Bab 2

5.5K 94 2
                                        

HARI kedua itu, Fifi membawa Haura dan Dania masuk ke Suria KLCC. Haura dan Dania betul-betul teruja, ini kali pertama mereka ke dalam tempat yang sangat besar dan mewah. Mereka yang pada awalnya menolak terpaksa akur memandangkan mungkin ini kali terakhir mereka dapat meluangkan masa bersama kerana selepas ini mereka bertiga akan membawa haluan masing-masing. Fifi di Kuala Lumpur, Haura di Kedah dan Dania di Perak. Untuk berjumpa kelak amatlah susah dan Haura berharap ikatan persahabatan mereka akan kekal untuk selamanya.

Fifi membawa Haura dan Dania melangkah memasuki Aquaria KLCC. Setelah tiket dibeli, dia memaksa mereka berdua untuk masuk ke dalam dan tidak mahu menjadi tontonan ramai akan Fifi yang menguatkan suara di kaunter, Haura dan Dania terpaksa masuk juga. Geram akan Fifi yang suka memaksa dan merenyek di hadapan kaunter itu. Buat malu sahaja! Melopong mulut Dania melihat bermacam jenis ikan yang berada di dalam akuarium yang sangat besar dan pelbagai jenis. Itu belum lagi spesies ikan yang besar dan berenang bebas di atas kepala. Mahu pengsan Dania nanti melihat ikan jerung berenang renang di atas kepala mereka. Melihat ikan pirana yang ganas itu juga buat mereka seram. Sebelum ini mereka hanya menonton di kaca televisyen. Ikan yang suka makan daging manusia. Selain dari ikan terdapat bermacam lagi binatang yang berada di dalam itu. Beruntung mereka dapat menikmati sendiri keindahan hidupan laut di sini.

Selepas itu, mereka melangkah memasuki butik tudung yang berada di tingkat dua. Haura dan Dania saling berpandangan. Pelik kerana Fifi tidak bertudung. Untuk apa mereka masuk ke sini pun Haura dan Dania tidak tahu namun mereka mengekori juga langkah Fifi.

"Yang mana cantik ye Nia?" Soal Fifi kepada Dania. Dia mahu meminta pandangan Dania kerana gadis itu bertudung. Manakala dia dan Haura tidak bertudung.

"Untuk kau ke Fi?" Dania menyoal Fifi.

"Tak, untuk mama aku."

Ooo ucap Dania lalu berpusing mengelilingi butik tudung tersebut. Fifi mengekori langkah Dania memilih tudung untuk mamanya. Manakala Haura tinggal bersendirian. Dibeleknya tudung yang tergantung dan tersusun cantik. Kainnya tersangat lah lembut. Tag harga diperhatikan. RM300???? Hampir pitam Haura melihat tanda harga yang terdapat di tudung tersebut. Dia mahu pengsan! Banyak yang boleh dia beli dengan harga tersebut. Tudung yang dia hadiahkan buat ibunya pun hanya berharga RM20. Itupun dia dah rasa mahal. Selepas melihat harga tudung itu, terus Haura tidak jadi mahu membelek tudung lain mahunya tudung itu rosak, mati dia mahu membayar. Dia bukan orang senang. Tetapi kualiti dan material tudung itu yang membuatkan tudung itu menjadi mahal. Pasti akan memberi keselesaan pada si pemakai.

Fifi mengambil sehelai tudung yang dipilih Dania dan terus membayar di kaunter. Setelah selesai, mereka bertiga berjalan keluar butik tersebut. Tanpa Haura sedari, tiba-tiba muncul seorang gadis yang datang dari arah bertentangan dan mereka berlanggar. Dia yang leka memandang sekeliling tidak perasan akan gadis itu. Habis jatuh beg barang dan telefon bimbit gadis itu.

"Bodoh! Habis jatuh handphone aku. Kau buta ke?" Jerit gadis tersebut lalu pantas dia mengambil telefon yang jatuh ke lantai. Nasib baik tak pecah.

Haura terkaku. Seumur hidup inilah kali pertama dia dimarahi sebegini rupa. Jeritan itu buat dia takut. Selama dia hidup tidak pernah dia mendengar ayat kasar begitu dan tidak pernah diherdik.

Fifi dan Dania yang berada di belakang Haura pantas berlari mendapatkan Haura. Wajah muram Haura ditatap mereka berdua.

"Haura, kenapa ni?" Soal Dania. Lengan temannya itu dipegang erat.

"Kawan bodoh kau ni dah rosakkan handphone aku dan habis beg barang aku jatuh!"

"Bahasa biar cantik sikit ya cik!"

Ujar Fifi. Dia yang tadi hanya mendiamkan diri, terus bersuara. Tidak tahan melihat Haura dimarahi di khalayak ramai.

"Kau jangan nak sekolahkan aku ye. Aku nak minta ganti rugi."

Haura angkat kepala. Ganti rugi? Dia tidak mempunyai wang untuk membayar gadis itu.

"Ganti rugi for what?"

"Kawan bodoh kau dah rosakkan phone aku ni. Kau tak nampak ke?."

"Oo bak phone kau aku nak tengok apa yang rosak!" Gadis itu terdiam. Fifi rapatkan tubuhnya ke arah gadis itu. Gadis itu sudah salah memilih lawan. Dia juga marah kerana gadis itu kata Haura bodoh! Bukan sekali tapi dua kali!!!

"Kau tunjuk phone kau dulu lepas tu aku akan bayar ganti rugi dua kali ganda. Kalau phone kau tak ada yang rosak, aku nak kau bayar kawan aku lima kali ganda harga phone kau! Setuju?"

Gadis itu hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertekak, beg yang jatuh di lantai dicapai lalu gadis itu berlalu pergi. Fifi hanya tersenyum sinis. Bukan dia tak kenal dengan anak Datuk Hamid. Seorang yang panas baran dan berlagak diva. Mentang-mentanglah anak orang berada. Tetapi tak perlu mengata orang lain bodoh atau sebaliknya. Kita semua sama sahaja.

"Dah Haura kau jangan layan budak tu. Jom kita shopping beg pulak aku nak hadiahkan untuk mama aku."

Terang Fifi lalu menarik tangan Haura untuk ke butik beg tangan di tingkat 1. Masuk sahaja butik itu Haura melopong lagi. Dia yakin harga beg tangan di sini mesti mahal.

"Jom tolong aku cari purse ok." Masing-masing sibuk memilih dompet untuk mommy Fifi. Dania memilih untuk melihat dompet yang tiada corak. Melihat harga dompet itu dia ternganga luas. Kalau dia tengah minum pada waktu ini sudah pasti air yang diminum akan tersembur keluar. Harga satu dompet sahaja hampir mencecah ribuan ringgit. Oh Fifi.... tempat apakah yang kau bawa kami pada saat ini? Mahu menangis rasa.

Setelah memilih dua dompet, mereka bertiga melangkah ke arah Singnatures Food Court. Fifi mahu mengisi perut yang sudah berkeroncong. Mereka memilih untuk berada di penjuru jauh dari laluan orang ramai. Mereka bernasib baik kerana hari ini adalah hari bekerja maka tempat ini tidak lah padat dengan orang.

"Korang duduk kejap. Aku nak order makan." Fifi berlalu meninggalkan Haura dan Dania. Air masak yang dibawa dari rumah dikeluarkan dari beg dan diteguk rakus. Penat berjalan menemani Fifi. Mereka tidak memesan makanan kerana tadi sebelum keluar mereka sudah makan mee segera.

Lima belas minit berlalu, Fifi muncul dengan tiga makanan. Dia memesan Claypot Rice dan jus tembikai untuk mereka bertiga.

"Fi, kami dah makan tadi." Dania bersuara.

"Ye Fi, sebelum keluar tadi kami dah makan." Haura pula menyampuk mereka sudah makan mee segera sebelum keluar rumah. Fifi buat-buat tidak mendengar. Nasi dan air diletakkan di hadapan Haura dan Dania.

"Jom makan."

"Tapi Fi....."

"Korang, tak baik tau membazir. Allah tak suka orang yang suka membazir. Makan sampai habis tau." Ucap Fifi lalu membaca doa makan. Haura dan Dania terpaksa makan kerana takut berlaku pembaziran. Mereka berdua rasa bersalah terhadap Fifi. Sudahlah Fifi datang ke hostel mengambil mereka berdua. Lepas tu belanja tengok ikan dalam aquarium dan sekarang belanja makan pula.....

Sebelum pulang, dompet yang dibeli tadi diserahkan buat Haura dan Dania. Tudung yang dipilih tadi diserahkan kepada Dania. Walaupun mereka berdua menolak keras dia tetap memaksa temannya untuk menerima. Dia mahu mereka berdua menyimpan hadiah pemberiannya sebagai kenangan pengganti dirinya.

 Dia mahu mereka berdua menyimpan hadiah pemberiannya sebagai kenangan pengganti dirinya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.








Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang