( 2nd story )
Carl Daffa vs Haura Elina
Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili.
'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...
"APA you buat dekat sini Carl?" Haura mula menyoal. Melihat Carl yang selamba masuk dan duduk di sisinya buat dia tertanya-tanya.
"Dan apa yang kau buat dekat rumah aku?" Soal Carl kembali. Haura terkedu. Rumah ini rumah Carl? Jadi Datin Rozi dan Caira adalah ibu dan adik Carl? Allahuakbar.... mengapa selama ini dia tidak tahu mengenai hal ini. Haura berpaut pada sofa. Dia rassa kepalanya berpusing. Hatinya mula gelisah.
"Err...."
"Carl, awal balik hari ni. Selalu bayang pun susah nak nampak." Bebel Datin Rozi yang tiba-tiba muncul. Terkejut melihat Carl berada di rumah kala ini. Selalunya selagi jam tidak menunjukkan pukul 12.00 tengah malam jangan harap dia dapat bersua muka dengan anak sulungnya itu. Carl banyak menghabiskan masa di luar berbanding berada di rumah mereka.
"Aaa... lupa pula mama, kebetulan Carl dah ada dekat sini, mama nak kenalkan kamu dengan Elina. Dia lah yang selalu mama ceritakan pada kamu." Ujar Datin Rozi. Selalunya dia menceritakan perihal Haura kepada Carl.
Carl tersenyum sinis. Jadi Haura sudah berani datang ke sini dan berbaik dengan mamanya.
"Apa yang kau nak sebenarnya Haura Elina? Tidak puas kau huru harakan hidup aku sekarang kau dah berani ganggu keluarga aku!!!" Jerkah Carl tiba-tiba.
Lengan Haura dicengkam kuat. Wanita kampung ini sudah semakin licik! Haura mengerutkan dahi. Sakit pada lengan dan sakit pada hati. Dia telah menghuru-harakan hidup Carl? Tahukah Carl dia turut terluka dengan tindakan Carl yang telah menipu dirinya. Dua bulan dia menunggu Carl melafazkan talak kepada dirinya. Dia sudah berikan apa yang Carl mahu tetapi suaminya masih belum melafazkan talak.
"Untuk pengetahuan you, Encik Carl, I tak ganggu pun keluarga you dan I juga tak tahu yang Datin Rozi ni mama you!!" Balas Haura kuat. Dia juga marah dengan apa yang dikatakan oleh Carl.
Datin Rozi hanya terdiam melihat Haura dan Carl bergaduh. Hatinya terfikirz adakah mereka berdua sudah mengenali antara satu sama lain?
"So what are you doing here??"
"Mama yang jemput Elina datang sini. Carl behave yourself. Jangan cuba apa-apakan tetamu mama!" Marah Datin Rozi dia dapat melihat wajah berkerut Haura yang tengah menahan sakit.
"Kalau mama nak tahu dia adalah isteri Carl yang sah!! Isteri yang perangkap Carl empat tahun yang lalu." Tegas Carl.
"Apa?????" Jerit Datin Rozi terkejut. Jadi selama ini, dia memang dekat dengan menantunya itu.
Dan Ayden.....
Wajah Carl diperhatikan lama. Haura ada menceritakan mengenai suaminya. Kata Haura suaminya itu meninggalkan dia semasa mereka mula berkahwin dan dia membesarkan Ayden seorang diri.
Haura terkaku dengan kenyataan Carl. Jadi Datin Rozi akan tahu yang Ayden adalah cucu nya yang sah dan Carl adalah ayah kepada Ayden. Janganlah Ayden muncul ketika ini. Dia tidak mahu Carl tahu akan kewujudan anak mereka. Selama ini puas dia merahsiakan tentang Ayden kepada suaminya. Jika Carl tahu Ayden wujud, dia yakin suaminya akan membawa Ayden pergi dari hidupnya. Dia tidak rela!
Namun apa yang dia takuti berlaku jua. Ayden muncul bersama dengan Caira.
"Mommy.... Ayden plays games with aunty Caira." Ucap Ayden seakan teruja.
Allah..... mengapa anak ini muncul. Haura sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Segala kebenaran sudah terbongkar. Carl terkaku. Anak itu memanggil Haura dengan panggilan ibu. Jadi anak ini adalah......... anaknya? Patutlah ada parut pada perut isterinya itu. Dia yakin parut itu merupakan parut sewaktu Haura melahirkan anak mereka.
Carl menghampiri Ayden lalu duduk melutut di hadapan anaknya. Ayden menatap anak mata Carl. Mata uncle ini saling tidak tumpah macam matanya. Perlahan dia memeluk tubuh Carl.
"Daddy????" Kata-kata Ayden buat air mata Carl menitis. Tegarnya Haura merahsiakan kewujudan Ayden daripadanya. Bagaimanakah perasaan Ayden hidup tanpa seorang ayah selama ini? Haura perlu diajar kerana telah memisahkan dia dan Ayden.
"Anak daddy...."
Datin Rozi dan Caira turut menangis. Patutlah mereka rasa dekat dengan Ayden. Jika mereka tahu, awal-awal lagi mereka akan temukan Carl dan Haura. Haura turut menangis. Tidak menyangka anaknya mengenali Carl. Mungkin naluri seorang anak terhadap bapanya. Tiba-tiba Carl bangun dan menghampiri Haura. Merah mata Carl merenung wanita di hadapannya. Dia benar-benar marahkan isterinya tika ini.
"Kenapa kau rahsiakan semua ni? Kenapa kau jauhkan anak aku dari aku! Kau memang melampau Haura Elina!!!"
Jeritan Carl membuatkan Haura takut.
"I tak nak you rampas dia dari I Carl. I tak boleh hidup tanpa Ayden." Jelas Haura.
"Habis kau ingat Ayden boleh hidup tanpa aku? I'm his father Haura! Kalau aku tak pulang ke rumah hari ni sampai mati pun aku tak tahu yang aku ada anak!" Allah gerakkan hatinya untuk pulang hari ini. Allah mahu tunjukkan kebenaran yang selama ini disimpan rapi oleh Haura.
"I minta maaf Carl." Ucap Haura kepalanya sudah berdenyut kuat. Cuba bertahan untuk berdepan dengan suaminya. Dia tidak boleh mengalah.
"I want him."
Itulah ayat yang paling ditakuti Haura. Pantas Haura memegang tangan Carl. Dia tidak boleh kehilangan dengan Ayden. Ayden adalah nyawanya.
"No Carl, please... I minta maaf sebab I tipu you. Tolong jangan ambil Ayden dari I. I merayu Carl." Carl merentap tangannya dari genggaman Haura. Saat ini dia benar-benar marahkan Haura.
"You will talk to my lawyer. Now I want him to be here with me." Carl ingin berlalu pergi namun lengannya ditarik kuat oleh Haura. Haura tidak akan membenarkan Carl merampas Ayden begitu sahaja.
"I yang lahirkan dia Carl! I yang jaga dia selama ini. You yang tinggalkan kami! I tak izinkan you ambil Ayden!!" Haura turut meninggikan suara. Dia sudah merayu dan dia juga sudah memohon maaf namun Carl seperti tidak peduli akan semua itu.
Rambut Haura dicengkam kuat oleh Carl. Dia bencikan perempuan yang meninggikan suara kepada dia. Haura telah melebihi batas yang ada. Saat tangan Carl naik mencengkam rambutnya, dunia Haura terasa gelap. Tubuhnya terasa melayang-layang. Carl yang perasan akan itu terus menangkap tubuh Haura dari jatuh ke lantai. Wajah itu pucat tidak berdarah.
"Allah... kenapa ni Carl?" Datin Rozi sudah cemas melihat keadaan Haura. Dia menghampiri Haura yang sudah berada di dalam pelukan anaknya.
"Mommy...." Ayden menjerit kuat. Caira sudah memeluk tubuh Ayden. Perlahan dia berbisik ke telinga anak saudaranya.
"Mommy sleep sayang. Jom ikut aunty kita main games." Ayden dibawa naik ke atas. Dibiarkan mama dan abangnya bersama Haura.
"Sayang..." pipi Haura di tepuk perlahan. Dia risau melihat Haura yang pucat itu. Adakah dia terlalu memaksa isterinya?
"Carl, bawak Elina naik atas. Biar dia berehat."
Tubuh Haura dicempung naik ke biliknya. Perlahan-lahan Carl meletakkan isterinya di atas katil. Baju kemeja putih yang dipakai Haura ditanggalkan supaya Haura lebih selesa. Pipi Haura dikucup lembut.
I'm sorry sayang.....
Kerana marahkan Haura, dia sudah melebihi batas dan berkasar dengan isterinya. Seperti yang dikatakan Arif tadi, mahukah dia melepaskan Haura pergi?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.