Bab 20

4K 80 1
                                    

CARL memerhati figuranya di dalam cermin besar di biliknya. Kot rona kelabu itu dirapikan. Berpuas hati dengan penampilan diri, dia mencapai briefcase lalu turun ke bawah. Dia terserempak dengan Caira Dhiya yang turut keluar dari bilik. Wajah adiknya dipandang sekilas sebelum dia turun ke bawah. Caira Dhiya menjongketkan bahu. Angin abang ini boleh tahan juga. Ikut mood. Jika Carl tidak menegur tu dia faham akan mood abangnya itu pasti melibatkan hal pejabat. Dia turun ke bawah dari jauh dia melihat mama dan papa sudah menanti di meja makan.

"Morning mama, papa."

"Morning sayang. Awal Ara pagi ni selalu pukul sepuluh baru keluar rumah." Soal Datuk Mahmud.

"Hari ni ada kes dekat Bangi. Kes penceraian tu yang Ara kena ke sana awal. Takut jalan jem."
Datuk Mahmud mengangguk. Kini anak dara nya sudah bergelar penguam syariah. Sudah tiga tahun anak keduanya bergelar peguam mengantikan tempat Datin Rozi yang juga bergelar peguam.

"Carl, macam mana projek terbaru kita dekat Port Dickson semalam papa ada dengar pasal masalah dengan supplier?" Semalam setiausaha nya ada memaklumkan mengenai permasalahan ini. Dia mahu bertanyakan kepada Carl semalam namun dia terlupa.

"Macam biasa papa. Carl rasa lepas ni nak stick with one supplier. Carl tak nak benda yang sama berulang." Setiap projek yang dijalan mesti mempunyai permasalahan dengan bahan binaan. Bila supplier minta bayaran mereka mahukan full payment, namun bila sudah memulakan projek supplier hilang begitu sahaja. Kini dia hanya mahukan Jazz Construction. Jika projek mereka di luar kawasan Kuala Lumpur atau Selangor, dia mahu Jazz Construction sebagai pembekal bahan mentah. Dia sanggup memberikan bayaran yang lebih dari sepatutnya. Rasanya dia lebih rela membayar kos penghantaran dari ditipu oleh syarikat lain dan ini akan mengakibatkan projek tergendala.

"Bagus juga tu. Papa rasa lepas ni kita hanya menggunakan perkhidmatan dari Jazz Construction. Lagipun kita dah biasa dengan mereka sejak projek di Kuala Selangor dulu."

"Yes better with them. I have to go. Ada meeting dengan Arif." Carl bangun dan meninggalkan mereka bertiga. Datin Rozi mengeluh. Setiap kali dia melihat Carl dia teringat akan perisiwa lalu.
Datuk Mahmud yang menyedari kelakuan isterinya terus bersuara.

"Rozi, kenapa ni?"

"Entah la bang. Saya dah tak tahu macam mana nak cakap dengan si Carl tu. Dah empat tahun benda ni berlaku. Sampai bila Carl nak hidup macam ni." Adu Datin Rozi. Dia bimbang melihat kehidupan Carl. Dia mahu Carl hidup berkeluarga. Dia mahu anaknya bahagia. Sudah berbuih mulutnya menyuruh Carl mencari Haura. Dia mahu Carl selesaikan segala masalah yang di hadapi. Jika benar Carl tidak sukakan Haura, mengapa anaknya itu tidak mahu melepaskan sahaja Haura? Mengapa perlu disimpan isteri yang digantung tidak bertali?

"Abang pun dah tak tahu nak nasihatkan dia. Bila diungkit pasal kejadian tu terus je dia tinggalkan abang sorang-sorang." Datuk Mahmud turut mengadu. Pernah dia menasihati Carl. Kesudahannya dia ditinggalkan begitu sahaja malah Carl turut mengugutnya jika dia bersuara mengenai Haura lagi, anaknya itu akan balik ke UK dan tinggal di sana buat selamanya. Kerana itulah dia tidak pernah lagi bersuara mengenai hal ini. Dia tidak mahu Carl meninggalakan mereka yang sudah tua ini.

"Hmm mama dengan papa pernah tengok ke isteri abang Carl?" Caira mula menyoal. Dia tahu apa yang berlaku terhadap abangnya itu tetapi tidak pernah dia bertanya lebih lanjut. Sikap abangnya yang serius buat dia takut.

"Tak. Macam mana rupa Haura pun mama tak tahu."

"Nanti kalau mama ke Chalet Buluh Inn tu, mama tanya lah dengan staf kat sana. Mesti dia orang kenal. Tak pun mama jumpa je family kak Haura." Caira memberikan idea. Mana tahu boleh diguna pakai oleh mama dan papanya.

"Macam mana nak pergi rumah family dia. Kan mak ayah Kak Haura dah halau dia. Nanti tak pasal-pasal kami pulak yang kena halau." Ujar Datin Rozi. Caira turut terdiam. Tetapi apa salahnya jika mencuba? Mana tahu kalau kakak iparnya sudah berbaik dengan mereka lagipun sudah empat tahun perkara ini berlaku. Saat ini dia sudah tidak ada lagi idea untuk dicadangkan buat kedua ibu bapanya.

Carl duduk di kerusi sambil memandang ke arah luar. Hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba. Selepas meeting sebentar tadi, dia duduk bersendirian di Brew It Cafe. Ingin berseorangan. Arif sudah pulang menaiki Grab. Hari ini entah mengapa dia teringatkan isterinya. Sudah empat tahun semua ini berlaku.

Dan empat tahun juga dia bergelar seorang suami kepada Haura Elina. Jika ditanya di mana isterinya saat ini dia tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Hatinya masih terkesan kerana peristiwa itu. Sehari selepas dia berkahwin cerita itu tersebar luas dia dada akhbar dan di media sosial. Saat itu dia rasa sangat marah. Kebencian nya terhadap Haura kian menebal. Kerana berita itu, ada juga beberapa syarikat yang menarik diri dari bekerjasama dengannya. Mereka tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan dia yang dianggap tidak berdisiplin dan bakal menjejaskan reputasi mereka. Disebabkan hal itu dia kerugian jutaan ringgit. Namun siapa sangka kerana peristiwa itu juga dia kini berjaya menempa nama sebaris dengan syarikat gergasi yang gah pada usia 32 tahun.

Kata Datin Rozi pada usia begini dia sepatutnya sudah miliki dua anak. Dia patut hidup bahagia bersama keluarga sendiri. Namun sejak kejadian itu hatinya seolah-oleh tertutup untuk mengenali mana-mana wanita. Jika sekadar untuk dijadikan teman dan stok geli-geli seperti apa yang diperkatakan Arif, dia rasa cukup bagi mengisi masa lapangnya. Dia juga banyak menghabiskan masa bersama di Venice Club.

"Hi handsome." Wajah yang menegur dipandang Carl lalu keluhan berat dilepaskan. Aduh perempuan ini lagi. Sudah tidak wujudkah wanita lain dalam dunia ini yang muncul selain dari Hayfa?

"Apa you nak?"

"Sombong betul you selepas dah jadi suami orang. By the way, mana isteri you? Sejak you kahwin I tak pernah nampak you keluar dengan dia?" Soal Hayfa berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku. Dia tahu Carl ditangkap khalwat empat tahun lalu bersama dengan seorang gadis kampung. Kenalannya ada menyatakan mengenai isteri Carl yang gilakan harta dan sudah lari bersama lelaki lain. Hayfa ketawa kecil. Ini balasan kepada lelaki sombong dan jual mahal seperti Carl.

"Shut up Hayfa. Please leave!" Arah Carl dia bimbang jika lama Hayfa dia sini penumbuknya bakal naik ke wajah wanita itu.

"Tu la you I ada you tak nak jual mahal sangat."

"Enough Hayfa! Better I pilih isteri I dari I pilih perempuan yang tak tahu malu macam you. Tukar jantan macam tukar baju and sleep with others husband. You better watch out before you tertangkap!"

"Habis you tahu ke isteri you tidur dengan jantan lain ke tak? Mana tahu isteri you terdesak lepas you tinggalkan dia!" Ucap Hayfa. Wajah merah padam Carl amat menakutkan. Dia sudah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sebelum apa-apa berlaku baik dia pergi dari sini.











Takdir TERCIPTAWhere stories live. Discover now