman lelaki ada saja alasan yang diberikan oleh Caira dan anaknya akan cuba mengelak.

"Jom Haura ikut aunty ke dapur. Cepat masak cepat sikit kita makan." Haura mengikut langkah Datin Rozi. Ini kali pertama mereka datang ke sini. Selalu Datin Rozi dan Caira yang akan datang ke rumahnya. Itupun jika mereka rindukan Ayden.

Tepat jam 1.00 petang mereka selesai memasak. Ayden masih lagi berada di bilik bersama Caira pasti sedang seronok bermain games. Haura duduk di atas sofa untuk berehat sebentar. Kepalanya kembali berdenyut. Dia cuba memejam mata untuk seketika. Datin Rozi masih lagi berada dia dapur. Kata wanita itu dia mahu menyediakan  pencuci mulut untuk mereka semua.



Carl memasuki perkarangan Teratak Harmoni. Dari jauh dia melihat ada sebuah kereta yang diparkir di tempat nya. Dia mendengus geram. Banyak lagi ruang yang boleh diparkir mengapa perlu di tempatnya. Carl turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah. Gara-gara marah akan Haura, dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Lebih baik dia tidur dari pergi ke tempat yang bakal membuatkan dia sakit hati. Kaki Carl melangkah masuk. Sebelah tangan memegang briefcase sebelah lagi memegang kot kelabu. Saat dia berjalan di ruang tamu, matanya tertumpu pada seraut wajah cantik yang sedang tidur sambil bersandarkan kepala ke sofa. Apa wanita itu buat di sini?

Perlahan Carl menghampiri Haura dan melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Kot dan briefcase diletakkan di atas meja kopi. Terasa ada seseorang di sisi Haura membuka kelopak matanya. Wajah Carl terlayar di ruang mata. Spontan Haura berdiri tegak. Mengapa Carl ada disini? Adakah kini dia sedang bermimpi? Bermimpikan lelaki yang sudah dua bulan tidak ditemuinya.

Carl hanya melihat reaksi terkejut Haura. Patut lah tadi Haura tiada semasa dia ke Jazz Construction pagi tadi untuk meeting bersama Datuk Jazri. Kata pemilik syarikat itu, Haura mengambil cuti sakit. Dari pandangan mata Carl, elok saja dia lihat Haura saat ini. Apa yang sakit pun dia tidak tahu. Apa yang dia tahu Haura seakan mahu melarikan diri darinya. Wanita itu tidak akan terlepas dari gengamannya. Dua bulan tidak bersua muka, dia lihat Haura semakin cantik dan berseri-seri. Sudah kah Haura bertemu dengan kekasih barunya. Jika ya dia akan musnahkan perhubungan itu. Dia tidak mengizinkan Haura bahagia di atas segala deritanya.


Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang