Bab 13

4.3K 73 0
                                        

Haura hanya berdiri di tingkap biliknya melihat hujan yang turun membasahi bumi. Sejak kejadian semalam, nombor Mirza sudah dia sekat. Dia tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan lelaki itu. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi. Semasa pulang ke rumah tempoh hari, dia terserempak dengan Puan Badriah. Pada waktu itu Mirza sedang mengekori dari belakang. Kata-kata Puan Badriah masih terngiang-ngiang di telinganya hingga saat kini. Bekas tamparan Puan Badriah juga masih terasa di pipi hingga ke hari ini. Mujur kesan tamparan itu tidak kelihatan jika tidak apa alasan yang patut diberikan kepada Puan Laila.

"Perempuan tak tahu malu.."

Pangggg..... Pipi Haura ditampar sekuat hati. Sudah dia maklumkan kepada Mirza agar menjauhkan diri dari Haura. Namun anaknya sedikit pun tidak mengendahkan kata-katanya.
Dan perempuan ini juga tidak tahu malu seperti sudah tidak ada jantan lain dekat kampung ni.

"Mak!!" 

"Aku dah pesan jangan ganggu anak aku. Kau degil sangat kan!"

"Saya dah tak ada hubungan dengan anak makcik!" Jelas Haura. Pipi kesan ditampar Puan Badriah diusap perlahan. Perit dan pasti berbekas.

"Habis kenapa kau jumpa lagi dengan Mirza?"

"Makcik patut tanya anak makcik bukannya terus salahkan saya. Siapa yang kejar siapa sekarang ni?" Soal Haura merenung tajam Mirza.

"Apa kamu buat dekat sini Mir? Kamu cakap nak pergi jumpa bakal tunang kamu?"
Mirza mengatakan mahu berjumpa dengan bakal tunangnya, Ilyana tadi sebab itu dia memberi keizinan buat Mirza. Kata Mirza ada sesuatu yang ingin dibincangkan bersama.

"Er... Mir memang nak jumpa Yana mak. Tapi... Haura tiba-tiba muncul depan Mir." Mirza berbohong. Dia tidak mahu emaknya berfikir yang bukan-bukan. Dia tidak mahu dirinya dipersalahkan.

Haura memandang tepat ke arah Mirza. Hatinya sayu. Hari ini dia patut bersyukur kerana tidak jadi berkahwin dengan Mirza. Melihat tingkah Mirza dia tahu lelaki itu akan lebihkan ibunya berbanding dia. Untuk apa bersama jika hari-hari dia akan menjeruk rasa. Ketika ini dia memyesal mengenali lelaki bernama Mirza.

"Tengok! Kau tu yang tergila-gilakan anak aku. Sebab apa? Sebab Mirza ada kerja tetap kan. Lepas kahwin kau boleh hidup senang? Bapak kau dah tak payah susah kerja lagi sebab semua anak aku tanggung. Kau jangan mimpi aku nak izinkan kau kahwin dengan Mirza. Kau tak layak jadi menantu aku! Dah jom balik!" Ajak Puan Badriah. Hatinya puas dapat meluahkan segalanya. Biar Haura sedar diri. Semua mahukan Mirza kerana Mirza bekerja sebagai anggota tentera. Mengahwini anaknya ibarat diberi peluang yang sangat cerah. Tetapi tidak kah Puan Badriah sedar setiap pekerjaan itu Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing?

"Mirza...." panggil Haura. Ada benda yang ingin diluahkan. Langkah Puan Badriah dan Mirza tiba-tiba terhenti.

"Mirza, aku tak pernah burukkan kau depan sesiapa pun dan selama ini aku ikhlas sayang dan cintakan kau.. Hari ini, kau salahkan aku di atas semuanya, Mirza.Tetapi aku maafkan segala salah dan silap kau. Aku memang miskin Mirza. Tapi aku ada maruah diri. Hari ini aku bersyukur hubungan kita sudah berakhir. Allah tahu setiap apa yang berlaku. Satu pesan aku, berhentilah menipu dan salahkan orang lain hanya untuk kelihatan benar di depan mak kau. Selamat tinggal Mirza dan tolong jangan ganggu aku lagi." Haura berlalu bersama basikal nya.

Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang. Air matanya menitis hiba. Dia tidak marah dilahirkan untuk hidup susah. Tetapi dia marah kerana Mirza menipu untuk melepaskan diri dan menyalahkan dirinya. Semalam dia membiarkan dirinya basah kuyup, dia pulang ke rumah dalam lebatnya hujan. Air mata yang menitis dikesat. Tiba-tiba dia teringatkan Fifi dan Dania.

Lantas telefon bimbit di atas katil dicapainya. Sudah lama dia tidak berbual dengan Fifi dan Dania. Sebulan yang lalu mereka berdua ada memaklumkaan padanya yang mereka sudah mula bekerja sebagai seorang setiausaha. Fifi bekerja di Selangor dan Dania bekerja di Perak di kampung halamannya. Dan dia masih lagi bekerja sebagai housekeeping namun dia redha. Mungkin rezekinya belum tiba. Esok dia bekerja shift malam jadi bolehlah dia tidur lewat sedikit.



////////////////////

HUJAN lebat sejak dari semalam mematahkan semangat Carl untuk keluar bersiar-siar ke pekan. Dia kini duduk bersendirian di dalam bilik miliknya. Dia sudah kebosanan duduk tanpa berbuat apa-apa. Hendak keluar ke mana hala tujunya. Di kampung kebanyakkan kedai makan akan tutup awal. Telefon bimbit dicapai lalu panggilan telefon dibuat. Nama Arif tertera pada skrin telefon. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan bersama Arif.

"Hello bos.." ucap Arif di hujung talian ceria. Mendengar bunyi bising itu dia tahu Arif sekarang berada di mana.

"Sempat kau pergi clubbing ye." Arif ketawa kecil. Dia tahu Carl kebosanan di sana. Lelaki seperti Carl mana tahan duduk terperuk di dalam bilik. Carl lelaki yang sukakan hiburan dan juga perempuan.

"Kau jealous ye. Itu lah siapa suruh kau pergi lama-lama. Tinggal lagi aku kat sini sorang-sorang." Arif pura-pura merajuk. Dia nak ikut tetapi Carl tak benarkan kan dah bosan duduk sorang-sorang.

"Kalau kau ikut aku projek kat sana siapa yang nak handle?"

Arif terdiam. Betul juga kata Carl. Jika dia ikut Carl ke sana mahu dia kebosanan. Di kampung sangat berbeza dengan di bandar. Di kampung pukul 10.00 malam jalan raya sudah sunyi sepi. Kedai mamak pun buka sampai pukul 12.00 tengah malam. Kalau nak cari makan terpaksa keluar ke pekan. Dia pernah melalui semua itu. Dia kan berasal dari kampung.

"Arif, projek tu macam mana? Any improvement?"

"So far so good. Sehingga hari ni, tak ada apa-apa masalah lagi. Saliran pun sudah hampir siap dan Jazz Construction bakal memulakan kerja dua tiga hari lagi."

"That's good. Lega aku dengar. Sebab dalam perancangan semua ini perlu siap dalam sebelum akhir tahun depan." Dia mahu siapkan projek ini sebelum cuti sekolah tahun depan. Jika sempat siap dapatlah ianya dibuka pada musim cuti sekolah kelak.

"Bos, ada jumpa awek tak?" Soal Arif dia yakin pasti ada seseorang yang akan jatuh di dalam genggaman tangan Carl.

Soalan Arif mengingatkan dia kepada Haura. Gadis itu sebenarnya sudah berjaya mengetuk pintu hatinya. Sebolehnya dia mahu berkenalan dengan lebih dekat. Pertama kali dia melihat Haura di kaunter hatinya sudah terusik.  Namun, saat melihat Haura keluar dari tempat tersorok itu dua hari lepas bersama dengan seorang lelaki, hatinya rasa terluka. Dia tidak menyangka Haura gadis yang sanggup menggadaikan maruah. Gadis itu pada pandangannya sangat lemah lembut, baik tutur kata dan sopan. Kini dia ingin menjauhkan diri dari Haura. Dan dia juga mahu Haura jauh dari chalet ini. Dia mahu menjaga nama baik chalet yang telah dibangunkan oleh mama dan papanya.

"Carl.... berangan pulak."

"Ye aku ada ni ha."

"Kau tak jawab lagi soalan aku Carl."

"Belum lagi. Tengok lah esok kot."

"Aik ada pulak esok ye..."

"Dah aku nak tidur."

"Carl, baru pukul 11.00 malam kau biar betul. Adik aku dekat kampung pun pukul 12.00 baru tidur....."

Carl mematikan talian. Sakit hati pula dengan Arif yang menyindirnya. Mentang-mentanglah dia dekat kampung. Siap kau Arif bila aku balik nanti...







Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang