( 2nd story )
Carl Daffa vs Haura Elina
Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili.
'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...
MAJLIS ulangtahun syarikat Jazz Construction julung kalinya diadakan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Setelah beberapa bulan merancang, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana semua penat lelah itu akan berakhir kelak. Haura masih membetulkan kedudukan bunga yang disusun di sepanjang jalan ruang dewan hotel tersebut. Dia mahukan sentuhan terakhir sebelum majlis itu bermula. Hiasan bunga di meja VVIP juga turut di rapikan secantik yang mungkin. Entah siapa tetamu kehormat malam ini pun dia dan para pekerja tidak tahu. Semuanya dirahsiakan oleh Datuk Jazri, pemilik syarikat ini.
"Puan Elina, semua dah ready. Saya dah settlekan dengan bahagian dapur. Mereka sudah menerima arahan dari Datuk tentang makanan yang perlu disediakan malam ni." Terang Noni. Dia sudah ke dapur dan para chef juga sudah bersedia untuk majlis pada malam ini.
"Kalau macam tu senang hati saya. Risau pulak takut tidak menepati citarasa Datuk." Luah Haura. Majlis pada hari ini telah diuruskan sepenuhnya oleh dia atas kehendak Datuk Jazri. Lelaki jutawan itu mahu dia mengendalikan majlis yang gilang gemilang ini dengan sempurna.
"Semua dah perfect Puan. Puan jangan risau. Malam ni boleh tidur lena." Ucap Noni sambil ketawa. Setiap apa yang Haura lakukan sudah cukup sempurna baginya. Kombinasi bunga-bunga segar di pelbagai sudut dan hiasan dalaman yang memukau. Pada Noni, Haura patut menjadi pereka hiasan dalaman atas bakat yang Haura ada.
"Pandai lah kamu Noni. Jom kita balik bilik. Kita kena bersiap untuk majlis malam ni."
"Jom Puan." Mereka berjalan beriringan dan pulang ke bilik hotel masing-masing. Mereka semua ditempatkan di hotel tersebut. Jika tidak mereka perlu bersesak untuk datang ke sini tambahan pula hari ini hari cuti. Pasti jalan raya akan sesak teruk. Lagipun hotel ini terletak betul-betul di pusat bandar.
Tepat jam 8.00 malam, dewan hotel itu sudah dipenuhi dengan para pekerja Jazz Construction. Pekerja hotel juga sibuk menghidangkan makanan untuk mereka. Masing-masing leka berborak dan menikmati makanan yang telah disediakan. Kesemua mereka tampak cantik dan tampan mengikut tema yang telah dipilih oleh Datuk Jazri sendiri.
Black and gold themes.
"Elina," laung seseorang saat dia menjejakkan kaki ke dalam dewan. Dari jauh Datuk Jazri melambai-lambai ke arahnya. Perlahan dia menapak menghampiri pasangan suami isteri separuh abad itu.
"Datuk, Datin."
" You doing such a good work. I'm impress!" Puji Datuk Jazri. Datin Lisa hanya tersenyum manis dia tidak tahu apa yang perlu diucapkan kepada pekerja suaminya. Tetapi majlis malam ini memang menepati citarasanya.
"Next year I want you to organize it again." Ucap Datuk Jazri. Jika inilah hasil yang diberikan oleh Elina, tahun depan dia mahu Elina menguruskan lagi majlis sebegini dan dia mungkin mereka perlu adakan majlis begini di luar ibukota.
What???
Oh tidak! Dia tidak rela. Cukuplah sekali dia menjadi ketua dalam mengendalikan acara sebegini. Dia sudah serik. Masanya banyak dihabiskan di pejabat dan hotel. Sudah penat otaknya mencari idea untuk majlis ini. Dia juga kasihan akan anaknya, Ayden. Sudah jarang dia luangkan masa bersama pujaan hatinya itu dia sering pulang lewat ke rumah.
"Elina, I want you to accompanied our guest for tonight. Make him comfortable and I don't want him to give bad feedback to us. He is our important guest for tonight." arah Datuk Jazri. Malam ini dia mahukan yang terbaik dari Haura.
"Baik Datuk." Haura menghantar Datuk Jazri dengan renungan. Jadi tetamu mereka adalah seorang lelaki. Apa yang perlu dia lakukan agar tetamu VVIP itu selesa dan tidak memberikan komen yang negatif. Dia berdoa agar tetamu mereka tidak cerewet macam bosnya itu!
"Puan Elina... Datuk cari you." Ujar Noni dengan wajah yang gelabah. Dia yang baru keluar dari tandas disapa oleh Noni yang sedang menanti di luar.
"Kenapa dengan awak ni Noni? Gelabah semacam je saya tengok?"
"Datuk cari Puan. Tetamu VVIP kita dah sampai."
Mendengar bait kata Noni, pantas Haura masuk semula ke dalam dewan. Dia mencari kelibat Datuk Jazri. Dari jauh dia melihat tetamu mereka membelakanginya sambil berborak dengan Datuk Jazri. Langkah diatur dan dia menuju ke arah mereka.
"Yes Datuk. Are you looking for me?" Soal Haura.
"Elina, come. Meet our special guest today."
Saat wajah tetamu mereka singgah di matanya, Haura rasa dia mahu pengsan. Tidak ada lelaki lainkah yang boleh dijemput oleh Datuk Jazri? Mengapa mesti suami yang ingin dia elak dan jauhi, Carl Daffa?
Carl menoleh ke belakang dan seraut wajah jelita itu singgah pada pandangan matanya. Malam ini dia merasakan yang Haura sangat seksi dan menggoda. Banyak mata yang tertumpu pada tubuh dan peha seksi isterinya. Entah mengapa dia tidak sudi lelaki lain merenung tubuh Haura. Kot di badan cuba dirapikan. Dia cuba untuk bertenang.
"Hai Elina. Nice to meet you."
"Hai..."
"Elina, he's yours for tonight...."
Datuk Jazri tersenyum manis lalu meninggalkan dirinya bersama Carl. Carl tersenyum manis. Malam ini dia akan ditemani oleh isterinya. Akan dia manfaatkan masa ini bersama. Sejak Haura datang ke pejabatnya tempoh hari, dia sudah berfikir masak-masak tentang perhubungan mereka. Jika dia lepaskan Haura, bermakna dia melepaskan permata yang amat berharga.
He's yours for tonight.... lain macam pulak dia rasa ayat Datuk Jazri malam ini. Lelaki itu ingat dia apa. Jika Carl merupakan tetamu istimewa mereka pada malam ini, dia tidak akan memberikan layanan istimewa. Dia kenal Carl.
"I'm yours sayang....." bisik Carl di telinga Haura. Mata Haura menjeling tajam ke arah suaminya. Tanpa mempedulikan Carl, Haura melangkah ke arah minuman yang tersusun cantik. Dia perlukan air sejuk untuk menyejukkan hatinya.
"Puan Elina, shall we dance?" Pelawa Aizat.
Haura mengenali lelaki itu. Dia merupakan seorang HR manager di syarikat mereka. Haura ada mendengar mengenai lelaki itu yang sudah lama menaruh perasaan terhadapnya. Kerana sakit hati dengan Carl, Haura menyambut huluran tangan Aizat. Ditinggalkan Carl termangu sendirian.
Carl meneguk air yang dihidangkan di situ. Sedari tadi matanya tepat memandang ke arah Haura yang sedang menari bersama dengan seorang lelaki nerd. Nasib baik la muzik rancak. Belum pun sempat dia habiskan ayat, tiba-tiba muzik berubah menjadi perlahan. Maksudnya......
Tangan lelaki itu singgah di pinggang Haura. Serentak wajah Carl sudah berubah. Ingin ditumbuk lelaki yang memakai cermin mata itu. Lantas kakinya diayun ke arah pasangan itu, setelah meminta izin dari Aizat, Carl memegang tangan Haura dan serentak dia peluk pinggang isterinya rapat ke dada. Pipi Haura dikucup kasar.
"Apa masalah you Carl?"
"Masalah I adalah you. Seronok dapat menari dengan jantan tu."
"I hanya menari dengan dia Carl. I'm not kissing him!!!"
Ya mereka hanya menari tetapi dia tetap tidak sanggup melihat tangan nakal itu singgah di tubuh Haura. Hanya dia yang layak menyentuh tubuh isterinya! Fullstop!
Kissing.....
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.