Bab 18

5.3K 106 1
                                        

"NO... Carl takkan cari dia. Sebab dia dah jatuhkan maruah diri Carl! Dia perangkap Carl! I hate her!!!"

"She's your wife Carl Daffa! Your responsibility!"

"No papa. Carl tetap dengan pendirian Carl!"

Datuk Mahmud keluar dari chalet. Dia marahkan Carl. Dia mahu anaknya mempunyai tanggungjawab. Dia mahu Carl memaafkan menantunya. Jika ada masalah mereka boleh berbincang sesama sendiri. Dia akan cuba memberikan Carl masa. Kelak dia akan memaksa Carl menjejaki isterinya sampai dapat.

Datin Rozi hanya terdiam. Tiba-tiba matanya tertumpu pada cadar di atas katil. Itu....... wajah Carl direnung tajam lantas dia berdiri mengadap anaknya itu.

"You touch her, Carl?" Soalan Datin Rozi membuatkan Carl terdiam. Ya, dia ada menyentuh isterinya.

"Answer me!!" Suara Datin Rozi meninggi. Dia ingin tahu.

"Yes, I touch her? Puas hati mama?" Bentak Carl kuat. Biar mamanya puas hati. Dia menyentuh isterinya sendiri bukannya perempuan lain.

Pangggggg.....

Carl meraba pipinya. Pertama kali ditampar oleh mamanya. Pertama kali juga dia meninggikan suara kepada seorang ibu yang telah menjaganya dari kecil. Ini semua kerana Haura Elina!

"You touch her or you rape her?"

Dari kebisuan Carl, Datin Rozi sudah dapat mengagak. Carl menyentuh Haura secara paksa.

"She's your wife, Carl Daffa! Mama tak pernah ajar Carl berkasar dengan perempuan. Lebih-lebih dengan seorang isteri. Encik Amin dah ceritakan semuanya pada mama dan papa. Kenapa dia tidak diberi peluang untuk bersuara? Mama tak malu dengan apa yang sudah berlaku Carl sebab mama tahu ini semua sudah menjadi ketentuan-Nya." Jelas Datin Rozi lalu dia keluar meninggalkan Carl sendiri. Dia mahu Carl berfikir.

Carl duduk di sofa. Mamanya tidak mengetahui yang Haura mengahwininya kerana harta. Cinta yang bersemi selama lapan tahun juga terputus gara-gara harta. Saat ini dia masih tidak mampu memaafkan Haura.


///////////////////////////////


Haura duduk di stesen bas Jalan Duta. Tengahari tadi dia tergesa-gesa meninggalkan chalet. Pandangan mata staf chalet buat hatinya bagai disiat-siat. Mereka memandang nya seolah-oleh jijik dengannya. Dia kecewa akan hukuman yang diterima tanpa di adili. Kini dia berada di sini seorang diri. Selepas apa yang berlaku dia terus mengambil bas dan datang ke Kuala Lumpur. Dia tidak tahu arah tuju. Untuk pulang ke rumah dia yakin ibunya masih tidak sudi menerima dirinya. Mengingati kejadian itu, air matanya mengalir laju. Ke manakah arah tuju hidupnya selepas ini? Dia buntu. Tadi dia ke stesen bas ditemani Intan. Dia berterima kasih kepada Intan kerana hanya Intan yang percayakannya. Hanya Intan yang sudi menolongnya. Jasa Intan akan dia ingat sehingga akhir hayat. Rantai dan cincin permata biru di leher digenggam erat. Dia akan simpan cincin ini sebagai tanda ikatan perkahwinan nya dengan Carl.

Bersama esak tangis itu Haura teringatkan seseorang. Nombor telefon itu didail. Suara serak kedengaran di hujung talian.

"Hello Haura....."

"Fi.... tolong aku Fi..." ucapnya bersama tangisan.

Tubuh Fifi dipeluk erat oleh Haura. Mereka baru sahaja tiba di rumah apartment milik Fifi yang di hadiahkan oleh papanya. Haura menangis semahunya. Dia mahu melepaskan apa yang terbuku di hati. Saat dia terluka Allah hadirkan Intan dan Fifi untuknya. Dia tidak mahu mengganggu Dania kerana dia tahu temannya baru mula bekerja. Pada masa itu hanya Fifi yang muncul di benak fikirannya. Fifi hanya membiarkan Haura melampiaskan segalanya. Dia tidak tahu akan punca sebenar. Dia yakin Haura akan menjelaskan semuanya nanti.

Tubuh Haura yang sedang tidur di selimut hingga ke dada. Tadi selepas menangis Haura tiba-tiba pengsan. Mungkin kerana kepenatan dan banyak menangis. Dia terkejut selepas mendengar suara Haura tadi. Dia yang sedang berehat terus bergegas ke Hentian Duta. Saat dia melihat wajah Haura yang pucat dan tidak terurus itu, dia tahu Haura mengalami sesuatu yang amat menyakitkan. Kini dibiarkan Haura berehat. Dia menuju ke ruang tamu melabuhkan punggung sambil menonton televisyen.

"Please.... let me go...."

"Please....

"No!!!!"

Jerit Haura kuat. Fifi yang sedang leka menonton televisyen terkejut dan terus masuk ke dalam bilik. Haura yang berada dia atas katil dipeluk erat. Kepala Haura diusap lembut. Cuba menenangkan sahabatnya. Haura menangis semahunya. Dia bermimpikan kejadian yang meragut kesuciannya.

"Haura.. kau okay tak ni?"

"Aku tahu kau ada masalah. Tolong ceritakan pada aku Haura. Aku tak sanggup tengok kau macam ni." Fifi turut sama menangis. Dia juga terasa akan kesakitan yang dialami Haura. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Haura sudah seperti keluarga sendiri.

"Fi..aku tak salah Fi... aku tak salah."

"Aku tahu aku kenal kawan aku Haura."

"He rape me..."

Ayat terakhir itu buat dia terkedu. Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Wajah merah Haura ditatapnya tidak berkelip. Lantas dia memaksa Haura menceritakan apa yang sudah terjadi. Dari A sampai Z. Satu pun tidak tertinggal.

"Ibu aku benci aku Fi. Aku dah tak sesiapa dalam dunia ni. Hanya kau yang sanggup terima aku Fi. Aku dah kotor Fi.."

"Haura... kau kawan aku sampai aku mati. Kau keluarga aku Rara. Kau kawan yang paling rapat pernah aku ada selain Dania. Kau yang mengajar aku erti hidup Ra. Jatuh bangun aku sebab kau Ra. Aku sayang kau Ra. Jangan pernah kau ungkit akan segala kebaikan aku selama ni. Aku ikhlas tolong kau dulu, kini dan sampai bila-bila." Tubuh Fifi dipeluk Haura. Dia rasa terharu mendengar pengakuan Fifi. Saat semua membuang dia, Fifi ada menemani.

"Aku sayang kau, Fi."

Tiba-tiba Fifi teringat sesuatu. Dia menatap wajah Haura. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya kala ini.

"Boleh aku tanya sesuatu?" Haura mengangguk.

"Siapa suami kau?"

Dia ada dengar Haura menyebutnya tadi. Tetapi dia sudah lupa. Dia ingin tahu siapa yang telah menghancurkan hati sahabat kesayangannya itu.

"Hmm dia.... dia anak Datuk Mahmud... pemilik chalet dekat kampung aku."

Fifi terlopong. Adakah????

"Datuk Mahmud dan Datin Rozi?"

Haura angguk lagi. Apa kena dengan Fifi ni? Dia dah kena sampuk ke?

"Kau kahwin dengan Carl?" Haura angguk perlahan, mendengar nama itu hatinya sakit. Dia haramkan nama itu di dalam kamus hidupnya. Carl mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Oh my god! Haura mengahwini Carl Daffa? Jejaka buruan gadis di Malaysia. Jekaka kacukan melayu dan inggeris. Datuk Mahmud memiliki darah kacukan inggeris. Datuk Carl merupakan anak jati negara Belanda. Sekali pandang, Carl seperti lelaki inggeris. Kacak, bertubuh sasa dan tinggi lampai. Berapa ramai sudah cuba memiliki lelaki tampan itu namun tidak berjaya. Yang Fifi tahu, sudah banyak wanita yang sudah berada di dalam pelukan playboy itu. Kini, ada sesuatu yang cuba dirancangnya.

"Fi, tolong carikan aku kerja boleh?"

Tangan Fifi, Haura genggam erat. Dia perlukan kerja untuk menyara hidupnya. Selagi dia mampu bertahan dia tidak akan menggunakan kad bank yang diberikan suaminya.

"Aku ada sesuatu untuk kau dan aku nak kau terima dengan hati yang ikhlas........."

Wajah Fifi, ditatap Haura. Lama.








Takdir TERCIPTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang