HAYFA duduk di sofa bilik VVIP di Venice Club sejak dua jam yang lalu. Dia serabut. Sudah seminggu mamanya pergi meninggalkan dia dan papanya.
Sepanjang Datin Julia masih ada, dia jarang meluangkan masa bersama Datin Julia. Dia banyak menghabiskan masa bersama kawan kelabnya mahupun kekasih gelapnya. Baginya Datin Julia terlalu mengongkong gerak gerinya. Ada sahaja yang dibuat tidak kena pada pandangan mata tua itu.
Kini apabila mamanya tiada, dia sedikit terkesan. Tiada lagi orang yang menanti di muka pintu bila dia pulang lewat ke rumah dan tiada lagi bebelan dari mamanya. Dia rindu akan semua itu.... Namun dia juga gembira kerana tiada lagi orang yang akan meleterinya. Tiada lagi bebelan yang menyakitkan telinganya.
Tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikirannya kini. Mengapa setelah bertahun lamanya baru dia dikhabarkan yang dia mempunyai seorang kakak? Dia ada melihat wajah itu pada hari mamanya pergi. Wajah yang ada iras dengan Datin Julia dan alis mata itu memang sah milik papanya namun mengapa Datuk Hamid menafikan semua itu.
Papa tidak mengaku yang kakaknya itu anak kandung sendiri. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga papanya menafikan. Dia tidak mahu tahu itu semua. Yang Hayfa tahu jumlah wang yang bakal dia dapat nanti.
Andai insan yang diperkenalkan diri sebagai kakaknya muncul hanya kerana harta, dia tidak akan membenarkannya. Kesemua harta itu adalah miliknya seorang. Dia tidak akan berkongsi dengan kakak yang dikenali sebagai Haura. Harta yang sudah lama dia impikan. Dia tahu Datuk Helmi memiliki harta yang banyak. Walaupun papanya tidak menunjuk dia tahu papanya hidup senang.
Sejak dahulu dia tidak perlu bekerja hanya duit mama dan papa yang dibelanjakan saban hari. Kad kredit yang diserahkan Datuk Hamid adalah unlimited. Dia bebas berbelanja sesuka hati. Ditambah pula dengan wang yang diberikan oleh Tan Sri Rico. Salah seorang kekasih gelap yang dia sayang. Sayangnya bukan pada lelaki itu tetapi pada poket tebal nya. Dia tidak mahu kehilangan Tan Sri Rico kerana lelaki itu sumber kewangannya. Tidak bekerja pun dia mampu untuk berbelanja sesuka hati.
Dia takut jika wanita yang diperkenalkan sebagai kakaknya muncul berebut harta darinya. Dia takut jika dia terpaksa hidup susah! Setelah dia berhenti dari kolej, hidupnya hanya tidur dan bershopping. Dia tidak bekerja. Untuk apa bekerja jika harta ibu bapanya bakal dia habiskan seorang diri.
Mengapa wanita itu muncul? Mamanya sudah meninggal dunia dan dia yakin yang mamanya juga ada meninggalkan harta untuknya. Dia mahu kesemua harta Datin Julia menjadi milik mutlaknya. Arak diteguk rakus. Dia mahu mabuk dan lupakan semuanya.
////////////
Dua bulan pemergian Datin Julia, Haura menjejakkan kaki ke rumah mewah itu sekali lagi. Jika diturutkan hati Haura tidak mahu berada di sini. Atas desakan Johan, peguam arwah mamanya dia datang ke sini. Dia datang di temani Fifi. Ayden ditinggalkan bersama Puan Sri Wafa. Haura tidak mahu Ayden berada di sini dan menyaksikan kesemuanya.
Datuk Hamid dan Hayfa duduk di kerusi kayu manakala Haura dan Fifi duduk di atas sofa. Mereka dipanggil untuk mengetahui tentang pembahagian wasiat arwah Datin Julia.
"Assalamualaikum semua. Saya Johan wakil dari Johan & Co. datang ke sini bertujuan untuk membacakan wasiat arwah Datin Julia. Sebelum datin meninggal dia ada berjumpa dengan saya berkaitan dengan harta yang telah dia tinggal. Melalui dari wasiat ini wang simpanan datin yang bernilai RM 3.5 juta telah dibahagikan antara Cik Haura dan Cik Hayfa. RM 2 juta akan diserahkan kepada Cik Haura dan RM1.5 juta akan diserahkan kepada Cik Hayfa seperti....."
"No!!!!!" Belum pun sempat Johan menghabiskan ucapannya Hayfa sudah mencelah.
"I tak setuju. Macam mana perempuan ni boleh dapat lebih dari I!! Patut I yang dapat lebih sebab I anak kesayangan mama!!" Bentak Hayfa. Dia tidak bersetuju dengan wasiat yang dibacakan.
"Tapi Cik Hayfa...."
"No!!! Aku tak setuju!!"
Haura hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahukan duit itu. Dia sudah bekerja dan sudah ada simpanan sendiri. Itu sudah cukup baginya untuk meneruskan hidup bersama Ayden.
"Tapi..."
"Aku tak kira, aku tak setuju!!!"
Datuk Hamid juga mendiamkan diri. Dia terfikir bagaimana isterinya itu menukar wasiat pada saat akhir. Dan dia juga tidak menyangka isterinya percaya akan perempuan yang baru sahaja muncul dan mengaku sebagai anak mereka. Bagaimana jika perempuan ini bukan Haura yang dicari Datin Julia? Jika bukan mereka akan rugi besar. Tidak disangka juga arwah isterinya mempunyai banyak wang yang telah disimpan. Semasa isterinya hidup, Datin Julia tidak mempunyai rumah atau kereta. Terkadang dia hairan mengapa arwah isterinya itu tidak membeli semua itu sedangkan isterinya mampu. Kini barulah dia tahu kenapa. Wang yang disimpan diwasiatkan buat anak-anak mereka.
"Aku juga tak setuju. Aku tak percayakan perempuan tu. Entah-entah dia menipu nakkan harta isteri aku." Ucap Datuk Hamid. Haura terkaku. Tidak menyangka akan kata-kata Datuk Hamid. Fifi sedari tadi hanya mendiamkan diri dan menahan amarah. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia sekolahkan adik Haura yang berpakaian teramat seksi.
"Saya bukan perempuan macam tu papa." Ujar Haura sayu.
"Aku bukan papa kau! Dan sampai bila-bila pun kau takkan jadi anak aku!" Dia menidakkan kenyataan yang satu itu. Dia tidak mahu anak itu muncul dalam hidupnya. Dia bahagia bersama Hayfa.
"Dan kau juga tidak akan jadi kakak aku. Aku benci kau. Sebab kau mama tidak wariskan harta dia kepada aku! Berambus kau dari sini!"
Haura terpempan. Sampai hati papa dan adiknya berkata sedemikian. Hancur luluh hatinya saat ini. Dia lantas bangun dan berdiri ingin berlalu pergi. Dia tidak dialu-alukan di sini.
"Encik Johan, I tak perlukan duit arwah Datin Julia. I masih mampu hidup dengan duit I. Tolong serahkan duit tersebut pada Cik Hayfa. Dia lebih memerlukan. Sorry, I have to go."
Haura terus berlalu pergi diikuti dengan Fifi. Johan hanya terkebil-kebil di situ. Datuk Hamid dan Hayfa saling berpandangan antara satu sama lain. Mendengar kata-kata Haura, Hayfa tersenyum manis. Dia bakal bergelar jutawan tidak lama lagi!!! Akan dia membelanjakan kesemua harta itu mengikut kehendaknya.
Dan bagi Datuk Hamid pula dia tidak kisahkan harta peninggalan arwah isterinya. Apa yang dia mahu wang itu menjadi milik Hayfa. Dia tidak mahu wang itu diserahkan kepada wanita yang didakwa arwah Datin Julia adalah anaknya. Tetapi apa yang Datuk Hamid tahu, jika Haura berada di sebelah nya dia sendiri yakin yang Haura adalah anaknya. Tidak perlu dinafikan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir TERCIPTA
Romansa( 2nd story ) Carl Daffa vs Haura Elina Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah...